"Eh, cik! Cik tak boleh masuk," seorang wanita dalam lingkungan 30-an segera menghalang. Aida memandang wajahnya dengan perasaan tidak puas hati.
"Saya nak jumpa dengan dia"
"Cik , ada buat temujanji tak?" soal wanita itu lagaknya seperti seorang setiausaha
"Tak,"
"Kalau macam tu Cik tak boleh jumpa dia. Encik Azhar takkan jumpa sesiapa tanpa temujanji,"
"Saya tak ada masa nak buat temujanji dengan dia. Saya nak jumpa dia sekarang jugakk!" Aida berkeras. Tombol pintu itu segera di pulas tanpa mempedulikan halangan wanita itu
Di dalam, azhar dan azizul sedang menhirup minuman mereka. Tersentak apabila secara tiba tiba pintu itu di buka dengan secara kasar. Wanita yang menghalang Aida tadi pula bergegas mendapatkan Azhar.
"Saya dah cuba halang dia tapi dia berkeras nak jumpa Encik Azhar juga"
Azhar pandang sekilas pada wajah Aida lalu mengarahkan pekerjanya itu tadi agar keluar
" tak apa, Kak Hani. akak Boleh keluar terima kasih ye" ujar Azhar tenang
Saat wanita yang dipanggil Kak Hani itu menutup pintu, Aida segera meluru ke arah Azhar
"Eh duduk la, kenapa terjegat kat situ. Ni ada apa kau datang ni. Kau tak bagi tahu aku pon yang kau nak datang" ayat yang pertama keluar dari mulut azhar dengan riak biasa.
Aida masih diam memandang azhar dengan pandangan tajam
"Fazira mana dia ada kat bawah ke. Kenapa dia tak naik sekali?" soal azhar lagi, pelik macam bercakap dengan batu pon ada.
"Aku tahu." Jawab azhar sekali lagi dengan nada yakin
"Kau nak ajak aku lunch kan, kenapa tak cakap awal awal, dah jom." sambungnya dengan muka tersengih mahu saja bangun kata kata aida membuatkan azhar tergamam
"Lunch kepala hotak kau." Jawab aida serius nadanya
Azhar terpana dengan kata kata yang dilontar aida. terus membuatkan dirinya berriak serius pula
"Aku nak tanya kau, kau sorok ape eh dari fazira?" Tanya aida lagi
Pelik azhar di buatnya tiada angin tiada ribut tiba-tiba serang ofis orang
"Sorok apa, mana ade apa -apa.""Kalau kau tak sorok apa-apa, habis TENGKU JANNAH tu siapa?" Kata aida nada marah
Aida bukanlah seorang yang suka menyerang dan mengamuk sesuka hati tetapi apabila melihat fazira yang seharian diam di rumah makan tak nak asyik terfikirkan kata kata tengku jannah sahaja, naik hantu la dibuatnya
Kak hani dan zarina yang berada di tepi pintu bilik azhar mendengar perbualan mereka
"Eh kau rasa siapa perempuan kat dalam tu eh..garang semacam je akak tengok" kata kak hani pada zarina
"Tah la kak, tadi kat bawah pon ina tengok dia bercakap dengan amira macam nak makan orang je" jawab zarina yang tadi dia di bawah untuk mengambil pesanan foodpanda
Sementara itu azizul pula mahu keluar makan tengah hari terpandang susuk tubuh seakan sedang bergosip
"Sudah-sudah la kak hani,zarina membawang. lebih baik pergi isi perut yang kosong tu" ayat spontan yang di kata oleh azizul membuatkan kak hani dan zarina terperanjat beruk
"Mana ada membawang, kita orang berborak jelah" jawab zarina sambil menarik lengan kak hani untuk beredar dari situ.
"Asal diam. Kau fahamkan soalan aku" kata aida serius
Azhar masih lagi kaku setelah mendengar kata kata yang di luah aida ,tengku jannah, gumam hatinya
"Kau tahu tak, dia dah cukup rasa derita dengan arwah ibu dia, orang hina dia . Sampai dia cakap sendiri kat aku, yang dia tak nak kawin. Tapi bila dia jumpa lelaki yang dia sayang. Dia berubah. Dia lupa kata-kata yang pernah dia cakap kat aku dulu. Ta...
