" syarat terakhir, aku hapuskan tapi syarat lainnya 'don't talk to much' "
"Jam 8 pagi esok, aku tunggu di lobby"
Sebaik matanya terbuka, gadis Kang itu kembali teringat pesanan terakhir Jimin sebelum dirinya masuk ke bilik masing-masing. Semalam dia tidur seorang diri kerana Naeun terlebih dahulu pulang ke Seoul.
*bilik = kamarRambutnya yang sudah kusut kini dikusutkan lagi. "Arghh! Itukan sama saja! Jangan cakap banyak?! Lebih baik tidak bercakap langsung! "
*cakap= ngomong / bilang /talkingDia turun dari katilnya, mengemas tempat tidurnya sambil mengeluarkan kata² tidak puas hati. Meskipun begitu, dia tetap melangkah masuk ke tandas untuk membersihkan diri.
*katil =kasur
*tandas = kamar mandiHari ini dia masih tidak tahu kemana Jimin mahu membawanya, dia juga tidak tahu jam berapa mereka akan pulang ke Seoul. Jimin masih tidak memberitahu maklumat spesifik padanya.
Bahkan dia kini tidak tahu mahu memakai pakaian yang bagaimana. Jika kelmarin dia memakai dress untuk menghadiri majlis pernikahan dan petangnya pakaian santai, jadi hari ini apa?.
Jika boleh dia mahu saja mengenakan jeans bagi memudahkan langkahnya tapi bagaimana jika Jimin mahu membawanya ke majlis lagi?. Lagipula Jimin sudah membelinya beberapa pakaian untuk dia datang ke sini.
"Hah! Pakai saja lah! Patutlah tiada yang mahu padanya! Dahyun itu bagaimana boleh dia mahukan Jimin. Dasar lelaki ego setinggi galaksi! "
*patut=pantas *boleh= bisaSeulgi melihat dirinya di cermin sekilas "apa ini tidak terlalu singkat? " Seulgi mengeluh kecil melihat dirinya mengenakan dress paras lututnya.
Ketahuilah Seulgi sudah sedaya upaya mempelajari cara berjalan memakai heels dengan Jennie dan belajar memakai make up bersama Sooyoung.
Ini bukan mudah untuknya tapi dia lakukan hanya untuk Jimin. Jika Jimin mampu membayarnya sejumlah wang kenapa dia tidak boleh membaiki diri agar Jimin tidak malu dengan dirinya nanti.
Cukuplah dengan beberapa accident yang berlaku sebelum ini, Seulgi kini lebih berhati² dengan sekitarnya meskipun kadang kala dia hampir jatuh kerana heels dan juga gaun labuh yang dikenakannya.
"Arghh! Terserah! " Seulgi kembali menghentakkan kakinya ke lantai masih merasa tidak puas hati.
Bahkan Seulgi menganggap dirinya sudah gila kerana selalu bercakap seorang diri dan marah sendirian. Dia bahkan membenci dirinya sendiri kerana masih mengikuti segala peraturan gila ini. Seulgi penat, tapi dia masih juga meneruskan semua ini.
*penat = lelahJimin yang sudah berada di lobby kini menyesal kerana terlebih dahulu turun dan menunggu disana. Jika saja dia turun bersama Seulgi pasti mudah baginya untuk lari dari wanita yang haus belayan seorang lelaki.
Kurang kasih sayang mungkin.
*mungkin =kayaknya(?) =maybe."Honey, listen to me, i'm sorry for everything.. " Jimin membiarkan Dahyun berbicara bersendirian manakala dia sedang meneliti telifon pintarnya. Jujur saja suara wanita di sebelahnya ini amat menganggu dan dia tidak tahu bagaimana boleh wanita ini berada di Jeju bersamanya.
Baru saja Jimin mahu mendial Seulgi, matanya sudah menangkap bayangan Seulgi yang baru saja keluar dari lif. Tanpa berlenggah, Jimin terus berdiri ingin mendapatkan Seulgi. Sebodoh atau selembab apapun Seulgi, Jimin lebih rela bersama Seulgi dari Dahyun.
"Babee! " tangan Jimin ditarik Dahyun dan tanpa rasa bersalah Jimin menepisnya. Di sisi lain Seulgi yang sudah menyedari keberadaan Jimin sedikit berlari. Takut sekiranya dia terlambat dan lelaki itu menunggu dirinya lama. Namun larian kecil Seulgi terhenti saat melihat Jimin dipeluk dari belakang.
KAMU SEDANG MEMBACA
[one] sugar daddy
Fanfictionplease read my wattpad bio before read this book. thankyou and sorry. [SLOW UPDATE] I will post spoiler of the story/chapter at my ig hehehe : @nemssmy