"Yeongwonhan geon! jeoldae eobseo!
Gyeolguge neon byeonhaetji
Iyudo eobseo! jinsimi eobseo!
Sarang gateun sori ttawin jibeo chyeo
Oneulbameun ppittakhage..."Matanya segera terbuka. Berkerut dahi Tuan Hared apabila gegendang telinganya terganggu dengan bunyi dentuman yang kuat datang dari arah luar biliknya. Tidak jadi dia mahu melelapkan mata seketika usai subuh. Dia tercari-cari susuk tubuh isterinya tetapi tiada.
"Sayang?!" Panggilnya sedikit kuat. Dia menguak pintu. Kakinya melangkah mengikut arah bunyi tersebut sehinggalah akhirnya dia berhenti di sebuah pintu bilik yang terkuak luas.
"Sayang?" Dia menjengul sedikit. Eh mana orangnya?
"Bie!"
"Umi!!!" Nak terkeluar anak tekak dia menjerit. Kus semangat!
Dianne Ardilla yang berada di lantai dengan posisi terlipat benar-benar mengejutkan Tuan Hared.
"Ya Allah sayang! Dah kenapa macam Ju On dah ni? Terkejut bie. Nasib baik bie tak ada sakit jantung." Tuan Hared bersuara seperti orang kemengahan. Dadanya yang berombak diusap perlahan.
Dianne Ardilla kembali menegakkan tubuhnya. Dia duduk bersila, memegang perut yang terasa mahu pecah dengan tawa.
"Tak apalah, sayang sambunglah lipat-lipat Ju On sayang tu. Just slow sikit volume tu. Tak tenang bie nak tidur..."
Dianne Ardilla mencebik. Itulah kerja dia. Tidur! Tidur! Tidur! Bukannya nak join sekali berzumba ke apa!
"Yalah bie... Pergilah tidur sana. Ganggu je.." omel Dianne. Dia bangun mengatur langkah ingin memperlahankan volume lagu yang terpasang sambil sebelah tangannya mengelap peluh yang mengalir di sekitar leher. Kemudian, rambutnya yang bertocang tinggi dirungkai. Seperti iklan syampu, dia mengibas-ngibas rambut panjangnya lalu ditocangkan kembali lebih tinggi sehingga mendedahkan leher putih itu.
Tanpa sedar, kaki Tuan Hared tergam di situ. Halkumnya bergerak-gerak tatkala matanya menyaksikan lenggok Dianne yang terlihat menggoda di pandangan. Sudahlah isterinya hanya mengenakan sport bra dan short pants yang ketat mengikut bentuk badan. Peluh yang membasahi tubuh isteri seolah-olah sengaja mahu menguji nafsunya.
"Bie? Buat apa lagi kat situ? Kata nak tidur?"
"Hah? Err... Erm.. la-lapar.." jawab Tuan Hared. Eh, Astaghfirullahalazim! Apa benda aku cakap ni?
"Lapar? Breakfast bie saya dah sedia dekat dapur tadi. Pergilah makan.." balas Dianne Ardilla. Terkelip-kelip matanya melihat tingkah Tuan Hared yang seperti serba tidak kena. Kali ini dia sudah bersiap-sedia dengan lagu Mexico. Auch, tak sabar nak berzumba!
"T-tak, bukan lapar tu.."
"Habis?!"
"Tak, tak ada apalah! Sayang sambunglah, bie nak pergi dapur. Nak makan."
"Okay.."
"Okay..."
"Bie." Panggil Dianne.
Kening Tuan Hared terangkat sebelah. Dia memandang wajah isterinya yang kelihatan terkebil-kebil.
"Kata nak makan? Pergilah sana! Berdiri tercegat kat situ buat apa?!" Ujar Dianne. Nada suaranya cuba dikawal. Hairan melihat suaminya yang masih tercegat seperti patung cendana di hadapan pintu.
"Ouh, fine! Nak pergilah ni! Ehem!" Balas suaminya sebelum melangkah. Sempat lagi berdehem beberapa kali. Malu!
Dianne semakin berkerut. Yang aneh-aneh aje suaminya itu. Hish!
Dengan seribu satu kemalasan, dia mengheret juga kedua-dua kakinya menuju ke dapur. Dia mengeluh. Baru nak bermanja dengan bini sendiri! Huh!
Di pertengahan jalan, langkahnya terhenti. Dia terlupa. Ada perkara yang jauh lebih penting yang sepatutnya dia fikirkan sekarang ini. Lantas dia berpatah semula. Tuan Hared berdiri betul-betul di hadapan sebuah pintu yang tertutup. Sesekali matanya melingas ke arah dentuman bunyi muzik yang kuat. Bagus! Isterinya itu pasti sedang ber Ju On di bilik senamnya. Lalu, tombol pintu tersebut dipulas perlahan-lahan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik bacaan itu. Pintu kembali dikatup.
Suara Hayder terngiang-ngiang di telinganya. Mereka pernah berbahaskan mengenai hal ini.
"Red, kau tahukan.. isteri kau anak kepada Dato' Hafiz Zayne?"
Tuan Hared bingkas menghampiri meja kerja isterinya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang boleh berpusing itu. Dia memulakan pencariannya. Beberapa folder dari dalam laci turut diambil, dia meneliti satu persatu. Tetapi hampa, tiada satu pun yang berkaitan dengan apa yang dia mahukan.
Tuan Hared tersandar. Dia mengeluh seketika.
Jari-jemarinya mengetuk perlahan pemegang sisi kerusi. Bebola matanya bergerak sebelum matanya menangkap sesuatu. Dia pantas menunduk. Gulungan surat khabar kelihatan terselit di bahagian belakang meja. Tuan Hared segera menariknya keluar.
'Kenapa perlu sorokkan surat khabar lama ni di belakang sana? Melainkan ada sesuatu...
Gulungan surat khabar yang sudah kelihatan kekuningan itu dibuka.
Akhbar yang dikeluarkan kira-kira 15 tahun yang lepas cuma tarikh sahaja yang berbeza. Akhbar tersebut dikumpulkan daripada pelbagai keluaran syarikat. Seolah-olah ia telah pun diasingkan.
Tuan Hared agak tergamam. Salah satu artikel daripada surat khabar itu menarik perhatiannya.
Seorang ahli korporat rentung dalam letupan kereta
Artikel tersebut dibacanya perlahan. Hatinya mula berasa gelisah. Dadanya berombak laju.
Tuan Hared mengambil surat khabar yang lain pula. Masih artikel yang berkaitan walaupun berbeza tajuk. Wajah Dato' Hafiz Zayne terpampang besar di dada akhbar.
Dia mencari lagi artikel lain. Diselak dengan tergesa-gesa. Ada sesuatu yang tidak lengkap. Kenapa? Kenapa hanya ada artikel mengenai lelaki korporat itu sahaja?
Kepalanya tergeleng-geleng. Walaupun dia masih kecil ketika itu, tetapi Tuan Hared tidak bodoh dan dia masih ingat, tatapan terakhir seorang lelaki yang dirindui sebelum dia akhirnya menjadi anak yatim yang kehilangan bapa buat selama-lamanya.
Tangannya meramas akhbar yang berselerakan di hadapan.
_______________________________________________
"BOS, saya dah dapat maklumat yang bos nak.."
"Sini!" Fail yang dihulurkan kepadanya segera dirampas. Rizqi menyelak satu persatu. Biodata lelaki itu dibaca. Tiada yang menarik. Kemudian dia menyelak ke halaman seterusnya. Matanya sedikit membuntang.
Shit!
Beberapa keping gambar lama menarik perhatiannya. Air liurnya terteguk kasar.
"Macam mana bos?"
Rizqi Putra tidak menjawab. Dia kelihatan berada dalam dunianya sendiri. Tanpa sedar, tangannya mula menggigil kesejukan.
"Bos? Bos tak apa-apa ke?"
"Keluar."
Raez teragak-agak mahu mengangguk. Tetapi mahu bertanya lebih itu bukan satu idea yang bernas. Lebih baik dia pergi tanpa perlu banyak bicara. Bimbang sekiranya ada pasu yang melayang di kepalanya nanti. Rizqi ditinggalkan sendirian.
Dia mencapai telefon canggihnya di atas meja. Satu nombor dicari. Terketar-ketar tangannya melekapkan telefon tersebut di telinga. Beberapa ketika, panggilan yang dibuat ke luar negara itu akhirnya bersambung.
"H-hello."
Kedengaran tawa garau menyapa gegendang telinga Rizqi.
"Ada yang rindu dengan aku nampaknya... Hm? My son?"
YOU ARE READING
MY TUAN (COMPLETED)✓
Romance°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia...