Bab 25

7.5K 278 2
                                    

We cannot choose
the things that will happen to us
But we can choose
the attitude we want to take

-LUND-

----------------------------------------------------------------------

Rizqi Putra menyelinap masuk ke dalam salah sebuah bilik yang tidak berkunci. Sempat lagi matanya meliar ke kiri dan kanan bagi memastikan dia tidak tertangkap oleh wanita tua yang sudi menumpangkan dia di sini.

Suasana samar yang hanya diterangi cahaya lampu tidur memudahkan sedikit pergerakan. Anak mata Rizqi jatuh ke arah sesusuk tubuh yang berbaring membelakanginya. Dia tersenyum sinis.

Perlahan-lahan dia menyelinap masuk ke dalam selimut yang menutupi tubuh seorang wanita. Dia turut mengiring menghadap belakang tubuh itu.

Natrah masih lena dibuai mimpi. Sesekali tangannya naik menepis apabila terasa ada sesuatu yang bermain di wajahnya. Natrah menjadi semakin tidak selesa. Lebih-lebih lagi tubuhnya tiba-tiba sahaja terasa berat seperti dihempap sesuatu. Natrah pantas mencelikkan kedua-dua belah matanya.

"Riz? Ap..apa kau buat, hey!! Ergghhh..."

Tidak sempat gadis itu mahu menjerit, pantas mulutnya ditekup kuat oleh Rizqi. Natrah meronta. Tangannya yang masih bebas memukul-mukul tubuh lelaki itu. Tetapi semuanya sia-sia. Rizqi malah menguatkan lagi cengkamannya.

"Diam! Diam kalau kau tak nak mak kau tahu perangai sebenar kau!"

Natrah terdiam. Dia berhenti meronta. Melihat Natrah yang sudah bertenang, perlahan-lahan dia mengangkat tubuhnya daripada menindih gadis itu. Pantas Natrah mengesot ke belakang.

Rizqi Putra mengambil tempat di sebelah. Dia turut menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Setelah melihat keadaan gadis itu yang sudah mulai tenang, dia membuka mulut.

"I never thought, we would meet again like this. And... hmm, you've changes alot..." Ujar Rizqi. Dia tersenyum senget memandang ke arah gadis yang memeluk lutut itu. Tatapan mata mereka saling bersabungan.

"Heh, kau dah ludah aku.. dan sekarang kau dekat sini untuk apa? Jilat balik ludah kau tu?" Balas Natrah sedikit kasar. Kemudian kening kanannya terangkat apabila melihat lelaki itu menahan tawa yang ingin meletus. Natrah bingung.

"Where's your phone?"

"Nak buat apa?" Soal Natrah kembali sambil matanya melorot ke arah telefon canggih miliknya yang terletak di atas meja kecil. Baru sahaja dia mahu mencapai, tangan Rizqi lebih cekap mengambil telefon itu. Selamba sahaja dia membuka kekunci telefon tersebut dengan menggunakan cap jarinya.

"Masih tak tukar lagi? Haha."

Natrah mendengus geram. Dia memeluk tubuhnya sambil menjeling ke arah telefon yang berada di dalam genggaman lelaki itu.

"Aku tak sejijik itu untuk jilat ludah aku semula. I came here to find my one and only angel, yang jauh lebih suci daripada kau. She is Dianne Ardilla.." ucap Rizqi bersama sekeping gambar yang tertera di telefon. Telefon tersebut dihulurkan ke arah Natrah. Natrah menyambutnya. Perlahan-lahan dia menunduk melihat ke arah screen yang masih bercahaya itu. Natrah terpegun. Di..dia?

Kelopak mata Natrah terasa berkolam. Dia menggenggam kuat cadar yang bergumpal di katil.

Jadi, perempuan ini. Perempuan yang sama, punca cintanya terhalang!

"Selama ni, kau tak boleh terima aku..sebab, sebab dia ni?"

Rizqi Putra menghela nafasnya. Matanya memandang kosong ke hadapan. Tidak pula dia perasan akan riak yang berubah di wajah pucat gadis itu.

"Ya.. kau, atau sesiapa sekalipun. Takkan ada satu yang mampu gantikan tempat dia."

"Habis, kenapa...kenapa kau ambil aku jadi.."

"Jadi apa? Jadi kekasih aku? Heh, nonsense.. Aku cuma ambil kau sebagai mistress aku je. Tempat lepaskan nafsu aku bila aku rindukan dia.."

