Bab 39

6.7K 431 9
                                    

I need somebody who can love me
at my worst
No, I'm not perfect,
but I hope you see my worth
'Cause it's only you, nobody new,
I put you first
And for you, girl, I swear I'll do the worst

-Pink Sweats-

_______________________________________________

"After that, aku terpaksa tembak lelaki jahanam tu and what a sad ending dude... That man ended up dying too as well. Haha."

"How about my wife?! Is she...?" Tuan Hared sudah mencengkam lengan t-shirt baggie lelaki itu. Jae Sean tertawa.

"She survived. Don't worry..." Balas lelaki itu. Tuan Hared menghela nafas kelegaan.

"Haish kau ni. Buat saspen aku jelah! Kan senang kalau kau cakap je dari awal..."

Jae Sean ketawa kecil.

"Sajalah nak tengok muka cuak kau tu. Kalau dulu mesti hingus kau dah meleleh keluar dulu. Siap melekat warna hijau kat baju lagi..."

"Tak payahlah... Sial lah bodoh! Aduh.. sakit.."

Jae Sean malah semakin kuat tawanya melihat Tuan Hared yang menahan sabar ingin memaki dirinya. Tuan Hared mengulum tawa. Dia kembali menyandarkan tubuhnya di kepala katil yang beralaskan bantal.

"Haish, kau ni. Dah. Kau tak payah risau sangat. Isteri kau okay. Dia keluar kejap tadi. Ada hal..."

Riak wajah Tuan Hared sedikit berubah.

"Kat luar sana tak selamat lagikan? Kenapa kau biar? Sean.."

"Semua dah selamat. Lepas aku suruh geng aku bawakan kau dengan isteri kau, polis datang serbu tiba-tiba. Semua penjenayah tu dah kena tahan. Cuma..."

"Cuma?"

Lelaki itu diam sejenak sebelum menyambung ayatnya.

"...jerung tua tu sempat larikan diri ke luar negara."

Dahi Tuan Hared berkerut. Jerung tua?

"Maksud kau? Siapa?"

"Raymond Gabriel Zayne.. i meant Dato' Ray.."

Tercengang Tuan Hared mendengar sepotong nama itu. Keningnya terjungkit sedikit.

"Aku tak tahu mana dia beli gelaran Dato' tu dan yang pasti dia sangat berpengaruh terutama sekali dalam kalangan kongsi gelap..."

"Mana kau tahu semua ni?" Soal Tuan Hared. Namun soalannya dibalas dengan senyum senget yang tersungging di bibir lelaki itu. Sekilas, matanya memerhatikan susuk tubuh lelaki itu secara keseluruhan. Lengan penuh bertatu, tubuh yang dahulunya terlihat kurus kering kini sudah tegap dan sasa.

"Tak perlulah aku jelaskan kenapa. Kau boleh faham sendiri aku rasa. Cuma satu je aku nak pesan..."

"Raymond. Sebenarnya bapa saudara isteri kau. Tolong hati-hati even dia dah chou keluar dari sini." Ujar Jae Sean sebelum bangun berdiri. Mulut Tuan Hared terkunci rapat. Matanya sedikit membulat.

"Rehatlah. Nanti aku suruh maid hantarkan makanan. Aku keluar dulu." Bahu Tuan Hared ditepuk sedikit sebelum dia melangkah keluar dari situ.

'Raymond. Dato' Ray. Bapa saudara isterinya.'

Segala kata kunci bermain dalam fikirannya. Lelaki yang bergelar Dato' dalam mimpinya juga. Semuanya seakan-akan berkait. Dia pasti. Sedikit masa sahaja lagi, setiap persoalan itu akan terungkai.

MY TUAN (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now