Terdiam. Jimin mula merasa gugup. Jadi seperti ini perasaan Yoongi dan Taehyung saat bertemu bakal mertua?.
Kini lelaki Park itu berada di ruangan Appa Kang seperti yang diminta oleh lelaki berusia itu tadi. Selesai saja makan, Appa Kang terus meminta Jimin mengikutinya. Wajah Seulgi yang terkejut dengan hal itu terus menatap Jimin dan Appa-nya silih berganti.
"Ini antara lelaki. Kamu tunggu saja diluar. Jangan curi dengar"
Jimin hanya mampu diam melihat Seulgi dan Appa Kang silih berganti saat itu. Taeyong sudah tersenyum seperti kerang busuk menatap mereka tadi.
Seulgi tentu saja tidak diam, dia bimbang sekiranya rahsia dia dan Jimin terbongkar. Saat bertanya pada Taeyong, lelaki itu berkata jika Jimin ingin belajar menjadi nelayan.
Seulgi tentu saja tidak percaya dan putus asa kerana Taeyong tidak begitu serius menjawab soalan darinya. Berakhir Seulgi masuk ke biliknya untuk menyambung ulang kaji pelajarannya yang tadi terganggu.
*bilik = kamarJimin dan Appa Kang duduk berhadapan. Tidak dapat disorok lagi jika Jimin sedang gugup.
"Seulgi itu, seorang gadis yang kuat seperti Ommanya" Appa Kang bersuara. Setelah melihat riaksi keduanya di meja makan, Appa Kang membuka hati untuk menerima Jimin.
"Seulgi lahir disaat kami tiada apa-apa. Tempat tinggal juga hanya sekadar berteduh di rumah usang, apalagi mahu makan"
Jimin tediam. Jika dilihat dengan rumah yang Seulgi tinggal sekarang juga Jimin sudah tahu mereka dari kalangan keluarga yang susah.
"Seulgi lahir dan mempunyai masalah dengan saluran pernafasan, mahu tidak mahu kami mengorbankan semua harta yang kami ada untuk pembedahan kecil itu" mata Appa Kang kelihatan begitu sayu saat mengingatkan awal pernikahannya.
"Siapa sangka kami akhirnya hanya mampu berteduh di rumah usang tanpa penghuni. Seulgi mengalami masa sulit yang begitu lama, dari awal lahir dan sekarang juga Appa masih belum dapat berikan apapun padanya"
Keluhan kecil dilepaskan oleh lelaki berusia itu membuatkan Jimin makin menunduk.
"Sekarang kamu mahu mengambilnya dari Appa. Appa masih lagi tidak dapat buat Seulgi bahagia dan menikmati hidup yang baik. Dan kamu sudah mahu mengambilnya." Jimin lagi-lagi terdiam.
"Jika Appa berikan dia pada kamu, apa yang kamu dapat lakukan untuk dia?"
Jimin mengangkat wajahnya. Dia boleh beri apapun pada Seulgi. Mahu rumah atau tanah, Jimin boleh belikan untuk Seulgi. Tapi Jimin tahu bukan itu yang dimaksudkan oleh Appa Kang sekarang.
"Appa tahu kamu orang yang berada. Appa tidak begitu peduli dengan itu. Appa hanya mahu tahu apa Seulgi akan bahagia bersama kamu? Apa kamu akan melayaninya dengan baik? "
Belum sempat Jimin bersuara, Appa Kang kembali membuka mulut. Jimin sudah bersiap mahu menjawab iya dengan begitu pasti tapi Appa Kang memotong niatnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
[one] sugar daddy
Fanfictionplease read my wattpad bio before read this book. thankyou and sorry. [SLOW UPDATE] I will post spoiler of the story/chapter at my ig hehehe : @nemssmy