Sejak kebelakangan ini, atoks Seventy seringkali melihat Dokyeom kehulu kehilir membawa cangkul.
Hm nak jadi penganti Tok Adi ke?
" Kau perasan tak? Si kuda tu asyik bawa cangkul je. Dia nak buat apa weh? Risau pula aku. " soal Joshua sambil menggosok-gosok lengannya.
Tiba-tiba meremang.
" Biarlah dia bawa cangkul tu, mana tahu dia guna untuk makan ke. " jawab Mingyu sambil mencabut bulu-bulu ketiak Jihoon.
" WOI JANGAN CABUT SEMUA SEKALI! SAKIT BODOH! " Jihoon terus menepuk-nepuk kepala Mingyu kerana kesakitan.
" Ei boleh tak bagi aku cakap pasal Dokyeom dengan cangkul tu? Kau pun satu Ji, cabutlah bulu sendiri. Sibuk suruh Mingyu cabutkan kenapa? " bentak Joshua.
Geram sungguh! Dia sedang sibuk cakap benda lain, ada pula orang lain menyelit!
" Tangan aku mana sampai nak cabut, sejak tua ni rasanya tangan makin memendek. " jawab Jihoon selamba.
" Okay aku dah faham kenapa Dokyeom sentiasa bawa cangkul. " Joshua menganggukkan kepalanya.
" Kenapa? " soal Jihoon dan Mingyu serentak, seia, sehati dan sejiwa.
" Sebab Jihoon dah nak mati kot, tangan pun dah memendek. Tak lama dah ni aku rasa. " selepas itu, Joshua pun terus membuka langkah seribu.
YOU BETTER RUN RUN RUN
" KAU CAKAP APA TADI JOSHUA?! AKU DAH NAK MATI? KAU SALAH JOSH, TAK SILAP HARIBULAN KAU YANG KE KUBUR DULU! " tanpa melengahkan masa, Jihoon terus mengejar Joshua yang sudah mara ke hadapan.
Mingyu :
++++++
" Yeom, kau ada projek apa sebenarnya? Hari-hari aku dengan atoks yang lain nampak kau bawa cangkul bagai. " soal Hansol sambil melepak di bangku hadapan rumah.
Siap duduk terkangkang, tak malu sungguh.
" Oh? Aku tanam padi. "
Hansol yang dari tadi duduk terkangkang terus terduduk dengan begitu sopan.
" Kau tanam padi?! Mana pulak kau dapat benih, saliran air semua ni kuda oi?! " soal Hansol sambil menggoncang-goncangkan bahu Dokyeom.
" Mana lagi, minta dekat Mark. Dia kan baik. Kita minta apa pun dia bagi. " jawab Dokyeom dan terus tersengih atok kuda itu.
Banyak pahala Mark ni, betul-betul dia habiskan duit untuk atoks Seventy.
Ayuh kita doakan dia sentiasa dimurahkan rezeki.
" Kau tanam kat belakang rumah ke? Meh aku nak tengok. "
YOU ARE READING
𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻? 𝗻𝗼, 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝘆!
HumorMengisahkan perjalanan hidup 13 orang tua yang dah nak mampos tapi masih tak sedar diri. Saksikanlah kehanatan atok-atok dari Rumah Kebajikan Sinar Pledis ini! 🥇Highest Ranking: #1 in seventeen (December 2022) 🌸START : 4 September 2020 🌸END : sam...