Fifteen. "gongjunim" 0.2

34 3 0
                                    

Senyuman nipis di bibir lelaki itu menghilang sebaik pintu ruang kerjanya dibuka begitu saja. Menatap tajam Taeyong yang turut melihat kearahnya dengan tatapan malas.

"Kau tahu berapa lama aku ketuk pintu?!kau tengok jari aku! Ini merah!! "

Sebelum Jimin memarahinya, Taeyong terlebih dulu bersuara. Tangannya diangkat sebagai bukti kalau jarinya benar-benar merah kerana begitu lama mengetuk pintu. Jimin mengalihkan pandangan. Sedar yang dia salah sudah mengelamun jauh.

"Mengelamun lagi? Kau fikir apa sebenarnya?" Taeyong sudah mencekak pinggang dengan dua tangannya. Menatap Jimin marah. "Tiga hari kau macam ini. Muka macam tidak mandi satu bulan! "

Beberapa hari ini lelaki Park itu sering mengelamun. Harus dikejutkan atau lelaki itu akan membisu dengan dunia sendiri. Beberapa kali juga lelaki itu mengacau mesyuarat dengan klien bahkan pekerja sendiri. 
*mesyuarat = rapat

Jimin membuang pandangannya. Mengutuk diri sendiri kerana beberapa hari ini tidak fokus. Fikirannya kemana-mana. Kotak yang di tinggal Seulgi sedikit sebanyak mengangu dirinya. Dia masih belum mengerti dan cuba untuk tidak peduli meskipun dia sangat ingin tahu.

Hal yang kedua pula, Seulgi. Sudah tiga hari gadis itu pulang ke kampung halaman dan tiga hari juga dia tidak dapat bekal makanan untuk makan tengah hari.

Pagi itu, Taeyong berkata jika Seulgi ingin menyediakan sup sebelum berangkat ke station bus. Meminta Taeyong temani sementara gadis itu memasak. Tidak hanya sup dan nasi, Seulgi juga menyediakan satu kotak kecil yang mempunyai pelbagai jenis ubat. Boleh dikatakan first aid versi Seulgi.

Ada burn cream, bandage, paracetamol, hot pack, plaster bandage, cool fever, bug spray, hand sanitizer, and antiseptic wipes. Seulgi juga meninggalkan beberapa biji buah dalam peti ais untuk Jimin.
*peti ais = kulkas

Kejadian beberapa hari lalu juga sering bermain di kepalanya. Meskipun gadis itu sudah memaafkannya, hatinya masih berat pada Seulgi. Mula sedar jika hari itu dia lagi-lagi disaluti dengan emosi yang tidak dapat dikawal.

Merasa dirinya begitu jahat kerana sudah memarahi gadis itu. Dia juga sudah tinggalkan Seulgi seorang diri di tepi jalan tanpa telifon atau wang dengan gadis itu. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan gadis itu lagi setelah ini.

Terakhir kali, kejadian di Jeju sudah membuatkan Seulgi ingin tamatkan perjanjian mereka. Kali ini Jimin mengulangi kejadian yang hampir sama. Sudah memarahi gadis itu membabi buta. Bimbang sekiranya Seulgi takut padanya dan tidak mahu lagi bersamanya.

"WOII"

Tubuh lelaki itu sedikit tersentak saat mendengar jeritan Taeyong yang tiba-tiba. Terkejut. "Aku Cakap Dengan Kau!" Taeyong seperti mahu menelan Jimin hidup-hidup.

"Apa?"

Taeyong mula melepaskan keluhan kecil. Wajah lelaki itu juga kembali serius. Menatap datar kearah Jimin yang memandang dirinya malas. Satu sampul berwarna soft pink dikeluarkan dari suit miliknya.

"Aku baru dapat ini tadi. Benar-benar buruk." envelope soft pink itu Taeyong hulurkan dengan ragu. Dia tahu setelah ini Jimin akan mengamuk tapi lelaki itu harus tahu.

Jimin juga ragu untuk menerima dan membuka sampul itu. Melihat betapa datar dan ragunya wajah Taeyong saat itu. Sampul itu dipandang dengan dahi berkerut, dia mula terfikir sesuatu. Sesuatu yang buruk.

Sangat-sangat buruk.

Sampul itu dibuka. Terpampang satu kad jemputan disana, dan satu nota kecil yang dilipat dua. Beberapa saat kemudian, kertas dan kad jemputan yang ada ditangan Jimin mula renyuk dalam gengaman lelaki itu.

[one] sugar daddy Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang