bab 28

71 11 0
                                    


AIDA turun lif dari biliknya yang berada di tingkat empat untuk ke meja makan sambil memegang iphonenya, lalu di buka laman Instagramnya yang di banjiri like dan komen disebabkan
gambar yang di muat naik semalam

Sambil mengunyah sambil melayan kerenah netizen yang komen pada gambarnya, terbahak bahak juga di buatnya. Lalu ada satu tangan yang menepuk bahunya, terperanjat dibuatnya.

"Papa ni terkejut ida, nasib tak mat.." kata katanya tidak dapat di habiskan terpikir juga kalau terjadi betul betul, haish simpang malaikat 44.

"Hah...pagi pagi dah cakap benda yang tak elok, macam mana rezeki nak masuk" kata Haji daus iaitu bapa kepada aida asyikin

"Sorry terlepas" tutur aida nada minta maaf sambil menyuap roti bakar kaya ke dalam mulutnya

"Mama mana pa" tanya aida sambil menoleh ke kiri dan kanan tak nampak pon kelibat mamanya

"Entah la, sarapan ni jiran sebelah yang buat kot" perli papanya sambil  menyapu kaya pada kepingan roti bakar itu

'Cis saja je nak perli kita' omel aida sambil memuncungkan bibirnya yang merah bak buah delima itu

Hajjah leha keluar dari dapur rumahnya sambil menatang teko yang berisi kopi panas.

Suami isteri itu suka sangat menyakat anak daranya maklumla anak tunggal

"Haihh bang, saya pon tak tahu la saya ni dapat anak perempuan ke anak lelaki" ujar Hajjah Leha sambil menuang air kopi panas ke cawan suaminya.

"Nak kata perempuan tak perempuan, nak kata lelaki tak lelaki" sambung hajjah leha lagi, kali ini kerusi di tarik untuk duduk bersebelahan anak daranya.

'Dah mula dah sesi perli memerli' gumam aida redho je la kene sakat dengan mama dan papanya

"Kami bukan apa. Minat kamu tu lain macam sangat, Anak dara orang lain, semua sibuk kumpul koleksi tudung macam macam brand ade Nealofa, Zara, Ariani, Fareeda ni yang lagi satu kawan kamu punya tu, apa namanya RARA" kata haji daus pada anaknya yang dari tadi muncung diperli, merajuk agaknya.

"Betul tu ida, anak anak kawan mama pon sibuk kumpul koleksi tudung, yang kamu pulak sibuk kumpul koleksi helmet" huh terkena lagi dari mamanya pula.

Mana tidaknya aida punya minat sampai koleksi helmet helmet nya di simpan di dalam almari kaca di dalam biliknya. Kesemuanya limited edition

"Alah papa, mama ni spoil la ida nak makan, asyik kene perli je" kata aida seakan merajuk lalu menolak sedikit pinggan makannya ke hadapan.

"Dah tak payah nak spoil spoil sangat, dah empat keping roti tu kamu telan" kata hajjah leha sambil tersenyum.

Dagu aida di belai manja "alololo anak mama merajuk ye, nampak 5 ringgit ni, kalau kene penuh muka kamu" kata mamanya sambil menunjukkan tangannya di muka aida mahu mengukur.

Tergelak haji daus dibuatnya

"Hish mama ni bukan nak pujuk elok elok" jawab aida manja

"Hahh dah dah makan cepat, kejap lagi papa dengan mama nak keluar kejap. Ida ada nak pergi mana mana ke" tanya haji daus

"Adaa..ida rasa nak pergi cycling la kejap lagi dengan fazira." Jawabnya ringkas

"Ye lah, tadi kan dah makan roti tu empat keping nanti naik pulak kalori dalam badan ni" kali ini giliran aida pula menyakat papa dan mamanya

Disebabkan sakat aida itu tadi hajjah leha memandang badannya atas bawah. Dia mula bertanya pada suaminya "abang saya gemuk ke?"

Tergelak haji daus dibuatnya apatah lagi aida terbahak bahak ketawa di sisi meja

TAKDIR CINTA KITA ✅Where stories live. Discover now