°Zawana Zaman°
°
•
°
•
°
Semua hati-hati, cornflakes dah mai * smirk *
°
•
°
•
°°Sedar°
Harris duduk menghadap dinding kaca yang jernih. Disebalik dinding kaca itu, terlihat berpuluh-puluh manusia yang bertuhankan keseronokan dunia.
Dia mengeluh kecil. Rasa putus asa ingin memiliki Ainur mula mengetuk pintu hatinya.
"Apa yang aku nak buat ni, Ainur ? Aku nakkan kau. Cinta kau. Kasih kau. Sayang kau. Semua tentang kau Kenangan kita sentiasa menghantui hari-hari aku..." keluhan yang keluar dari hujung bibir Harris menerbitkan simpati Paul.
Paul kini pula sudah mengalah. Bendera putih sudah dinaikkan. Tinggal Harris saja lagi.
Dia akur. Lihat saja dari mimik muka Ainur ketika berjumpa Fahmi buat kali pertama dia sudah tahu, Ainur sememangnya untuk Fahmi. Khas mutlak seperti kata takdir.
"Could you please stop wasting your time ? Ainur dan Fahmi sudah berkahwin ! Kau hanya orang luar. Tak faham bahasa ke hah ? Dia memang takkan kembali pada kau"
Sudut bibir Harris menaik mengukir seulas senyuman sinis. Sinis tapi sayu. Entahlah jika diikut kata hati, dia akan terima saja pilihan ayahnya. Tapi, ke mana dia ingin campakkan rasa cinta buat Ainur–?
"Lupakan sajalah, Ainur... Akur saja kata takdir. Harini mereka bahagia, esok lusa giliran kau pula. Ke kau nak perempuan-perempuan kau yang kau dah sentuh sebelum ini rosakkan kebahagiaan kau macam kau buat dekat Ainur ? Karma is always within us, bro" nasihat Paul sebelum melangkah pergi.
Bunyi bingit dan aksi melampau manusia-manusia yang dibawah pengaruh alkohol dan dadah semakin merimaskan dirinya. Paul meringis jijik apabila seorang pelacur selamba memeluk erat tubuhnya.Segera ditolaknya wanita itu sebelum berlari keluar. Tanpa menanti, dia terus masuk ke dalam dan memecut membelah jalan raya kota sibuk New York.
Harris belum puas. Dia masih mempersoalkan tindakannya. Buat ke tidak ? Rampas ke biarkan ? Hm. Semakin kusut fikirannya.
Lantas anak matanya melirik ke arah seorang gadis yang mungkin remaja atau baru graduasi.
"Are you alone, baby girl ?" gadis itu mengangguk perlahan sebelum mengukir senyuman manis. Kedua-dua lengannya memeluk leher Harris sambil tersenyum manja.
"Want me to accompany you ? I promise I'll stay by your side for a long night, baby" bisikan penuh noda dengan nada sensual diucapkan sebelum gadis itu mengikut jejak langkahnya ke bilik yang disediakan khas untuk pelanggan yang ingin melampiaskan nafsu serakah yang tidak tertahan.
_____________________
Ainur melangkah masuk ke dalam rumah Fahmi dengan jakun. Anak matanya asyik melirik memerhati hiasan perabot-perabot dan bunga yang dihias cantik di ruang tamu tersebut.
Walaupun ini bukan kali pertama dia memasuki rumah ini, namun hiasan dalam rumah tersebut masih membuatkan dia kehilangan kata.
Hiasan dalaman rumah itu kelihatan klasik dan mewah. Tidak memerlukan perabot yang banyak namun masih mengekalkan kualiti kecantikan hiasan itu sendiri.
Ainur tersenyum lalu menunduk. Pandai suami aku hias rumah, boleh lah kemas sama-sama nanti.
Pelukan pada sekotak popcorn semakin dieratkan. Tidak sangka, pelawaan Khai untuk menonton movie dirumahnya bisa buatkan dia mula yakin dengan dirinya.
YOU ARE READING
[OG] Obses for my Wife
RomanceWas: Her Love + Obsession Sambungan seterusnya di Acc baru : @wanasugar Obses mengejar cinta si isteri;) MOST IMPRESSIVE RANKINGS ♥️ 👁️👄👁️ #11 for SAD [12/9/20] #23 for SAD [12/10/20]