I'll be there for you,
these five words I swear to you
When you breathe
I want to be the air for you-Bon Jovi-
----------------------------------------------------------------------
Flashback...
Dia sedikit menggeletar melihat dua pintu tebal itu bergerak-gerak akibat diketuk kuat dari dalam. Bunyi tersebut seperti diketuk dengan satu objek yang keras. Tuan Hared cuba memulas tombol pintu itu yang ternyata berkunci.
Alat pemadam api di sebelah kanan dinding pantas dicapai. Dia lantas menghentam kuat pemadam api itu ke arah tombol beberapa kali. Akhirnya pintu tersebut renggang.
Dia masih memegang kemas alat pemadam api di tangan kirinya sebagai langkah berjaga-jaga. Perlahan-lahan Tuan Hared menolak pintu tersebut.
Dia terkaku. Otaknya seakan-akan terbejat tatkala pintu itu terbuka. Dengan pantas dia melarikan anak matanya. Badannya segera dipusing menghadap ke belakang.
"Astaghfirullah... Ampunkan aku Ya Allah!"
"Tt...ttolong, tolong... Erghh!" Sekujur tubuh milik seorang gadis merangkak berusaha memegang kaki Tuan Hared. Hared tersentak. Tidak sanggup dia mahu mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu yang terlihat sungguh mengaibkan.
Dress yang koyak rabak dan hampir terlorot dari tubuh itu ditahan dengan tangan kiri sementara tangan kanan berusaha memeluk erat kakinya. Keadaan wanita itu sangat teruk. Darah yang mengalir dari kepala, tubuh yang penuh dengan kesan torehan, di tangan, dada dan di bahagian belakang tubuh wanita itu juga dipenuhi dengan darah.
Tuan Hared menggigil tatkala melihat keadaan gadis itu, namun dalam masa yang sama timbul perasaan mahu melindungi. Dia pantas duduk menyamai ketinggian gadis itu. Wajah yang tertutup dengan rambut ikal diselaknya ke belakang. Tuan Hared terpana.
Di..Dianne?!
Tidak sampai beberapa saat, gadis itu tumbang. Pantas Tuan Hared menyambutnya. Dia menepuk sedikit pipi gadis itu. Malangnya Dianne sudah tidak sedarkan diri.
Tuan Hared berusaha untuk mengeluarkan Dianne Ardilla dari situ. Dia melihat sekeliling bilik tersebut sebelum matanya tiba-tiba menangkap tubuh seseorang yang diikat dan terlentang di suatu sudut.
Tuan Hared membaringkan Dianne Ardilla seketika sebelum meluru ke sana.
Tubuh seorang lelaki dengan mata yang terbelalak dan mulut berbuih pantas didekati. Tuan Hared tergamam. Dia menggoncang sedikit tubuh tersebut. Kemudian urat nadi di pergelangan tangan cuba dirasa. Tiada denyutan. Lelaki tersebut telah mati.
Tuan Hared bernafas kencang. Segera dia berlari mendapatkan Dianne Ardilla yang terbaring kaku. Entah mengapa, hatinya berasa tidak sedap, apa yang pasti dia harus menyelamatkan Dianne Ardilla dari sini. Tubuh Dianne pantas dikendong. Tangannya sempat mencapai purse gadis itu yang tercampak di tepi dinding. Setelah itu dia berlekas mencari jalan keluar.
Tuan Hared mengendong tubuh Dianne melalui lorong gelap. Tidak sampai beberapa meter, telinganya tiba-tiba menangkap bunyi yang kedengaran seperti alarm. Bunyi tersebut rupa-rupanya datang dari arah kotak yang dibawanya ke mari.
Shit!
Tanpa membuang masa, sekuat hati Tuan Hared berlari menuruni anak tangga dari tingkat lapan itu. Sesak nafasnya yang memberati di dada cuba ditahan. Di dalam hati tidak putus-putus dia berdoa demi keselamatan mereka berdua.
YOU ARE READING
MY TUAN (COMPLETED)✓
Romance°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia...