empat belas.

600 129 83
                                    

Pada suatu tengah hari yang sangat panas, terlihatlah seorang atok berjalan terkedek-kedek ke dapur.

Dahaga katanya.

Tapi malangnya terdapat papan putih di dapur tersebut dan ianya tertulis,

Atok Boo Seungkwan dilarang masuk, kalau masuk jugak nanti Atok Yoon sebat dengan wayar charger.

yang benar : atok unta.

Seungkwan sekadar menggaru kepalanya yang gatal. Kalau tak boleh masuk dapur, nak minum kat mana?

Bilik air?

Ish, tak akan nak minum air dengan syaitan? No no no!

Sedang dia berjalan kesana kesini, dia ternampak sebiji cawan yang berisi air. Matanya auto bersinar macam baru keluarkan duit dari akaun KWSP.

Tanpa membuang masa yang sangat berharga, dia terus meneguk air tersebut tanpa memeriksa terlebih dahulu.

“ Hm, sedaplah. Rasa macam air aiskrim soda. " Seungkwan meletakkan kembali cawan yang telah kosong di atas meja.

“ Woi Atok Boo! Buat apa tu? " soal Chan yang baru sahaja selesai menyelam di dalam tab mandi.

Dasar tak sedar diri, dah tua pun nak buat benda-benda mengarut.

“ Aku minum air. " jawab Seungkwan, ringkas.

Chan melihat cawan yang digunakan oleh Seungkwan tadi.

Mata dikecilkan, dan selepas itu terbeliak besar pula.

“ K-Kau seriuslah? Kau minum air dari cawan ni? " soal Chan lagi dengan wajah yang serius plus terkejut.

” Yelah. Apa masalahnya? "

“ Deii Atok Boo, air dalam cawan tu Minghao guna untuk rendam gigi palsu dia, kenapa kau minum? "

Dan ketika itu Seungkwan telah merasakan dunia telah menjadi gelap-gelita.

Padahal baru tadi dia kata air tu sedap macam aiskrim soda.

++++++

Di ruang menonton, terdapat beberapa orang atok lain sedang khusyuk menonton drama Bidadari Gurun Pasir.

Macam-macam reaksi yang diberi.

Marah, terkejut, gembira.

Ahh, malas aku nak bagitahu semua.

Entah kenapa, tiba-tiba Soonyoung mematahkan tongkat milik Jihoon.

“ ASAL KAU PATAHKAN TONGKAT AKU?! MACAM MANA AKU NAK BERJALAN ANJIR?! " Jihoon dengan marahnya terus menunjal dahi rakannya itu.

“ Aku boleh dukunglah. " jawab Soonyoung dengan penuh yakin.

“ Hebatnya kamu, yakinnya kamu. " kata Joshua dengan perlahan.

“ Persetankan atok dua ekor tu, asal duduk sama-sama je gaduh. Ni, aku nak tanya. Mana Wonwoo? "  soal Mingyu kepada Joshua yang sedang syok menonton pergaduhan mingguan dari SoonHoon.

“ Mana aku tahu, aku bukannya moyang dia nak kena tahu dia kat mana bagai. " jawab Joshua selamba.

“ Asal moyang pulak? " sampuk Junhui.

“ Kau diam apek Shenzhen, aku nak melawak pun tak senang. "

“ Takyah buat lawaklah. Bukannya lawak pun. "

Maka Atok Shua pun disahkan terasa tahap kerajaan langit.

Junhui be like:

Junhui be like:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

++++++

Mingyu menyerabutkan rambutnya, mana pula anak Jeon ni pergi?

Kat luar takde, kat tandas takde.

Sedang hatinya resah, dia terdengar bunyi kunyahan.

Atok mana pulak buat mukbang ni?

Matanya melilau mencari punca suara tersebut, namun tidak dijumpai juga.

Dia melihat peti ais.
Dia jadi terkejut dan terkedu.

Nak tahu apa dilihatnya?

Dia nampak Wonwoo sedang duduk dengan penuh sopan di atas peti ais. Siap makan nasi campur.

Mingyu:

“ Oh Gyu, mehlah join aku makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Oh Gyu, mehlah join aku makan. Sedap jugak nasi campur tepi jalan ni. " Wonwoo mengajak rakan baiknya itu supaya makan sekali.

Mingyu sekadar mencekak pinggang.

“ Yang kau makan atas peti ais ni apa cerita? Rumah ni punyalah besar, sini jugak kau landing. " soal Mingyu.

“ Aku nakkan ketenangan. Peti ais kan sejuk. " jawab Wonwoo dan meneruskan suapan.

“ Bodonya kau. "

++++++

sepatah dua kata untuk fanfic ni?

𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻? 𝗻𝗼, 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝘆!Where stories live. Discover now