three. sugar but better

275 21 3
                                    

" Ini gaji kamu hari ini, pulanglah sudah pukul 10 malam" senyumanya akhirnya mekar di wajah.

"Nae! Khamsahamnida!! "Gadis itu terus berlalu sebaik mendapatkan basikalnya yang dikunci tayar pada tiang lampu yang ada di depan kedai tersebut.
*basikal = sepeda

Hari ini Seulgi dapat bekerja di 3 kedai makan yang berbeza. Hanya mencuci pinggan mangkuk serta cawan yang tidak dapat dibersihkan. Gaji yang dia dapat hari ini sudah cukup untuk dirinya makan untuk dua minggu ini. Meskipun kerja tersebut penat kerana terpaksa berdiri lama di singki, sekurang- kurangnya dia mendapat wang tambahan untuk dirinya.

"Oh, sudah pulang?! Dekat dapur ada pizza lebih, habiskan, Unnie kenyang" Sebaik Seulgi masuk ke rumah tersebut, dia terus disapa oleh Yoona yang kelihatan baru lepas mandi dengan bathrobe putih menutupi tubuhnya dan tidak lupa tuala di atas kepala.

"Young Unnie belum pulang? " Yoona mengeleng kepalanya, sebelum meninggalkan Seulgi berseorangan di ruangan itu "Belum"

Seulgi hanya mengangguk dan memasuki biliknya. Jennie masih lagi di luar, gadis itu semakin sibuk akhir² ini setelah tawarannya diterima oleh beberapa buah pasaraya besar di Korea.

Sebaik sahaja selesai mandi dan mengenakan baju tidurnya, dia terus ke dapur. Benar, ada 3 slices pizza yang ditinggalkan oleh Yoona.Sambil mulutnya mengunyah, tangannya sibuk membelek buku nota yang dibuatnya sendiri. Beberapa bulan lagi, dia akan menduduki peperiksaan sebelum ke semester akhir.

"Oh, sudah pulang?! Mahu makan?!" Jerit Seulgi saat melihat Sooyoung yang baru sahaja pulang dengan wajah memerah. Sooyoung kelihatan agak terkejut dengan jeritan Seulgi tapi dicuba kawal riak wajahnya.

"Tadi sudah makan, makanlah.. Night"

Seulgi hanya diam melihat Sooyoung yang tidak seperti biasanya. Tidak mahu menganggu gadis itu, Seulgi diam melanjutkan makan malamnya sambil membaca buku notanya.

 Tidak mahu menganggu gadis itu, Seulgi diam melanjutkan makan malamnya sambil membaca buku notanya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


"Kau... Tidak mahu cuba? "

Taeyong bersuara sambil mengerling Jimin di sebelahnya. Untung lelaki itu tidak mabuk, kalau tidak terpaksalah dia memapah badan lelaki itu. Meskipun Jimin itu kecil, lelaki itu mempunyai tubuh sasa dan itu berat.

"Apa..? " kening sebelah kanan lelaki Park ini naik tinggi. "Jadi Sugar Daddy? " dengan santai Taeyong menjawabnya.

Jimin terdiam.

Flashback.

"Kau tidak mahu cuba jadi seperti Namjoon hyung?"

Chanyeol bersuara. Membuat semua mata memandang ke arah Namjoon yang mana sedang menutupi tubuh Joy dengan blazernya.

Joy dan Namjoon yang merasa sedang diperhatikan terus menatap yang lain sebelum mengawal wajah kerana malu.

"Apa? "

[one] sugar daddy Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang