Bab 12

7.7K 325 4
                                    

Rizqi Putra melangkah keluar dari bangunan KLIA. Dia disambut oleh beberapa orang pengawal peribadi yang lengkap bersut hitam. Orang kanannya pantas membukakan pintu di bahagian penumpang.

"Tuan, ada nak kemana-mana?"

"Hotel." Balasnya sepatah. Di sebalik kaca mata hitam yang tersarung, pandangannya dilontarkan jauh keluar tingkap. Fikirannya melayang mengimbau kembali memori enam tahun lepas sebelum dia berangkat untuk menyambung pelajarannya ke New York.

Dianne Ardilla. Wajah si pemilik nama yang indah itu terpapar jelas di ruang fikirannya. Biarpun sudah enam tahun berlalu, sedikitpun figura itu tidak terhakis malah dia sentiasa mencari tahu perkembangan gadis itu sehinggalah ke hari ini.

Ramai yang terkejut apabila dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia sedangkan namanya sendiri sudah kukuh sebagai international model. Tapi apa dia kisah. Berita kehilangan Dianne Ardilla lebih mengkucar-kacirkan hidupnya.

"Mana you sekarang ni, Dee?" Getus hati kecilnya dalam diam. Wajah yang tidak beriak itu tersentak sedikit apabila getaran Iphone dalam kocek seluarnya tiba-tiba sahaja berdering. Segera dia mengangkat panggilan tersebut.

_______________________________________________

Pagi itu, Dianne mengumpul segala pakaian yang hendak dicuci termasuklah baju-baju yang baru dibeli olehnya, eh bukan. Yang dibeli oleh Tuan Hared. Sesen pun dia tak keluarkan duit. Hm, tak apalah. Nanti aku ajak dia balik ambil apa yang patut dari rumah aku.

Tuan Hared yang masih nyenyak dibiarkan terus terlena. Merah pipi Dianne apabila tersedar yang dia sudah tertidur lena dalam pelukan suaminya itu. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Dianne mengangkat bakul yang berisi pakaian kotor lalu menuju ke dapur. Anak matanya meliar mencari mesin basuh namun tiada. Tak mungkin dia perlu cuci guna tangan! No way! Habis rosak kulit aku nanti macam mana?

Jangankan mesin basuh, sabun pencuci pun langsung dia tidak nampak. Habis, selama ini lelaki itu basuh baju guna apa? Takkan hari-hari dobi kut? Kaya betul mamat ni. Dianne mengeluh. Bakul yang berat itu diletak kasar ke lantai.

"Hoi!"

"Oh abang kau melompat!!"

"Aku takde abang." Jawab Hared selamba. Dianne mengurut laju dadanya. Nasib baik jantung dia tak terlompat keluar. Suka main sergah tak kasi salam. Memang minta aku mati cepat ke apa?!

"Ingatkan hari-hari bajet diva. Tak sangka kaki latah rupanya kau ni.." Tuan Hared tertawa kecil.

"Dah you yang sergah i tak kasi salam. Nak kena cepuk ke? Dah sihat sangat?!" Balas Dianne sambil tangannya sekali tergawang-gawang. Kononnya nak bagi cepukan sedas dua. Tapi tak berani manapun sebenarnya.

"Eleh. Aku sakit sikit je pun, kau yang over. Apasal? Dah tersayang tanpa sengaja ke?" Sindir Hared sengaja mahu mengusik.

"Eyy, you ni! Menyesal i buat baik semalam. Kalau i tahu you buat-buat sakit, siap i tenyeh luka you tu nanti!" Geram Dianne. Malas mahu melayan sikap suaminya, lantas dia kembali mengangkat semula bakul tersebut.

" Eh, nak buat apa?"

"Hantar dobilah. Apa lagi?" Balas Dianne.

"Basuh jelah!" Tuan Hared cuba menghalang. Atas sebab apa? Cuma dia sahaja yang tahu.

Dianne Ardilla menjulingkan matanya sebelum memandang semula lelaki itu. Boleh tahan kerek sekali cara renungan Dianne.

"Memang taklah i nak rosakkan kulit tangan i unless you yang basuh semua baju ni sendiri... Atau you tak pernah basuh baju? Oh my god! So disgusting! Yuckss." Dianne membuat muka mual. Muka je hensem tapi pengotor euw! Kutuk Dianne.

"Aku lelaki apa nak hairan. Setakat tak basuh dalam seminggu, common what? Lagipun kalau takut kulit tangan kau reput, kaki kan ada. Takkan nak kena ajar, wahai isteriku...?" Ujar Tuan Hared, memulangkan kembali paku buah kerasnya. Dianne mencebik.

"Whatever! Now, kat mana i nak basuh baju-baju ni?"

"Sungai."

"What?!"

_______________________________________________

Dianne Ardilla berhati-hati meniti batu licin yang terdapat di sungai jernih itu. Tangannya tidak lepas menggenggam hujung baju suaminya.

Dia fikir lelaki itu hanya bermain-main sahaja. Sekali, mereka memang perlu ke sungai semata-mata untuk membasuh baju! Ada ke patut lelaki itu memberi alasan bahawa waktu pagi, air paip menjadi perlahan? Eyy sabar jelah! Nasiblah dia tiba-tiba sahaja rajin. Itupun kerana lelaki itu telah menolongnya kelmarin. Kalau tidak jangan haraplah. Lagi bagus kalau dia dapat tidur terbongkang atas katil. Huh!

"Slow lah sikit. You nak i jatuh ke hah?" Rungut Dianne. Pertama kali rasanya dia menjejakkan kaki ke sungai. Mujur kawasan sungai tersebut cantik dan bersih daripada sampah-sarap. Sedikit sebanyak hatinya berasa tenang dengan suasana di situ.

Tuan Hared menuntun tangan isterinya berhati-hati. Tangan sebelah lagi pula memeluk kemas bakul bersaiz sederhana yang berisi kain. Dia membawa Dianne menuju ke bahagian yang sedikit dalam. Sebuah batu yang kelihatan agak besar menjadi tempat untuk mereka mencuci pakaian.

Dianne Ardilla duduk bertenggek di batu tersebut. Matanya meliar memerhati persekitaran di sekelilingnya. Kawasan itu dimeriahkan dengan siulan burung-burung yang berkicauan. Dianne tersenyum lebar. Tak sangka masih ada lagi tempat secantik ini di Malaysia.

Tuan Hared mengerling ke arah Dianne. Dia tersenyum melihat gadis itu. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di sebelah. Bakul diletakkan sahaja disisinya.

"Cantikkan?" Soal Tuan Hared.

"Haah, tak sangka pulak kampung you ni ada tempat yang cantik."

"Itulah, kau je yang pandang sebelah mata."

"Tempat kat sini memang cantik, cuma rumah you je tak maju-maju lagi." Bidas Dianne.

"Eleh, nyenyak juga kau tidur hari-harikan? Lagi-lagi dapat peluk aku..."

"Shut up! You yang miang! Dah diam, i nak cuci baju. Sini bakul tu. Tunggu you, sampai esok pun belum tentu siap!" Pintas Dianne. Segera dia mengambil bakul yang berada di sisi lelaki itu.

"Tahu ke tu nak cuci?"

"See my leggg eh, ehh ehhh, awhhh!!!"

Kedebushhh!!

Tuan Hared terus berdiri. Terkaku sekejap apabila gadis itu sudah selamat terjatuh ke dalam sungai. Dianne menjerit-jerit kerana kebasahan. Geram Dianne apabila suaminya bukan mahu menolong malah digelakkannya pulak!

Eyy, bongoklah you ni! Nah ambik nih!!!" Sejurus itu, laju dia mengkocak air ke arah Tuan Hared. Seluar jeans lelaki itu pantas ditarik sehingga lelaki itu sama-sama jatuh ke dalam air.

"Sengetlah mangkuk!"

"Berani you cakap i mangkuk?! You tu yang kurang asam," bakul yang sudah kosong kerana ikut sama 'terjun' dengan mereka pantas ditelangkupkan di atas kepala suaminya. Rasakan! Huh.

Terjerit-jerit lelaki itu bila diusik.

Tawa Dianne semakin kuat. Hared tersenyum lebar. Tiba-tiba satu idea muncul dalam kepala otaknya.

Tatkala Dianne masih lagi cuba meredakan tawanya, dia merapati isterinya perlahan-lahan dan sejurus itu terus dia mentelangkupkan bakul tersebut menutupi mereka berdua.

Dianne Ardilla terkedu. Badannya dipusingkan kebelakang sehingga pucuk hidungnya menyentuh dada Tuan Hared. Sekali lagi. Sekali lagi jantung mereka berdegup senada, namun segera tersedar tatkala titisan air yang mengalir dari anak rambut Tuan Hared jatuh ke atas wajahnya.

Tuan Hared menatap lembut wajah Dianne Ardilla yang tersipu malu dengan pipi kemerahan. Dia terpaku.

Comel sangat!

Life will never be less, as long as i'm with you...

.
.
.
.
.
.
.














MY TUAN (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now