dua belas.

712 132 56
                                    

96 Liner Special!!!

( Atok Wen, Atok Hosh, Atok Wonu & Atok Hoon )

++++++

Entah jin apa yang merasuki mereka berempat?

Mana taknya, tiba-tiba mereka nak cari kerja!

" Kenapa atok-atok semua nak kerja pulak? Apa lagi yang tak cukup kat rumah kebajikan ni? Cuba bagitahu, saya akan sediakan untuk korang! " soal Mark apabila tiba-tiba saja Soonyoung mengutarakan hajatnya ingin bekerja.

Cop cop!

Korang ingat tak Mark ni siapa? Kalau tak ingat meh aku ingatkan.

Dialah insan yang menguruskan rumah kebajikan yang didiami oleh atoks Seventy.

Kali terakhir Mark ni muncul pun masa Seungyeon masih lagi seorang pekerja yang berperangai lahanat.

Okey mari berbalik semula kepada cerita!

" Eh, takdelah. Semua benda dah cukup. Tak sangka kau bebetul buat kolam renang yang Chan minta bulan lepas. Baik sungguh kau ya? " puji Wonwoo sambil pandangannya beralih kepada Chan yang tengah syok mandi-manda di kolam ditemani pelampung itik dan juga Jeonghan.

Jeonghan duduk kat tepi kolam je. Malas katanya.

" Kalau macam tu, kenapa atok berempat masih nak bekerja? Saya bukan nak halang, tapi saya risau dengan keselamatan atok-atok semua. " soal Mark sambil mengerutkan dahinya, tertanya-tanya.

" Kami bosan, Mark. Duduk sini lama-lama pun bosan juga. Nak juga gerakkan badan, buat aktiviti. Sekurang-kurangnya kami takdelah jadi nyanyuk macam Seungkwan. " terang Jihoon dengan tenang.

Mark yang mendengar pun dilanda kekeliruan, macam manalah Seungkwan yang lebih muda dari mereka berempat boleh nyanyuk?

Nasib baiklah nyanyuknya tu tak kritikal sangat.

" Ha Mark, dah kenapa muka berkerut-kerut tu? Orait ke tak orait tu? " soal Junhui apabila melihat si pengurus itu dari tadi menayangkan wajah keliru.

" Tak ada apalah, macam nilah. Nanti saya minta kawan saya carikan kerja yang sesuai untuk warga emas. Boleh? " soal Mark, menanti persetujuan.

Mereka berempat sekadar mengangguk tanda setuju dengan cadangan Mark sebentar tadi. Malas nak memanjangkan ceritalah katakan.

++++++

Mark meminta bantuan rakannya, Jackson untuk mencari kerja yang sesuai untuk atok-atok berempat itu.

Anda nak tahu Jackson bawa mereka berempat ke mana?

Kubur.

Ya, KUBUR.

Sebaik saja mereka semua tiba di kawasan perkuburan, mereka berempat berbisik sesama sendiri.

" Oit,dah kenapa pulak budak ni bawa kita ke kubur? "

" DIA NAK TANAM KITA HIDUP-HIDUP KE?! "

" Kau agak-agaklah Soonyoung oi, memanglah muka budak ni nampak macam gengster sikit. Tapi tak akanlah dia nak buat macam tu pulak? "

" Alah kita tunggu jelah apa arahan budak tu, korang ni tak rilek betul. "

Mesyuarat mini mereka terganggu apabila kedengaran suara Jackson memanggil mereka berempat supaya mengikut dirinya.

" Ha atok-atok semua, kenapa tercegat depan pagar tu? Mehlah masuk, tak ada apalah kat sini. Jangan risau. " Jackson melambai-lambaikan tangannya, cuba untuk menarik perhatian.

𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻? 𝗻𝗼, 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝘆!Where stories live. Discover now