"Tapi.. tak sangka pulak yang lelaki tu sanggup tipu dia, kata sayang tapi dah nak ada tunang. Kau tak rasa ke benda ni akak buat fazira kecewa, bila dia tahu kau mainkan perasaan dia lagi " tanya aida pada azhar yang sedang menunduk kebawah tanda benar dia membuat silap
Aida teringat kembali saat dia bertanya benarkan fazira bersedia dalam percintaan di kedai nasi ayam beberapa bulan lalu
*****imbas kembali*****
"Kau serius ke dengan azhar tu" tanya aida"Kenapa kau tanya macam tu, kau tengok aku tak serius ke?" Jawab fazira yang sedang menelan makanannya
"Takde la, aku saja tanya je" jawab aida. "Alamak aku dah salah cakap ke" getus hatinya.
*****tamat imbas kembali****
Lambat lambat azhar mula bertanya. Resah pemikiran dia ketika itu "fazira tahu ke pasal ni" tanya azhar nada sendu membuatkan aida jawab dengan ayat yang boleh membuatkan jantung azhar gugur
"Kalau aku yang orang biasa ni pun tahu, apatah lagi orang yang akan jadi tulang rusuk kau nanti"
"Aduh...aida kau kene tolong aku aida. Ni semua salah faham, tengku jannah bukan bakal tunang aku, kau tahu kan aku sayang siapa"
"Ni semua rancangan gila mama aku, dia yang rancang semua ni. Bukan aku, SUMPAH!! kau percayakan aku kan aida. Tolonglah kalau bukan kau siapa lagi nak percayakan aku " kata azhar sambil membuat memek muka minta tolong dan kesian.
"Rancangan?" Tanya aida sambil kedua keningnya bertaut.
"Yee..kau duduk dulu aku ceritakan semuanya" kata azhar sambil menekan butang interkom dan memesan agar semua meeting pada petang ini dicancelkan.
"Perlu ke kau kene cancelkan semua meeting kau" tanya aida sebaik mendengar azhar mengarah tugas pada PAnya.
"Perlu..sebab aku taknak disebabkan benda ni musnah semua impian disebabkan hilang kepercayaan" kata azhar serius.
"Aku cuma tak nak benda ni berlaku buat kali yang kedua, sebab sakit sangat bila berpisah dengan orang yang kita sayang"
Aida tergamam memdengar luahan hati lelaki yang berada di hadapannya.
FAZIRA menuruni anak tangga dengan berhati hati sebaik siap meyarung jubah hitam dan tudung berwarna grey.
"Dah siap dah" soal kak nab ,
"Dah ibu, ibu betul ke taknak ikut." Tanya fazira kembali
"Takpelah ira pergi jelah, ibu sedekahkan surah yassin je dari rumah. Kaki ibu ni masih terseliuh lagi kan terpeleot kat tangga hari tu. Ni nak bengkak pulak."
"Hmm..ok lah, tu kaki tu nanti kene pergi urut. Kalau tak nanti melarat pulak" jawab fazira yang sebab menyarung sandal di kaki. Sebelum memasuki perut kereta fazira menyalami kak nab
" yee Baiklah..kamu tu jangan balik lewat sangat, tak elok" pesan kak nab pada fazira yang sudah pon berada di dalam kereta
"i, i, cip" kata fazira sambil menabit pada kak nab. Tersenyum kak nab di ketika itu dengan kerenah anak angkatnya.
DAH BACA JANGAN LUPA VOTE YEE KEKAWAN ...SUPPORT SIKIT 🤣🤣🤣🤭
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA KITA ✅
RomanceTakdir cinta kita mengisahkan tentang percintaan azhar jazlan dan fazira megat rahim yang terputus di hari pertunangan, disebabkan fitnah yang di lemparkan oleh norman haris. jejaka yang menaruh cinta pada fazira dari awal perkenalan mereka. apabi...