💢❌ATTENTION!!❌ Chapter ini mengandungi bahasa tidak sopan,kasar dan sedikit dewasa. Maaf. 💢
.
.
.
.
.Bibirnya sudah muncung ke depan. Matanya masih lagi memerhatikan Sooyoung yang kini sedang melihat penampilan diri pada cermin. Bahkan Sooyoung masih lagi ketawa padanya.
Seulgi dapat tahu jika Sooyoung juga ikut sama ke BBQ Party malam ini. Seulgi meminta untuk pergi bersama Sooyoung dan Namjoon saja memandangkan Jimin masih penat, namun Sooyoung menolaknya.
*cermin = kaca
*penat = capekKata Sooyoung, harus bersama pasangan masing-masing.
"Bai bai Seulbear! See you in 30 minutes!" Sooyoung kembali ketawa sambil melangkah keluar dari bilik tersebut dan diikuti oleh Seulgi dari belakang. Untung saja Yoona tiada di rumah malam ini, jika ada mereka pasti akan disoal siasat sebelum keluar.
*bilik = kamar.Seulgi awalnya teragak-agak, Jimin bahkan kelihatan masih lelah. Taeyong menelifon Jimin saat mereka makan petang tadi. Jimin menolak ajakan tersebut, namun berakhir dengan pergi setelah Taeyong memaksanya dengan ugutan akan menculik Seulgi saja kesana.
*petang = sore. *lelah = capekMeskipun terdengar seperti gurauan, Jimin mengiyakan saja ajakan Taeyong. Mana boleh Seulgi kesana seorang diri!. Harus ada dirinya, dia bertanggungjawab atas Seulgi bukan?.
Seulgi juga teragak-agak menerima pelawaan Jimin untuk ikut bersamanya malam ini. Jimin kelihatan begitu penat dan wajah Jimin kelihatan seperti merayu agar ikut bersama malam ini.
Seharusnya dia sudah mula belajar hari ini untuk peperiksaan akhir yang akan tiba.
Ting!.
Pesanan masuk, Seulgi terus membacanya lalu berjalan keluar dari rumah itu. Jimin sudah sampai di bawah, sedikit berlari agar Jimin tidak menunggunya lama.
Kembali sunyi, seperti biasanya tanpa suara—oh hanya ditemani oleh radio saja. Seulgi sempat menoleh ke sisinya, Jimin benar-benar nampak kelelahan. Topi hitam yang dikenakan Jimin sedikit sebanyak menambah kesan kelelakian pada Jimin. Seulgi mengakui itu.
Mereka hanya mengenakan pakaian kasual. Seulgi memakai sweater saja. Sooyoung kata ianya hanya makan malam biasa, hanya ada teman Jimin saja dan juga diadakan di villa milik Johnny. Begitu juga Jimin, bahkan Seulgi sempat terpesona dengan Jimin malam ini. Mengenakan semua hitam, amat contrast dengan kulit putih lelaki itu.
Lima belas minit berada di dalam kereta dengan lagu yang mendayu, tanpa percakapan dan ditemani dengan view di luar kereta kelihatan sepi, cukup memanjakan mata Seulgi. Dia mula merasa mengantuk.
Seulgi bahkan tidak tahu kemana mereka akan pergi, Jimin melalui jalan highway dan Seulgi juga tidak begitu fokus pada perjalanan malam ini.
Digigit bibirnya, di kembung dan kempiskan pipinya, tangannya juga dicubit-cubit agar terus sedar. Namun kepalanya merasa begitu berat, begitu juga matanya. Kepalanya sudah beberapa kali terhantuk jatuh kebawah kerana tertidur tapi kembali tersedar setelahnya.
Setelah beberapa kali mengalami hal yang sama, tanpa sedar Seulgi terlena jua di samping Jimin. Jimin tentu saja sedar akan Seulgi yang mengantuk di sebelahnya. Bukannya menyuruh Seulgi tidur, Jimin malah menikmati moment lucu tersebut. Setelah melihat Seulgi terlena, Jimin akhirnya ketawa setelah beberapa minit tadi menahannya.
"Haih" tangan lelaki itu terhulur, membetulkan kedudukan kepala Seulgi untuk bersadar di kerusi. Awalnya bimbang Seulgi akan terjaga, tapi tiada pergerakan dari Seulgi untuk kembali terjaga. Lagi-lagi Jimin mengukir senyuman nipis saat melihat Seulgi tidur dengan posisi seolah memandang kearahnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
[one] sugar daddy
Fanfictionplease read my wattpad bio before read this book. thankyou and sorry. [SLOW UPDATE] I will post spoiler of the story/chapter at my ig hehehe : @nemssmy