eleven. issue

128 10 28
                                    

Noted: •ini bukan fanfic rated M ya rakan-rakan

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Noted:
ini bukan fanfic rated M ya rakan-rakan. 😌😅 gak ada bulan gosong di cerita ini ya. 😂
ada dua Jihyo dalam cerita ini ya. Satunya bestfriend Seulgi, yg kedua staff Jimin.

Sudah dua hari berlalu setelah Jimin menghantarnya ke klinik. Demamnya sudah membaik dan Seulgi bercadang mahu masuk kuliah esoknya meskipun cuti yang diberikan oleh Doktor masih tersisa satu hari.
*cuti = libur?  Holiday.

Jujur saja Seulgi mengetahui apa yang berlaku di kolej-nya. Jihyo sudah memberitahunya dan syukurlah bahawa Jihyoo mempercayai dirinya.

Terdapat dua gambar yang tersebar di universiti. Satu gambar dirinya berada di bar bersama Naeun namun hanya kelihatan dirinya dan tiga kawan Jimin. Gambar keduanya pula dirinya kelihatan yang baru saja pulang ke hotel setelah pertengkaran bersama Jimin berlaku.

Kedua-dua gambar itu keluar bersama  artikel yang mengatakan Seulgi mengambil kerja sambilan di kelab malam. Lebih tepatnya menjadi seorang pelacur, jalang yang melayani ramai lelaki.

Tentu saja Seulgi merasa marah. Entah siapa yang menyebar gambar itu. Dia juga bingung mahu menjelaskan bagaimana nantinya. Badannya saja masih lemah untuk buat kerja berat. Demamnya sudah baik, sakit-sakit di tubuhnya juga sudah hilang, hanya sedikit flu saja.

Jika saja peperiksaan masih lama, dia akan berfikir dua kali untuk masuk kelas esok. Bukan hanya pelajarannya yang tertinggal, tugasnya juga makin bertambah.
*peperiksaan = ujian

Malam ini, semuanya berkumpul. Mereka bercadang mahu makan bersama untuk merayakan kejayaan Jennie kerana telah berjaya melakukan projek kerjanya.

"Palli! " Sooyoung bersuara sambil memuncungkan bibirnya kerana lapar. "Yoona Unnie belum selesai! Sabar! " Kata Jennie.

Jennie bercadang mahu membelikan mereka semua makan malam. Apa saja yang mereka mahukan untuk malam ini, namun Yoona masih lagi belum selesai membersihkan diri.

'Ting Tong!'

Tiga manusia yang tadinya sedang memikirkan menu untuk makan kini saling berpandangan setelah mendengar loceng rumah mereka berbunyi. Setahu mereka tidak ada yang mahu datang dan pernah datang.

"Siapa? " Jennie mengangkat bahu.

Kerana takut, Seulgi, Jennie dan Sooyoung berjalan bersama ke pintu rumah. Buka saja, mereka di kejutkan dengan seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam namun membawa plastik pembelian makanan dan juga satu paper bag.

"Kami tidak buat pesanan! Pergi atau kami telifon polis!" Jennie sudah siap sedia dengan payung yang ada di belakangnya.
* belakang = punggung

"Ah bukan, ada yang meminta saya menghantarkan ini kepada Kang Seulgi"

Pemilik nama tentu saja terkejut, Jennie dan Sooyoung juga sama terkejutnya. Dapat mereka lihat ada dua kotak pizza besar dan tiga kotak ayam goreng yang dipegang oleh lelaki misteri di hadapan mereka.

[one] sugar daddy Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang