Bab 45

6.5K 244 6
                                    

To be born as a girl
and to be loved
was so hard

-KISS-

_______________________________________________




Lima tahun yang lalu...

Dia melangkah keluar dari bilik guru setelah dipanggil oleh guru tingkatan enam, Puan Nurina. Macam biasalah, dipanggil gara-gara bermain game di bawah meja. Haih, sudahlah telefon canggih itu baru sahaja dibelinya dengan duit gaji kerja sambilan yang dia usahakan. Sekarang kena rampas pula. Padan muka kau Hared Wazir!

Keluhan panjang mengiringi langkahnya menuju ke kelas yang terletak di blok bangunan paling hujung. Sengaja dia berjalan lambat-lambat. Malas hendak masuk ke kelas.

Bamm!

Dia tersentak. Dahinya berkerut apabila terdengar satu bunyi hentaman dari arah tandas lama pelajar perempuan. Tuan Hared dengan tangan yang menyeluk ke dalam poket seluar slack sempat mengerling ke sekeliling. Tiada pelajar lain yang berkeliaran memandangkan sekarang adalah waktu kemuncak. Tanpa teragak-agak dia lantas mengatur langkah menuju ke tandas tersebut yang berada di sebelah studio seni yang berkunci.

"Kau ni tak malu ke tak habis-habis nak menyendeng kat kitorang? Hah? Kau tu cuba tengok sikit cermin. Dah lah skema, nak buat-buat baik pulak dengan kitorang! Asal-usul pun tak ada. Tak faham betul lah aku dengan perempuan macam kau ni! Jijiklah!" Ujar salah seorang gadis. Kata-katanya penuh sinis dan penghinaan sehingga sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan turut terasa.

Tuan Hared sekadar berdiri di sebalik dinding. Tidak perlu bersusah-payah untuk mencuri dengar kerana suara itu sahaja sudah membingit kuat di luar tandas.

"Kenapa? S-salah ke, saya cuma nak berkawan dengan korang je. Kalau, kalau korang nak saya berubah, saya sanggup! Saya sanggup buat apa sahaja yang korang nak saya buat. Cuma tolong terima saya juga. Saya, saya suka tengok awak bertiga. Cantik, semua lelaki pandang awak. S-saya pun nak jadi macam korang..."

"Puff!! Hahahahaha! Weh geng, dengar tak apa perempuan bendul ni cakap? Hahaha! I see, kiranya kau kagum dengan kitorang, that's why kau nak berkawan.." ucap gadis tersebut berselang-selikan suara tawa gedik yang disambut oleh teman-temannya.

"Ye! Saya suka tengok korang! Saya nak jadi cantik macam korang juga.." rayu suara itu lagi. Dia duduk melutut di hadapan mereka bertiga. Langsung tidak kisah akan baju kurungnya yang sudah menyapu lantai bilik air yang berlumut itu.

"Hmph, boleh!"

Mata gadis itu bersinar-sinar. Dia mula tersenyum lebar.

"B-betul ke?"

"Yup! But with one condition. Sebelum kau nak jadi cantik dan popular macam kitorang, kau kena buat benda ni dulu. Geng, heret dia.."

Dua orang gadis melangkah mendekati dirinya. Dia terkebil-kebil di saat kedua-dua belah lengannya digenggam. Lengannya ditarik kasar menuju ke salah sebuah tandas yang sudah rosak dengan mangkuknya yang kelihatan pecah dan berlumut.

"Korang, korang nak saya cuci tandas ni ke?" Soalnya tergagap-gagap.

Gadis angkuh itu mendekati perlahan dengan senyuman sinis.

"Buat apa nak cuci tandas ni. Ni tandas lama, tak ada orang nak guna dah pun."

"Ha-habis tu, awak nak saya buat apa?"

"Jilat mangkuk tandas tu."

Gadis itu terkedu mendengar. Tak mungkinlah!

"Awak janganlah bergurau macam ni. Tak kelakarlah..."

MY TUAN (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now