To the moon and back,
I love you more than that.-Alice Kristiansen-
_______________________________________________
Di pagi yang hening, entah angin apa yang merasuki suaminya. Tiba-tiba sahaja mengajak dirinya ke majlis kenduri. Yang menghairankan Dianne adalah tatkala seawal 7 pagi dia sudah dipaksa bersiap. Mana pula orang makan kenduri pukul tujuh? Pengantin pun silap-silap belum mandi lagi!
Kata Tuan Hared, apa salahnya pergi awal untuk tolong apa-apa yang patut. Orang Ganu biasanya jenis suka bergotong-royong satu kampung. Apa barang pakai catering! Bila Dianne mengerling pada Tok Mah, laju sahaja Tok Mah mengangguk mengiyakan hujah cucu kesayangannya itu. Nak tak nak, terpaksalah Dianne Ardilla bersiap awal-awal pagi dengan kurung cottonnya yang bercorak bunga-bunga kecil berwarna merah. Dikenakan pula dengan shawl satin berwarna lembut. Tak berkelip mata Tuan Hared memandang isteri divanya dah berubah menjadi semakin ayu.
Tuan Diana Airissa pula disiapkan oleh suaminya. Botol susu masih tidak lekang dari bibir. Perlahan-lahan Tuan Hared menyarungkan gaun kembang berwarna putih ke tubuh kecil anaknya. Comel!
"Dah siap semua?" Soal Tuan Hared sambil tubuh Rissa dibawa ke dalam dukungan. Tokki dan Tok Mah juga sudah bersedia di luar. Bergaya sekali pasangan suami isteri itu memakai pakaian sedondon dari atas sehingga ke bawah. Macam Tokki dan Tok pula yang tak sabar mahu naik pelamin.
Driver Tokki sudah bersedia di depan rumah dengan sebuah Alphard hitam metalik. Senang pergi sehala sama-sama. Jimat minyak dan kos.
Setelah hampir sejam perjalanan, akhirnya pacuan empat roda itu berhenti di hadapan sebuah bangunan. Hati Dianne teruja saat tiba di destinasi majlis kahwin tersebut. Hotel lima bintang! Rajinnya orang kampung datang bergotong-royong di hotel! Apa hotel lima bintang tak punya chef ke?
Dianne Ardilla menoleh ke arah Tuan Hared dengan penuh kerutan di dahi. Lelaki itu membuat muka selambanya lalu turun dari Alphard bersama si kecil yang melentok manja di bahu. Tokki dan Tok Mah juga turut mengekori suaminya keluar dari kenderaan tersebut. Dianne turut keluar.
"Cepat sikit sayang. Dah lambat ni."
"Abang! Kata kenduri? Buat apa datang hotel?"
"Aik, majlis kahwin tak boleh buat kat hotel ke?" Balas Hared. Langkah kakinya menonong menuju ke muka pintu hotel. Endah tak endah sahaja dia menjawab soalan cik isteri yang tidak berpuas hati. Dianne Ardilla menerpa ke arah Tokki dan Tok pula.
"Tok, bukan kita nak tolong majlis kahwin orang ke? Dee ingat majlis tu dekat kampung."
Tokki dan Tok sama-sama ketawa. Naik hairan Dianne Ardilla melihatnya. Betullah kan? Dah kalau dekat hotel, selain daripada kerja tolong tengok, kerja apa lagi yang boleh dibuat? Goyang kaki?
"Dianne ikut je suami mung tu. Taulah nanti nak jadi majlis kahwin ke majlis tahlil. Pergi cepat."
"Tokki dan Tok? Macam mana?"
"Tahulah kami. Dah, pergi!" Ujar Tokki bagaikan tidak sabar-sabar mahu menghalau dirinya untuk pergi mengikuti Tuan Hared yang sedang menunggu di hadapan pintu lif.
"Ya Allah! Cepatlah yang! Termenung pula dia!"
"Ey, sabarlah!"
----------------------------------------------------------------------
Dianne Ardilla diam mengikut jejak langkah suaminya sehinggalah mereka tiba di sebuah bilik hotel. Mungkin ada pengantin di dalamnya yang sedang bersiap.
YOU ARE READING
MY TUAN (COMPLETED)✓
Romance°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia...