bab 33

66 10 7
                                    

TENGKU Fatimah yang sedang memberi makanan ikan di kolam belakang rumahnya disergah oleh Tengku Jannah.

"Umi!!" Jerkah tengku jannah.

"Astaghfirullahalazim, ya allah jannah. Nak umi mati terkejut ke?" Jawab tengku fatimah sambil mengurut lembut dadanya, mahu meredakan tekanan.

"Umii. Betul ke umi tak setuju dengan pinangan tu" kata tengku jannah nada tinggi

Tengku fatimah hanya membatu. Tiba tiba terdengar satu suara lelaki yang datang dari arah belakang tengku jannah.

"YES...memang abi dan umi tak setuju" kata tengku mizan nada kasar dan garang

Kening tengku jannah bertaut "Tapi kenapa. Jannah dah besar la umi, abi Jannah boleh jaga diri jannah sendiri." Jawab jannah tidak mahu mengaku kalah

"Boleh jaga diri sendiri? Baju kamu tu pon mak iti yang basuh tau. Kamu buat apa?" Soal tengku mizan yang panas dengan perangai anak daranya yang tidak seperti anak dara orang lain rajin berkemas, basuh baju, masak dan sebagainya

Tengku jannah menjeling "kalau dah tak mampu nak jaga jannah. Kahwinkan jelah tak payah  susah-susah nak bela lagi" kata tengku jannah nada menyindir

Tengku Fatimah terkejut dengan kata-kata anaknya itu "JANNAH...kenapa kurang ajar sangat dengan abi, umi tak pernah ajar jannah jadi kurang ajar tau" tengking tengku fatimah pula

Kata-kata itu sikit pon tidak menakutkan  tengku jannah malah dia menjawab lagi dengan nada sinis

"Umi pon sama je, tak pernah faham perasaan jannah. Dah orang datang pinang jannah tu terima jelah, ni tak dia buat macam takda apa-apa yang berlaku je" balas tengku jannah

💥PANG💥 {bunyi pelempang}

Satu tamparan hinggap di pipi Tengku Jannah. Jannah memegang pipi yang yang terasa amat pedih

"Kamu kata Kami tak pandai jaga kamu. Abi ni hantar jannah pergi sekolah agama, umi ajar jannah solat lima waktu. Tu semua bukan ajaran ke TENGKU JANNAH TENGKU MIZAN" kata abinya dengan nada menggeletar

"Kamu ambil duit syarikat dekat setenggah juta untuk berjoli dengan lelaki. Sanggup kamu buat macam tu semua sebab kata-kata lelaki. Kamu tak fikir ke tentang perasaan kami berdua" herdik tengku mizan lagi

Tengku Fatimah hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang suaminya itu sudah naik angin. Tidak pernah sekali pon dia  memukul atau mengkasari anaknya jannah tapi pada hari ini semuanya sudah berlaku.

"Abang mengucap bang, nanti darah tinggi awak naik" itu sahaja kata-kata yang keluar dari mulut uminya

Tengku jannah menjawab " hah..hah..(bunyi nafas) sanggup abi lempang jannah" sambil tangannya di pipinya lagi





SELEPAS siap makan malam kak nab seperti biasa melakukan rutin hariannya dengan membaca al-quran manakala fazira dan aida sedang memcuci pinggan mangkuk makan tadi

"Kenapa kau tidur sini, mama dengan papa kau pergi mana" tanya fazira yang sedang mengelap pinggan untuk di masukkan ke dalam almari

"Haiih...macam tak suka je aku tidur sini. Kalau tak suka bagitau je aku boleh balik" jawab aida nada seakan sentap

Fazira menunjukkan pinggan yang di lap itu kearah aida "kau nampak pinggan ni, kalau kena bersepah gigi kau."

"Hehhehe...takda lah. Mama dengan papa akuuu pergi honeymoon buat kali yang ke 23 kot. Maklum la kemarin kan anniversary dorang. So papa aku bawak mama aku pergi mekah lagi" jawab aida panjang.

"Wow honeymoon, hahahahha asal kau tak ikut sekali" tanya fazira teruja apabila mendengar tentang mekah pasti dia senyum hingga ke telingga

"Kau ingat nak pergi mekah tu macam nak pergi tesco ke. Aku pon baru tahu masa dorang nak bertolak tu. Lagi pon dorang tak nak bawak aku. Diorang kata nanti aku kacau honeymoon dorang" kata aida sambil muncungkan bibirnya

TAKDIR CINTA KITA ✅Where stories live. Discover now