twelve. with you (edited)

160 7 17
                                    

Sudah seminggu setelah kejadian yang pahit dan juga sedikit manis itu. Seulgi semakin sibuk dengan tugasnya. Ini minggu terakhir untuk menghantar kerja dan juga presentation sebelum cuti seminggu dan disambung lagi tujuh hari untuk study week sebelum final exam.

Seulgi tidak lagi dibuli. Setelah kedatangan Jimin saat itu, beberapa hari setelahnya, pelaku pembulian datang bertemu Seulgi untuk meminta maaf. Semuanya sudah baik-baik, hanya saja Seulgi dihindari kerana masih ada yang percaya pada berita palsu itu tersebut.

Tiada bulian, hanya menjadi perhatian dan bahan bualan saja. Meskipun begitu, Seulgi tetap tidak menganggapnya masalah besar. Seulgi sangat berterima kasih pada Jimin.

Dia tidak tahu kalau Jimin meminta semua guru mencari pelaku pembulian itu dengan ugutan membawa kes ke pihak polis. Pelaku diminta untuk meminta maaf pada Seulgi dan jika melakukan pembulian itu lagi, Jimin akan melaporkan pada pihak berkuasa.

Seulgi sempat menghantar pesanan kepada Jimin untuk hal itu dan balasan Jimin lagi-lagi membuatkan Seulgi merasa sesuatu yang gila dalam dirinya.

From Jimin
💬: no problem 😊
💬: That's my responsibility.
💬: 😁

Bukan kah itu gila?. Jimin membalasnya menggunakan emoji dan emoji itu adalah emoji senyuman. Seulgi sampai berfikir jika itu bukanlah Jimin, namun mana mungkin juga Taeyong ataupun Yeri kerana mesej itu masuk jam 12:45 am.

Jimin juga bertambah sibuk dengan projek kerjanya yang hampir selesai. Dahyun tidak lagi datang ke pejabatnya saat waktu makan tengah hari. Itu cukup membantu Jimin untuk lebih fokus pada kerjanya.

Untuk kejadian kebakaran yang dilakukan oleh Dahyun masih belum di serahkan pada polis, kata Jimin ini menjadi bukti tambahan untuk Jimin menamatkan kontrak dengan syarikat ayah kandungnya nantinya.

Tapi sebagai balasannya, Jimin meminta Taeyong untuk menjadikan nama Dahyun berada di tangga teratas sebagai artis yang sering dicari kerana sering tertangkap kamera dengan tingkah laku yang membuatkan netizen kecewa dan marah.

Hari ini, Seulgi dan Jimin akan bertemu kembali untuk ke acara yang besar dan mewah. Sebuah acara pernikahan satu model terkenal iaitu Jessica Jung yang mana merupakan seorang pereka fesyen dan juga seorang Model yang terkenal. Jimin dijemput hadir kerana pengantin lelaki merupakan teman kerja tiga tahun yang lalu.

Setelah mendapat pesanan singkat, Seulgi terus memberi isyarat pada Sooyoung atau dikenali sebagai Joy. Hari ini Yoona pulang awal dari biasa dan Seulgi yang tidak mahu diketahui oleh Yoona. Gadis itu meminta bantuan Sooyoung agar dia boleh keluar tanpa pertanyaan dari Yoona.
*boleh = bisa

Sooyoung terus keluar cuba mengalih perhatian Yoona dengan memanggil ke dapur. Tidak mahu berlama-lama, Seulgi dengan berhati-hati keluar dari rumah.

Memakai selipar dan ditangannya mempunyai heels dan juga purse bersama telifon bimbit. Dengan short dress yang Jimin hantar padanya 4 jam yang lalu. See? Jimin memang tidak dapat diduga. Kali terakhir dia memarahi gadis itu berpakaian terbuka, dan di juga yang membelinya kali ini.
*selipar = sandal.

Awalnya Seulgi agak keberatan ingin mengenakan pakaian yang Jimin sediakan padanya. Kelihatan begitu terbuka padanya dan sempit untuk dia melangkahkan kaki. Apatah lagi Seulgi perlu memakai heels dan dia amat berharap dirinya tidak akan jatuh ataupun hampir terjatuh seperti hari-hari kelmarin.

Bukan hanya itu, minggu ini Seulgi begitu sibuk dengan kuliahnya. Untung saja esok dirinya hanya perlu menghantar kerja saja. Namun dia dan kumpulannya harus melakukan practice untuk presentation untuk lusa nanti.

[one] sugar daddy Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang