“ Huaarghh penatnya melayan atok-atok tua semua tu. Sakit hati aku! " rungut Seungyeon sambil mengeliat kecil.
“ Ini kalau dapat rehat, fuh nikmat. " katanya.
Dia pun berjalan ke arah bilik yang disediakan khas untuknya.
Sambil berjalan, dia bersiul kecil dan tangannya sibuk bermain dengan kunci bilik tersebut.
“ Nanti. Kenapa aku macam terbau benda hangus? " soalnya sambil hidungnya cuba mencari sumber bau hangus itu.
Dia pun berlari ke biliknya.
Sampai sahaja di bilik...
“ WHAT THE FLOWER? MACAM MANA PINTU NI BOLEH ROBOH?! " mulut Seungyeon ternganga besar, terkejut.
“ DINDING PUN RETAK?! YA AMPUN... "
“ Kenapa aku rasa tak sedap hati ha? "
Dan...
“ MACAM MANA MEJA AKU BOLEH TERBAKAR?! " jejaka itu terduduk kerana terlalu terkejut.
“ Weh apa ni weh? Kad pengenalan dan surat beranak pun dah hangus...macam mana aku nak berurusan nanti...huwaaa...why why why? " dia mula menangis.
Sementara itu, gerak-geri jejaka tersebut diintai secara senyap oleh 13 atok yang kacak.
“ Weh guys, budak tu menangislah. " kata Soonyoung.
“ Kesian pula aku tengok. Sekali pandang macam budak kecil menangis sebab tak dapat gula-gula. " kata Chan sambil menggigit kukunya.
“ Cheol, kau tak rasa ini macam dah melebih? " soal Jeonghan kepada Seungcheol.
“ ... " Seungcheol masih dalam keadaan statik.
“ Aku tahulah dia banyak kali buat kita marah. Tapi balasan ni macam melampau sangat pula rasanya. " kata Minghao a.k.a atok katak.
“ Aku pun rasa macam tu. Jomlah, kita terangkan segalanya pada dia. Then, kita minta maaf. " kata Seungcheol selepas diam dalam beberapa minit.
“ AYUHLAH KITA "
++++++
“ Hikss...kenapa jadi macam ni... " Seungyeon masih lagi dalam kesedihan.
Hodoh sungguh rupa. Muka dah merah dan sembab sebab terlebih menangis.
Seperti tadi, 13 atok tersebut masih setia mengintai jejaka itu.
“ Psstt...siapa nak cakap? " soal Mingyu dalam nada suara yang perlahan.
“ Seungcheol jelah. Kan dia yang membakar tadi. " cadang Dokyeom.
“ Haih yelah. Wish me luck! " Seungcheol hanya mampu menurut arahan mereka.
Lagipun betullah apa yang Dokyeom kata. Memang dialah yang bakar segala barang kepunyaan Seungyeon.
“ Fighting! " sorak mereka.
Seungcheol menghela nafas.
Dia pun pergi ke arah si pekerja yang amat dibencinya itu.“ Seungyeon...? "
“ Hikss...atok Cheol? Nak apa? Hikss... "
“ Aku ada sesomething nak bagitahu kau. " terang Seungcheol dengan ringkas.
“ Hikss something tok, bukan sesomething. Saya tengah nangis ni, jangan buat saya tiba-tiba gelak hiks! Atok nak bagitahu apa? " soal Seungyeon sambil mengelap air mata dengan lengan bajunya.
YOU ARE READING
𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻? 𝗻𝗼, 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝘆!
HumorMengisahkan perjalanan hidup 13 orang tua yang dah nak mampos tapi masih tak sedar diri. Saksikanlah kehanatan atok-atok dari Rumah Kebajikan Sinar Pledis ini! 🥇Highest Ranking: #1 in seventeen (December 2022) 🌸START : 4 September 2020 🌸END : sam...