Setelah sampai ke rumah. Fazira melakukan ibadat terlebih dahulu sebelum duduk berehat.
"hmm... kenapa la kau ni tak paham bahasa norman, dah aku kata tak suka tu, tak la" kata fazira sambil membasuh pinggan yang di gunakan tadi
"Huii, bebel dengan siapa tu" tanya kak nab sambil mencapai gelas untuk basah kan tekaknya yang kering itu.
Terkejut fazira di buatnya " ibu ni, nasib ira takde sakit jantung tau" kata fazira dengan nada merajuk
" ibu tanya je, ye lah kamu tuh cakap sorang sorang, tak membuatkan ibu lagi sakit jantung" jawab kak nab.
"Hehehe....takde apa-apa la, ibu jangan ingat ira gila pulak" kata fazira sambil menyimpan pinggan yang sudah dilapnya ke dalam almari kabinet
"Mana tahu?" Jawab kak nab tersengeh
"eee.. ibu ni" muncung fazira di buatnya. lalu kak nab bangun untuk tidur sambil tersenyum " ibu tidur dulu la ye, Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam" jawab fazira lalu memanjat tangga untuk beradu
Fazira yang baru berbaring di atas katil. Sedapnya badan dapat lepak di atas tilam empuk miliknya. Kurang sikit lenguh-lenguh bila kaki dapat di lunjur. Penat asyik berjalan ke sana ke sini dengan memakai kasut tumit tinggi 2 inci dari butik ke butik hingga la ke destinasi terakhir mereka iaitu restoran nasi ayam, katanya nak praktis pakai kasut tinggi nanti masa khawin tak la kekok di buatnya.
Mata yang baru nak terpejam terus celik bila terdengar satu bunyi dari arah meja solek "siapa pulak call aku malam-malam ni, tak tahu ke aku ngantok" katanya lalu mencapai telefon tersebut
Malas-malas fazira bangun menapak ke meja solek. Tiba tiba riak mukanya berubah menjadi ceria
" Assalamualaikum adinda ku dah tidur ke tu?" Tanya Azhar dengan nada comel
" Waalaikumsalam, Sebab belum tidurlah adinda angkat call" jawapan fazira seakan memerli
"Adinda ku sihat?, kanda di sini merinduimu" lafaz Azhar dengan nada malu
" Sihat alhamdulillah" jawab fazira lembut
Fazira seakan malu tapi dalam hatinya "bagai kera mendapat bunga" nak sahaja di memanggil Azhar dengan Panggilan abang. Tapi malu menguasai diri, dia tak nak diperkatakan gedik pula. Lalu dia melayan sahaja azhar memanggilnya dengan panggilan DINDA..
mula-mula dia tidak selesa tapi apabila Azhar memanggilnya dengan manja "Apa salahnya, sweet juga panggilan Dinda kanda ni" desis hatinya
"Sayang, bila boleh kanda masuk meminang ni" tanya azhar sambil duduk di balkoni rumahnya
"Dah sayang pulak, tadi sekejap dinda, ni sayang lepas ni ape pulak, melayang" perli fazira. Ye la sekejap itu sekejap ini, macam tande arah pulak
"Alah...tak kesah la panggilan apa pon. janji panggilan tu sweet dah cukup" jawab azhar
"Kanda tanya ni, bila boleh masuk meminang dinda" tanya azhar lagi
"Bila Datin mariam sudi terima saya sebagai menantu" kata fazira melulu
Azhar yang mendengarnya seakan tersentak "agaknya bila la mama boleh terima fazira" pertanyaan tu bermain di fikirannya
"Awak tu kene ingat, awak bukannya muda lagi" ujar azhar sambil gelak
"Dah awak pulak, aku rasa lepas khawin baru tahu apa panggilan sebenarnya ni" kata hati fazira
"Hehh...helloo umur saya ni masih subuh tau, awak tu je umur dah nak senja" kata fazira sambil gelak
"Banyak la subuh, awak tu kalau asar boleh la." Jawab azhar lalu terdengar gelak tawa fazira yang manis itu
"Hahaah" terdengar gelak tawa mereka
Antara satu sama lain" Ok la, selamat malam jangan lupa mimpi tu selitkan buah hati sekali tau" kata azhar pada fazira
"Ye la, sama la macam awak , mimpi tu jangan lupa selitkan bakal bini sekali, bye sweet dream" Ujar fazira malu malu. Lalu cepat talian di matikan
Datin mariam yang sedang menjamah bihun goreng yang dimasak oleh pembantu rumahnya itu dengan wajah muram. Dia masih belum diberikan peluang untuk berbual dengan anaknya itu tentang kejadian tempoh hari.
"Bik, mana azhar? Kenapa tak turun lagi. Dia nak tunggu puteri gunung ledang datang jemput ke, baru nak turun" kata datin mariam kasar nadanya
Sudah 2 hari azhar balik kerumahnya. Itu pon disebabkan paksaannya. Dia sedar mengapa azhar jarang balik kerumahnya di sebabkan mulutnya yang suka membebel dan mengarah itu
"Saya gak tahu datin" kata bik suranti jujur
Tiba tiba azhar muncul di meja makan
"Kenapa ni ma, az mandi tadi" ujar azhar nada lembut malas nak bertekak dengan mamanya pagi pagi ni
"Tau pon turun, ingat nak teperap je kat dalam bilik tu" kata datin mariam seakan memerli
"Ehh...mama masak ape ni, sedapnya bau" kata azhar sambil menghidu. Dia tahu bahawa bihun itu bukan mamanya yang masak, Saja mahu perli mamanya biar terasa.
Geram datin mariam di buatnya
Bibik Suranti yang mendengar teletah anak beranak itu tergelak di dapur
" dua kali lima, lima kali sama aja" bisik dia sama pak jamal iaitu driver kepada datin mariam. Terdengar tawa mereka"Lepas ni, mama nak pergi rumah tengku fatimah" ujar datin mariam sambil menghirup air kopi panasnya
"Pergi jelah, kenapa?" Jawab azhar sambil menyuap bihun ke mulut.
"Kenapa nak tanya aku" desis hatinya"Kamu ni lupa ke apa, mama nak bincang pasal pertunangan kamu dengannn....." kata datin mariam itu di cantas oleh azhar
"Dengan fazira ke maa, bila maa?" Tanya azhar dengan nada teruja. Dia tahu apa yang mamanya cakap itu tentang tengku jannah. Saja dia menukar topik lain
"Hishh.. kamu ni fazira, fazira. Ni tentang pertunangan dengan tengku jannah la, mama pernah cakap kan, jangan buat buat lupa pulak" kata datin mariam lagi dengan nada tinggi
Datin mariam terus berlalu dari meja makan dan mengalas beg tangan keluar dari rumahnya. Untuk menuju ke rumah tengku fatimah kerana sudah tiba masanya untuk dia beritahu kepada tengku fatimah tentang perancagannya itu.
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA KITA ✅
RomanceTakdir cinta kita mengisahkan tentang percintaan azhar jazlan dan fazira megat rahim yang terputus di hari pertunangan, disebabkan fitnah yang di lemparkan oleh norman haris. jejaka yang menaruh cinta pada fazira dari awal perkenalan mereka. apabi...