k staph, wana rajin harini and sorry if kalau ada typo ke apa ke huehuehuehue keyboard byk buat hal wooooooo. Hw pon baru satu dua, malam ni kalau buat. Confirm siap !
btw an, hikssss wana still dalam dilema nak bukukan ke tidak. when wana tanya kawan wana semua jawab nak ! sebab wana baru siapakan 20% dari yang sepatutnya hiksss but, korang nak ke beli kalau wana bukukan ? its will be 80% tak sama dengan wattpad version I'm promise !
kalau wana bukukan, wana buat 150 buah buku jer. Tak lebih. Takut tak laku hiksss apa ke otak fikir gitu😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 k wana still dilema. Korang nak ke wana bukukan hmmp ?
oh ya ! Penulisan wana dah bertukar mulai sekarang ! Enjoy your reading !
°
°
°
°°Zawana Zaman°;♥️
°
°
°
°
°"Kita dah boleh pindahkan dia sekarang. Lagipun pemerhatian saya tentang Encik Fahmi, semua identiti yang terdapat dalam tubuh dia semua identiti yang baik. Jadi, saya percaya dia boleh bergaul dengan orang lain di luar sana."
"Saya pun pernah terfikirkan benda itu. Apa kata kalau kita bebaskan dia dari sel ?"
"Baiklah. Kalau macam itu, esok saya akan cari ejen hartanah dan beli sebuah rumah yang berdekatan dengan hospital ini. Lebih senang untuk kita buat pemantauan dan saksikan perkembangan Encik Fahmi"
"Kalau macam itu, saya pergi dulu ya ?" Ekor mata doktor Aisya menghantar kepergian doktor Razi yang mulai hilang disebalik dinding.
Satu keluhan dilepaskan. Baiklah, ini lebih baik dari dia menerima wang rasuah dari Harris bukan ?
Lagipun pesakit mental bukan perlukan disiplin. Mereka hanya perlukan kasih sayang. Dan dengan kasih sayang itulah mereka akan sembuh semula.
Kali ini, doktor Aisya sudah berfikir dan membuat keputusan yang muktamad ! Tak kira lah apa sekalipun ancaman yang bakal dia terima dari Harris, dia tetap akan pulihkan Fahmi seperti yang Puan Sri Amna inginkan !
________
Sudah seminggu berlalu, kini Ainur memilih untuk membeli rumah dan menetap sahaja di New York. Biarlah, hatinya masih terasa akan tragedi yang menimpa. Sekarang, dia ingin membuka buku baru.
Hal suaminya ? Siapa kata yang dia tidak kisah akan suami yang seorang itu ? Hari-hari dia menerima mesej perkembangan Fahmi dari ibu mertuanya. Dan hari-hari jugalah dia diminta untuk pulang ke pangkuan suaminya.
Dia mahu, tapi hatinya masih terasa. Terasa sakit bukan kerana fitnah yang dilempar. Tetapi sakit kerana pernah mempersoalkan siapa yang harus dia sayangi. Suami atau bekas kekasih ?
Seharusnya dia ingat. Yang walau sebesar manapun sayangnya terhadap Harris, sayang itu tetap tidak akan dapat melawan sayangnya terhadap Fahmi yang layaknya seorang suami.
Adakah ini pembalasan Tuhan ? Atau mungkin dia yang tiada rezeki ?
Tiba-tiba fikirkannya menerawang kepada kata-kata yang Haqiemin sempat sempat berikan kepadanya sewaktu dia ingin berlepas ke bandar New York.
"kalau awak masih tak dapat tenangkan hati, carilah Dia. Dia sentiasa ada disisi awak"
Jeda. mata Ainur ditatap seketika.
"Nah, ini kalam-kalam suci. kalau awak tiba-tiba rasa nak putus asa dalam hidup ini, bacalah surah Al-Insyirah ayat lima hingga lapan. Saya yakin awak akan bersemangat semula..."
Dan kini, Ainur yang bertelekung putih sedang duduk bersimpuh bersama Al-Quran di dalam pelukannya.
"Ya Allah, adakah aku sudah terlewat untuk bertaubat ?" Suara tangisan mulai mengisi setiap rumah teres tiga tingkat itu.
Rumah itu dirasakan sunyi. Namun, Ainur yakin. Allah pasti memerhati dan mendengar segala luahannya pada malam itu.
°Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai ( dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendak-Nya kamu berharap°
°Al-Insyirah ayat 5-8°
________
"Akhirnya, aku bebas dari tempat mengerikan itu" Fahmi kembali mengangkut segala peralatan dapur yang dia perlukan ke dalam rumah sambil mulutnya bernyanyi kecil.
"Hmm, boleh tahan. Satu dapur, tiga bilik, satu pejabat kecil, dua bilik mandi. Hmm okeylah dari takde langsung" Kini Fahmi cuba menyesuaikan diri dengan suasana western walaupun pada mulanya agak kekok.
Walaupun sudah berkali-kali dia menjejakkan kaki ke bumi itu atas urusan kerja, namun dia masih tidak biasa dengan kelibat wanita-wanita yang suka bersosial memakai pakaian yang tidak cukup kain di mana-mana sahaja. Akan tetapi, Fahmi masih sedar. Mereka itu bukan muslim, jadi buat apa ingin membangkitkan isu aurat bukan ?
Dia lebih gemar wanita yang masih menutup aurat walaupun bukan sepenuhnya seperti isterinya, Ainur.
Keluhan berat dilepaskan. Inilah yang tidak suka ! Setiap kali dia bersendirian, pasti dia akan berfikir tentang Ainur ! Sudah makankah dia ? Sudah tidurkah dia ? Masih ingatkah dia tentang suaminya ? Dan paling penting..
Sudah tenangkah dia ?
Hati Fahmi meronta-ronta ingin berjumpa dengan Ainur. Namun, dia sedar, Ainur sekarang sedang berduka kerana dia.
Kerana dia gagal pertahankan kesucian mahligai mereka serta bidadari di dalam ikatannya.
Memikirkan hal itu, Fahmi mengalirkan air mata yang sudah lama dia tahan. Dia ingin, dia rindu tetapi mengapa masih ramai yang membenci ?
"Maafkan abang, sayang. Abang gagal lindungi sayang sehabis baik. Abang gagal jadi pahlawan untuk sayang. Abang janji, abang akan datang temui sayang dan kita akan bahagia semula......"
Jeda.
"Hiksssss, Mimi rindu Ainur ! Mimi nak Ainur balik ! Mimi rindu nak peluk Ainur !"
Dan identiti Fahmi mulai berubah mengikut ketentuan Dariem.
________
"Our love story is a mess. But, I still like it. Cause this is our story not Romeo and Juliet."
°
°
°
°
°
°
°So how ? huehuehuehuehue
Anyways, siapa Dariem ?
OHOHOHOHOHO anda akan tahu pada chapter seterusnya. Insyaallah wana akan keeo updated kalau homework takdelah🌚 kalau ada, wait until hari ahad !
🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚
YOU ARE READING
[OG] Obses for my Wife
RomanceWas: Her Love + Obsession Sambungan seterusnya di Acc baru : @wanasugar Obses mengejar cinta si isteri;) MOST IMPRESSIVE RANKINGS ♥️ 👁️👄👁️ #11 for SAD [12/9/20] #23 for SAD [12/10/20]