[1]♥️

10.5K 212 2
                                    

°Zawana Zaman°
°

°

°

°Marriage°











Aku melangkah kepentas pelamin dgn gementar. Bibirku cuba mengukir senyuman yang bakal menjadi sayu tak lama lagi.


Dress putih yang mahal itu aku angkat sedikit bagi memudahkan aku berjalan.

Tetamu yang aku jemput datang ke majlis perkahwinanku sedang memandang aku dengan senyuman manis dibibir. Gembira sekali jika dipandang riaknya. Langsung tidak mengetahui isi hati aku yang sebenar.

Cuma ada satu wajah yang tidak mengukir senyuman. Dia terus menatap aku dengan wajah yang kosong. Mungkin juga kecewa. Kerana majlis ini bukanlah seperti yang kami pinta.

Dia masih berdiri di situ. Memandangku dengan riak kosong. Seakan dia meredhai keadaan ini.

Arghhh ! Aku lemah sebegini. Pantas aku mengawal riak wajahku agar aku nampak gembira dihadapan bakal suamiku, orang yang bakal memimpin aku ke syurga dan bakal menjadi ketua keluargaku.

Senyuman nipis aku cuba ukirkan buat bakal suamiku yang dah bersedia duduk dihadapan ayahndaku dan tok kadi.

Terlalu gembira wajahnya sambil membuat aku tersentap dalam diam.

Mengapa perlu aku berharap pada jejaka yang bukan bakal suamiku ?

Yang tidak sanggup pertahankan cinta kami ? Yang tidak sanggup menghalalkan cinta kami setelah bertahun-tahun bersama ?

Jika difikirkan soal wang, semuanya dusta belaka. Mana mungkin anak pemilik syarikat telekomunikasi dan pembangunan tidak mampu membayar wang hantaran yang hanya berpuluh ribu ?

Arghhh ! Sekali lagi aku serabut. Serabut dengan fikiran aku yang terlalu lewat untuk menyesal. Kini sudah terlambat untuk aku menyesali, aku hanya perlu aku. Ya, akur !


Terima saja perkahwinan ini, Ainur ! Kau boleh mencintai suami kau selepas bernikah ! Bukankah cinta yang halal itu lebih baik ?

Kerusi putih diatas pentas pelamin aku duduk.Terlihat wajah Aira Ameena, adikku tersenyum gembira. Perlahan dia membisikkan kata-kata semangat dan kekuatan untuk hari ini.

Bukan dia sahaja, malah bonda juga menyalurkan semangat yang sama. Tidak semua percintaan berakhir ke jinjang pelamin, bukan ? Mungkin dia hanya menjaga aku untuk suamiku.

Bonda yang aku cintai kini mengalirkan air mata. Sedih mengenangkan anak sulungnya akan berpindah pangkuan tidak lama lagi.

Ainur, kau kuat ! Demi bonda dan ayahanda ! Kau bisa bahagia dengan mencintai suami kau sendiri ! Kau bisa jadi isteri mithali buatnya ! Tidak akan meninggalkan dia dalam kesengsaraan ! Akan ada disisinya tidak kira susah atau senang !



Sedang aku memberikan kata semangat buat diri, begitu pantas waktu mencuri saat - saat bahagia ini.

Bagi aku , waktu adalah pencuri. Pencuri waktu untuk aku luangkan bersama orang yang aku cintai bukan orang yang langsung aku tidak kenali !

Ini tidak adil ! Aku tak sanggup lagi membantah. Biarlah takdir Dia yang menentukan. Aku hamba yang lemah, tidak mampu melawan takdir. Aku berserah kepada Ilahi.

Jika Dia berkata aku bahagia, maka bahagia lah aku.

'Bonda , Meera pun tak sanggup nak kahwin dgn jejaka yang Ainur langsung tak cinta' desis hati kecilku.


Dengan itu aku pun mengalirkan air mata sambil tersenyum pahit. Ya, aku hebat berlakon dihadapan ramai namun aku gagal berlakon dihadapan hati sendiri.

I think you should try hard to touch my heart, dear Husband...





______________________







Lafaz akad nikah sudah diucap. lantang dan jelas sebutan Fahmi ditelinga ku.

Entah mengapa aku berasa bersyukur. Padahal bukan perkahwinan ini yang aku impikan.

Aku impikan perkahwinan bersama Syeikh Haris Zulkifli Bin Syeikh Ismail. Bukan rakan sepupunya, Syeikh Fahmi Asyraf Bin Syeikh Issani.

Hanya enam huruf yang bermain di minda dan hati ku.




Iaitu K.E.C.E.W.A




Only that what i feel right now







°

°

°

Drop a star if you love this story⭐
°

°

°

Check Out !

[][][][][][][][][]

PASSWORD:••••••

[✓] [X]

?

[OG] Obses for my WifeWhere stories live. Discover now