eight. his friends (edited)

161 13 22
                                    

ATTENTION❗💢
there's lot of mistake and typo.sorry for that. • i would like to say sorry to Sungwoon fans. The truth is i do not know him well,and make mistake with his name too. I thought his name is Sangwoo but its Sungwoon. I try to change it but i scared if i terlepas pandang. •this chapter is so boring and there's no interesting moment happens, sorry again.

Hari ini. Hari dimana petang nanti Jimin akan menjemput Seulgiuntuk ke Jeju.
Memikirkan saja pun Seulgi sudah tidak sabar untuk pergi. Ini kali pertamanya dia akan menjejaki Jeju. Tempat yang sering muncul di drama² korea, Boy Over Flowers, The Lagend of the Blue Sea, oh apa lagi, Seulgi melupakannya.
*petang = sore

Kini dia masih lagi di kelas, meskipun dia akan bertolak petang nanti, bukan satu alasan untuk dia tidak masuk kuliah hari ini. Masih ada beberapa jam untuk dia pulang dan bersiap sedia untuk di jemput oleh lelaki itu.

"Guys, Mrs Mang ask us to finish tutorial A and B for yesterday's topic. And, Submit by email before 5 PM"

Monitor kelas Seulgi berucap di depan. Mendengar hal itu, hampir semua mula bersorak riang. Siapa saja tidak suka hal demikian. Seulgi terus mengemas barangnya dan berangkat ke library. Tidak boleh sia-siakan masa ini.

Jimin masih belum beritahu jam berapa mereka akan bertolak  dan berapa hari mereka akan berada di Jeju. Jimin tidak memberinya informasi yang tepat hanya suruh bersiap sahaja, itulah yang dia tidak suka dari lelaki itu.

"Seulgi Unnie! " Seulgi yang sedang melakukan tugasnya terkejut saat Yerim muncul di tepinya. Untung saja dia tidak menjerit seperti biasanya.

"Oh? Yeri? "

"Unnie buat apa? Assignment? " Seulgi hanya mengangguk. "Seorang diri?" Seulgi mengangguk. "Jihyo Unnie ada kelas" Yerim ber-oh ria lalu mengambil tempat di sisi Seulgi.

Disebabkan course berbeza, mereka lebih sukar untuk bertemu dan luangkan masa bersama. Minggu ini juga hanya bertemu di waktu pulang, itu juga jika mereka tiada group discussion. Mana tidaknya, mereka ada 4 bulan sahaja lagi untuk mengambil peperiksaan akhir sebelum menamatkan diploma.

"Unnie, bagitahulah Yeri, Oppa dengan Unnie couple kan?! kan?!" Yerim yang mendapat peluang, akan terus mendesak Seulgi untuk memberitahu hal sebenar antara mereka. Mana tidaknya, Dia sudah rapat dengan Seulgi semenjak masuk ke Universiti ini.

Seulgi mengambil tempat sebagai penyambut kedatangan pelajar baru. Selama tiga hari Seulgi bersama mereka. Membawa keliling satu tempat universiti, mendaftarkan mereka kad library & kad pelajar, membawa mereka menaiki bas jika ingin ke bandar dan ke tempat² makan yang murah di area tempat belajar mereka.

Seulgi, Jihyo dan Taeil menjaga mereka dengan baik. Dari tidak mengenali satu sama lain menjadi teman baik meskipun tidak sama jurusan pelajaran.

"Rah-sia" bisik Seulgi sambil tersenyum.
Sudah dua minggu Yeri mengikuti Seulgi hanya semata² ingin mengetahui hubungan Seulgi dan Jimin. Gadis itu pantang bertemu Seulgi, dia pasti mendekati kekasih abangnya itu.

Seulgi juga beberapa hari ini cuba menghindari Yerim. Tidak suka dengan pertanyaan itu, dia tidak tahu ingin mengatakan apa dan tidak berani untuk mengiyakan dan menidakkan.

"Ah tolonglah Unnie" rengek Yerim seperti biasanya. Seulgi memejamkan matanya seketika sebelum kembali tersenyum. "Tanya pada Oppa kamu Unnie tak boleh menjawabnya" tangan Yerim dari bahunya dia alihkan.

"Oppa tak mahu balas mesej Yerim Unnie.. Bagilah tahu, Yeri janji tak akan beritah-" Yerim memohon sebelum ucapanya dipotong.  "Ya Park Yerim, ketepilah" Jeon Jungkook.

[one] sugar daddy Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang