When you breathe,
a warm wind blows
When you smile,
the dazzling sunlight shines-Sung Shi Kyung-
_______________________________________________
"Mana sayang dapat benda ni?" Tuan Hared menyoal penuh dengan tanda tanya. Keningnya terjungkit sebelah memandang si isteri yang kelihatan tergamam. Perlahan-lahan gadis itu bangun menghampirinya. Sampul yang berada di tangan Tuan Hared segera digapai namun lelaki itu pantas melarikan tangannya ke belakang.
"Bie..saya boleh jelaskan." Pujuk Dianne dengan nada yang perlahan. Mata mereka saling bersabung sebelum akhirnya Tuan Hared mengangguk.
"Fine. Ceritakan semuanya, jangan ada satu pun yang tertinggal." Ujar Tuan Hared. Dia bersuara lembut namun isinya kedengaran tegas di telinga Dianne Ardilla.
"Sure, sebab saya pun dah lama nakkan penjelasan yang sama dari bie. Cuma, saya tak sampai hati dan tak sanggup nak keruhkan hubungan kita. Jadi.."
"Syh.. it's okay sayang. Bie lebih suka kalau kita berterus terang, itu jauh lebih baik daripada memendam sendiri dalam hati..kan?"
Tuan Hared meraih pergelangan isterinya. Perlahan-lahan dia menarik gadis itu menuju ke sofa di ruang tamu.
Malam ini, akan menjadi malam yang panjang. Malam di mana segala kekusutan yang terpendam bakal terlerai satu demi satu.
Mereka melabuhkan punggung di set sofa yang berwarna hitam. Televisyen sengaja tidak dihidupkan. Biar fokus mereka hanya tertumpu antara satu sama lain.
Dianne menarik nafas perlahan. Duduk diam memerhatikan Tuan Hared yang mengeluarkan isi yang berada di dalam sampul tersebut. Dirinya sedikit gugup. Jarang benar mereka suami isteri berada dalam keadaan seserius ini. Mahu bergerak sedikit pun terasa ketar lutut, padahal dia tahu Tuan Hared tidak akan memaki hamun isterinya yang satu ini sesuka hati.
"Jadi, dari mana sayang dapat sampul ni?" Soalan pertama yang dilontarkan oleh suaminya. Masih dengan soalan yang sama sejak tadi.
"Ex bie.. ehem, Natrah!" Pantas Dianne menukar jawapan tatkala menerima cerlungan tajam suaminya. Eleh, nak marah konon.. memang betul pun kan ex dia? Haish, Dianne the gorgeous! Sejak bila kau makin kecut macam asam keping nih? Buat malu je!
"Jadi, sebab nilah sayang lari dari bie? Bukan sebab... Sayang sengaja ikut lelaki tu balik KL?" Aju Tuan Hared lagi. Gambar-gambar tersebut diletakkan di atas meja kopi. Dia menyandarkan dirinya di sofa sambil tangan memeluk tubuh. Anak matanya pula tidak lepas daripada memandang wajah polos isterinya.
Dahi Dianne Ardilla berkerut.
"Maksud bie, bie ingat saya lari ikut lelaki lain? Pufff..." Mahu tersembur air liurnya tatkala mendengar. Pantas dia menekup mulutnya sebaik sahaja terpandang renungan helang Tuan Hared. Dianne berdehem membetulkan anak tekak.
"Agaklah bie, kalau saya nak lari dah lama saya buat. Tak perlu tunggu abang Riz datang ambil, kawan bie, Hayder err nama dia? Haha! Saya kejip-kejip mata je dah cukup. Dengan kawan bie tu pun saya boleh ajak dia bawa lari saya tau.. hahaha.. aaaa! Ahhh!! Bie, putus telinga ni karang! Eyyy!! Sakitlah..." Dianne bingkas menggosok telinga kanannya yang dipiat oleh Tuan Hared.
Rasakan! Dengus Tuan Hared sambil mengecilkan matanya. Sabarlah duhai hati! Kenapalah aku dikurniakan seorang isteri yang suka cari penyakit dengan suami sendiri?! Kemain ada hati nak menggatal dengan Hayder? Huh, tak cukup dengan Jae Sean yang dipuji-pujinya haritu! Siapa lagi? Abang Riz? Wah-wah! Kemain berabang bagai, dengan suami sendiri tak nak pula berabang! Bie, bie! Ada juga yang jadi lebah terbang cari madu karang! Haish!!! Geram betul! Terasa meluap-luap api cemburu dalam hatinya kala ini.
YOU ARE READING
MY TUAN (COMPLETED)✓
Romantizm°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia...