tiga belas.

613 136 33
                                    

Anda masih ingat kejadian di chapter lepas? Atau tak ingat dah sebab author lambat update?

Tidak mengapa, mari aku ingatkan.

Setelah 'disergah' oleh makhluk halus yang menjadikan kawasan perkuburan sebagai tempat tinggalnya, kesemua atoks 96 liner bertempiaran lari.

Kaki lenguh ke apa, semua belakang kira! Asalkan mereka boleh jauhkan diri dari makhluk Tuhan yang mengerikan itu.

Masalahnya, hanya Soonyoung, Junhui dan Jihoon sahaja yang berjaya melarikan diri. Atok Wonu pula sudah jatuh pengsan. Dahlah pengsan, lepas tu tiada siapa yang perasan tentang kehadirannya di kubur tersebut.

Namun, Jeon Wonwoo bernasib baik. Ini kerana kebetulan Hansol lalu di kawasan perkuburan yang boleh dikatakan agak menyeramkan itu.

Dah kenapa pulak si Hansol ni pergi ke kubur? Tak apalah, biarkan ianya menjadi sebuah misteri nusantara.

" Itu macam Wonwoo je, dah kenapa pulak dia baring kat sebelah kubur? Dah tak sabar nak mati ke macam mana? " bisik Hansol kepada dirinya sendiri.

" Eh betul ke itu Wonwoo? Entah-entah itu cuma jin yang menyamar jadi dia! " sempat Hansol ternganga apabila mendengarkan hipotesisnya yang mengarut itu.

" Tapi kalau itu betul-betul Wonwoo macam mana? Tak akan aku nak biarkan dia terbaring kat situ sampai bila-bila? " serabut pula minda dibuatnya!

Maka Hansol pun meminta bantuan daripada beberapa orang jejaka kacak yang sedang melepak di perhentian bas untuk membawa Wonwoo pulang ke rumah kebajikan yang didiami.

" Ha, terima kasihlah ya sebab tolong bawakan atok Wonu ke rumah ni, nak harapkan atok bawak memang sampai esok masih kat kubur tu. " kata Hansol kepada tiga orang jejaka yang membantunya sebentar tadi.

" No problemlah atok, kalau nak minta tolong lagi boleh je. Lagipun kami bertiga memang suka melepak kat bus stop tu. " ucap si jejaka yang berambut biru bagaikan beri biru.

Hongjoong namanya.

" Kejap eh, korang bertiga tunggu sini dulu. Atok ada something nak bagi kat korang. " sejurus itu, Hansol pun masuk ke dalam rumah.

Wonwoo pula telah diserahkan kepada Seungwoo dan Seungyeon untuk tindakan lanjut.

Mereka bertiga sekadar mengangguk kepala, sambil itu terfikir juga, apalah Hansol nak bagi kepada mereka agaknya?

" Weh, atok muka mat saleh tu nak bagi apa kat kita? " soal Seonghwa, lelaki yang berpakaian serba hitam.

Sekali pandang macam fak boi. Dua kali pandang macam calon suami ok ok sudah.

" Buah-buahan kot? Takpun biskut. Malaslah nak teka huk aloh. " balas Yunho dalam nada suara yang perlahan, bukan sebab nak jaga adab ke apa, dia sebenarnya mengantuk tapi boleh pula kawannya yang dua ketul tu ajak melepak!

Setelah hampir 10 minit menunggu di pondok kecil yang terletak di depan rumah, akhirnya Hansol memunculkan diri juga.

Yunho sampai tertidur nyah. Nasib baik Hongjoong tolong lempang dia, auto segar dibuatnya.

" Ha cucu-cucu sekalian, maaflah lambat. Maklumlah umur dah lanjut, haha. Ini, kebetulan sejak kebelakangan ni atok tetibe rajin nak mengait jadi atok ingat nak bagi mafla ni kat korang! Handmade tau, jangan memain. " Hansol pun menyerahkan tiga helai mafla yang semuanya berwarna ungu kepada Hongjoong.

" Fuyoo gempaklah atok ni, dah tua pun boleh mengait lagi. Buatkan sarung tangan untuk saya boleh tak? " soalan Yunho itu membuatkan Hongjoong menyiku pinggangnya.

" Eishh kau ni, tak malu sungguh! Ingat dia ni atuk kau ke apa? " sempat Hongjoong membebel.

" Lah boleh je, kenapa pulak tak boleh? Lagipun atok-atok yang lain dah menyampah kena pakai segala benda yang atok kait HAHAHAHA UHUKS " Hansol terus ketawa sakan hingga terbatuk.

Seonghwa pun terus menjadi teladan yang baik kononnya, dia menepuk belakang Hansol perlahan.

" Tok, kalau tak boleh ketawa jangan ketawa tok, nanti readers pulak yang gelakkan atok. " katanya.

Hansol pula hanya termenung. Susahlah jadi warga emas ni, bila gelak sikit je mulalah kuman dalam tekaknya membuat pesta dan membuat dirinya terbatuk.

Sejenakku termenung~

++++++

Sementara itu, di ruang tamu...

" HUWAAAAA!!! JANGAN MAKAN AKU, AKU TAK SEDAP!!! " Wonwoo yang masih berada di antara alam mimpi dan alam realiti mula meracau.

Seungcheol yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala, pertama kali dia melihat Wonwoo berkelakuan sebegini.

Terpaksalah dia menampar si atok yang bermarga Jeon itu, kalau dibiar mahu habis tenaga dibuatnya.

" HUWAAA SAKIT! Eh Cheol? " akhirnya Wonwoo kembali normal.

" Weh Wonu, kau kenapa? Tiba-tiba pengsan? Yang lagi tiga ekor tu pulak berlari macam dunia dah nak kiamat. Asal? " soal Jeonghan yang dari tadi berpeluk tubuh.

Di mana ada Seungcheol, di situ ada Jeonghan.

Hmm.

" AKU NAMPAK HANTU! " jerit Wonwoo dengan sekuat hati.

" Eh atok kucing ni, mengarut je. Mana ada hantu? " soal Seungcheol, cuba menafikan kenyataan yang dikemukakan oleh Wonwoo sebentar tadi.

" BETULLAH BODO! Tak percaya pergi tanya Jihoon! " Wonwoo mulai geram kerana Seungcheol tidak mempercayai kata-katanya.

" Oh? Jihoon, meh sini jap! " Jeonghan lantas memanggil Jihoon yang sedang sibuk mengurut kakinya dengan 20 jenis minyak angin.

" Apa? Kacau je aku nak urut kaki ni! Dahlah si rimau tu suruh urutkan kaki dia jugak! Dasar horanghae! " bebel Jihoon dengan bersungguh.

" Wonwoo kata dia nampak hantu kat kubur tadi. Ye ke? " soal Jeonghan sambil matanya melirih ke arah kaki Jihoon.

Licin habis sebab segala jenis minyak angin dia pergi lumur! Taulah lenguh. Nasib baik dia tak lumur minyak petrol sekali.

" Haah. Dia siap mengilai lagi. Sebab tu kami lari. " jawab Jihoon dengan bersahaja.

" Kalau nak lari sekalipun, bawalah si Wonu tu sekali! Boleh pulak korang biarkan dia pengsan! Eii, nasib baik Hansol jumpa dia! Kalau tidak? Tak pasal-pasal atoks Seventy tinggal 12 orang je! " Jeonghan mula memanaskan enjin bebelannya.

Maka Jihoon dan atoks lain yang sebaya pun terus memekakkan telinga.

Jeonghan ni kalau membebel mahu tiga jam lebih. Lepas tu mulalah merungut tekak kering bagai.

++++++

Say hi to this chapter cameo, Hongjoong, Seonghwa & Yunho!

Mereka ni muncul sekali je.

Ke nak mereka muncul lagi dalam bab-bab seterusnya?

Oh, maaflah sebab selalu update lambat.

Mesti korang marah kat aku kan?

Sorry 

𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻? 𝗻𝗼, 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝘆!Where stories live. Discover now