Kata-kata lelaki itu terasa seolah-olah meramas jantung dan hatinya. Natrah terdiam. Wajahnya tidak beriak.

"Hey, kau kenapa diam? Huh?" Rizqi menolak sedikit tubuh gadis itu. Dia menarik tubuh Natrah ke dalam pelukan.

"Kan aku pernah cakap dulu.. jangan sesekali jatuh cinta dengan aku. Kau lupa?" Bisik Rizqi lembut di tepi telinga Natrah. Natrah menolak kuat tubuh itu.

"Mengarut!"

"Hmm, baguslah kalau kau faham."

"Bukan aku tapi kau Riz.."

Rizqi tersentak.

"What do you mean?"

"I guess you shouldn't fall in love with her...because, she's married to my ex...i feel sorry for you Riz.." kata-kata Natrah seumpama belati yang menikam tepat ke jantung Rizqi. Lelaki itu terkaku di tempatnya. Kali ini giliran Natrah yang mengembalikan paku buah kerasnya. Dia tersenyum sinis melihat riak beku Rizqi.

'Balasan sebab kau berani main-mainkan aku selama dua tahun. Kutip dan buang aku macam sampah...'

Natrah kembali teringat sepanjang dua tahun dia setia bersama lelaki dihadapannya ini.

----------------------------------------------------------------------

Dua tahun yang lalu...

Natrah Naylah mengambil satu lagi penerbangan menuju ke New York. Ya, dia tipu semua orang kampung termasuklah ibunya sendiri. Sedikitpun dia tiada hati mahu menyambung pelajarannya di Mesir. Dia sanggup ke luar negara hanya kerana mahu memulakan hidup baru. Keluar daripada kehidupan lelaki yang pernah menjadi kekasihnya iaitu Tuan Hared.

Sewaktu dia menjejakkan kakinya di negara Uncle Sam itu, Natrah mula merasakan kehidupannya semakin susah. Dia sendirian dan dikelilingi oleh bangsa asing sehinggalah suatu hari, Natrah ditipu oleh salah seorang wanita berkulit putih. Dia tidak sangka bahawa dia tersilap langkah sehingga memaksanya dirinya bekerja sebagai pelayan di salah sebuah kelab malam yang termuka di situ.

Mulai saat itulah, Natrah berubah seratus peratus. Tiada baju kurung yang membaluti tubuhnya melainkan baju-baju singkat yang semestinya terdedah, tiada lagi tudung labuh yang  meliputi rambut di kepala, tiada lagi istilah sopan-santun yang selayaknya dimiliki oleh gadis timur dan tiada lagi pegangan agama dan jati diri sebagai seorang muslimah yang sepatutnya dijunjung tinggi.

Rizqi Putra? Dia kenal lelaki itu sebelum lelaki itu mengenali dirinya. Wajah Rizqi sering terpapar di dada majalah dan mendapat liputan hangat di media sosial. Setiap minggu, pasti ada sahaja berita sensasi mengenai lelaki itu yang sering bertukar-tukar pasangan.

Natrah Naylah benar-benar tidak menyangka bahawa Rizqi Putra yang sering menjadi tumpuan akhirnya menjejakkan kaki ke kelab malam itu. Saat mereka bertemu empat mata, Natrah berasa segan apabila diperhatikan oleh lelaki kacak itu. Sejak-sejak itulah hampir setiap hari Rizqi berkunjung ke kelab malam tersebut. Duduk di sudut sofa sambil dilayani oleh gadis-gadis disana. Namun, Natrah sedar. Mata cokat itu gemar melontarkan pandangan ke arahnya.

"Hey Nayl, come here!" Panggil seorang lelaki yang merupakan manager kelab malam tersebut. Natrah terkedu. Tidak pernah-pernah dia dipanggil. Hatinya gusar. Pantas dia meninggalkan tugasannya dan mendekati lelaki tersebut.

"You call me, sir?" Soal Natrah.

"Starting today, you don't need to work here anymore.."

"But.. why?"

"That guy.. bought you to be his mistress. You've no choice. I've received the payment.."

Natrah tergamam. Pantas dia menoleh ke arah lelaki itu semula. Tersenyum manis lelaki itu tatkala membalas pandangan ke arahnya. Hati Natrah berkocak hebat.





:
:

:
Sorry for late update. Tq for vote n comment. Always support my story. I luv uoll.. chuppp3

P/s.. vote oke? Penat gak tulis kalau vote nya seco et hahaha.. sibbaik memang minat menulis. Takdelah kecewa sangat..sob3😖

MY TUAN (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now