"Selesai"
Bibirnya mengukir senyuman manis, Jennie sempat memeluk bahunya. Sesekali memuji dirinya dan memberi kata-kata penenang sebelum gadis itu keluar.
Hari ini harinya.
Badannya sudah dibaluti busana putih berkilau dari paras paha sehingga kaki. Seulgi hanya mampu ketawa saat Jennie bercerita betapa sibuknya gadis Kim itu saat mahu menyiapkan baju yang dia pakai hari ini. Apapun dia tetap berterima kasih.
Senyuman di bibirnya terukir indah, hatinya menghangat saat melihat semua housemate berada di sini. Jimin juga membawa Yeri, Ibu Yerim dan adik kecilnya itu. Seulgi tidak tahu apa atau bagaimana Jimin mengurus semuanya tapi boleh dikatakan semuanya tersusun rapi.
Tidak ramai yang di bawa kemari, Jimin membawa kenalannya dan sepupunya Baekhyun dan Taehyung serta Joohyun. Seulgi sudah bertemu semuanya kecuali Jimin. Dia tidak tahu di mana lelaki itu berada saat ini.
Jimin menyewa gereja kecil yang ada satu-satunya di kampung itu. Hanya muat untuk hingga 200 orang dalam satu masa. Jimin mahu lakukan secara ringkas, hanya mengucap janji dan makan saja.
"Seulgi? Sudah tiba masanya"
Seulgi lagi-lagi mengukir senyuman pada Sooyoung. Gadis itu banyak membantu hari ini. Jennie juga sudah mengurus pakaiannya dan Sooyoung mengambil alih mendandan Seulgi.
Jennie kelihatan begitu lelah setelah menyiapkan pakaian yang dikenakan Seulgi hari ini dalam masa 48 jam. Kata Jennie, Jimin membayarnya mahal.
Hari ini Seulgi sudah mengikhlaskan segalanya. Dia sudi menjadi isteri pada Park Jimin. Sudah berjanji pada dirinya sendiri akan melayani Jimin sebagai suaminya, dia akan cuba menjadi seorang isteri yang baik untuk lelaki itu.
Seulgi sepenuhnya sedar jika Jimin menikahinya bukan kerana cinta. Jimin menikahi dirinya hanya kerana cuba lari dari pernikahan yang dipaksa oleh ayah kandung lelaki itu. Seulgi juga tahu Jimin masih mencintai gadis masa lalunya.
Dirinya hanya membantu Jimin. Status sebagai isteri ini hanya di atas kertas bukannya dari hati.
Pernikahan ini tanpa dasar cinta—suka, sayang dan cinta.
Mungkin hanya Seulgi yang menyimpan perasaan itu. Dari awal pertemuan juga Seulgi sudah menjaga jarak, membuat amaran untuk diri sendiri,—jangan pernah sesekali jatuh cinta pada lelaki itu.
Dan dia malah jatuh ke dalam pesona lelaki itu. Mungkin awalnya hanya kagum pada lelaki itu. Namun makin hari makin memgenali, Seulgi tidak sekadar kagum pada lelaki itu. Seulgi merasakan lebih dari perasaan kagum.
Seharusnya Seulgi tidak melangkah jauh hingga mahu membantu Jimin sampai detik ini. Dia sepatutnya hanya jalankan tugas menemani lelaki itu. Bukannya mengurus Jimin hingga masuk ke dalam kehidupan lelaki itu.
Namun dia sudah melangkah jauh, mereka akan dinikahkan beberapa minit lagi. Seulgi boleh saja hentikan semua ini, tapi hatinya memilih untuk teruskan.
Seulgi juga tahu jika Jimin akan ceraikan dirinya nanti. Dia tahu Jimin boleh buang dirinya bila-bila masa saja.
Seulgi amat pasti Jimin akan tinggalkan dirinya bila tidak perlukan lagi.
Tapi hatinya degil. Hatinya tetap mahu mendampingi lelaki itu. Merasa secebis kebahagiaan dengan bergelar status isteri pada Jimin. Seulgi sedar jika dirinya hanya diperalatkan oleh Jimin. Dan dia sanggup menjadi bodoh kerana hal itu.
Seulgi melangkah masuk diiringi Appa Kang disisinya. Dihadapan sana, Jimin berdiri segak menunggu dirinya untuk mengucap janji pernikahan bersama-sama. Tepukan gemuruh diberikan pada mereka.
KAMU SEDANG MEMBACA
[one] sugar daddy
Fanfictionplease read my wattpad bio before read this book. thankyou and sorry. [SLOW UPDATE] I will post spoiler of the story/chapter at my ig hehehe : @nemssmy