Bab 29

110 11 5
                                    

Fazira yang ralit mengacau mangkuk cendolnye dengan menggunakan sudu di atas meja dengan riak muka yang muram

********IMBAS KEMBALI*******

"KAU" marah tengku Jannah sambil Menggosok punggungnya sakit dilanggar basikal

Fazira terdiam 'DIA' gumam fazira di hati. Perasaan gerun mekar di hatinya

"S..saya minta maaf, tak sengaja terlanggar awak" jelas suara fazira tergagap- gagap itu.

"WHAT minta maaf? Kau sebenarnya sengajakan langgar aku. Kau dah nampak aku kat depan, tapi kau  langgar jugak..kan" jerkah tengku jannah kasar nadanya

"T..Tak saya betul betul tak sengaja"

"Kau jangan tipu aku la. Cukup la sekali masa befday aku kau tipu" sinis tengku jannah

Aida yang melihat pertengkaran itu mula bersuara "ehh..kawan aku dah minta maafkan, kau nak apa lagi. Kau yang buta main lari je tak tengok belakang, kene langgar nak meyalak pulak" ujar aida nada keras

"Ooo..jadi perempuan murahan ni kawan you, i see" kata Tengku Jannah dengan riak wajah sombong.

"Kuang ajar la minah ni" ujar aida nada geram. Mana tak marah sahabat baik sendiri digelar murahan

"Babe..jangan la gaduh orang tengok la , nanti tak pasal pasal kita viral" Kata aisy sambil menoleh kiri dan kanan. Nasib baik la hari ni kurang pengunjung beriadah

"You diam aisy, biar i settle dengan perempuan murah ni" kata tengku jannah

"kenapa perlu panggil saya perempuan murah, apa salah saya?" Tanya fazira kali ini keras nadanya

Aisy mula memandang fazira 'ni ke perempuan yang jane cakapkan tu' gumamnya di hati sambil buat riak muka terpegun. Tak sangka wanita bertudung ni, yang di cakap kawannya tempoh hari 'boleh tahan cantik,patut la azhar sayang sangat' gumamnya lagi

Tengku jannah membidas pertanyaan fazira dengan nada marah "Kau tanya aku, apa salah kau. Kau nak aku bagi tahu ke?" Katanya Sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah muka Fazira

Aida yang sedar kawannya diperlakukan sebegitu pantas menhemburkan geram "ehh..cakap elok-elok boleh kan, asal nak jerit-jerit. Nama je pakai tudung tapi adab takde" jawabnya keras

********end*******

"Aku geram betul la dengan minah tu. Kalau aku dapat, aku siat siat kulit dia buat sate" gerutu aida sambil megacau kasar cendolnya

Fazira tersentak dari lamunannya setelah aida bersuara

"Ahh..kau belakang ni je, bila depan macam kucing mintak power cat" seloroh fazira pula geram dengan kawannya yang suka cakap besar.

Fazira masih memikirkan kata kata yang dilemparkan tengku jannah sebelum mereka bertindak untuk pergi dari minah sengget tu

"kau rasa betul ke apa yang dia cakap tu?" Tanya fazira pada aida

"Tu aku tak tahu. Tapi yang aku tahu mulut minah tu memang macam longkang, ade ke patut dia kata basikal   kau tu sugar daddy kau yang belikan .biadap betul" Bidas aida bersahaja tapi nadanya masih geram

********IMBAS KEMBALI********

"Kau tanya aku, apa salah kau. Kau nak aku bagi tahu ke?" Katanya Sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah muka Fazira

"tolong bagi tahu, sebab saya tak paham apa yang awak cuba cakapkan ni" jawab fazira dan menfocuskan telinganya untuk mendengar jawapan tengku jannah

"Salah kau yang pertama, sebab kau tipu aku. kau cakap kau tak tahu siapa perempuan yang damping azhar selama ni. Tapi sebenarnya kau tahu siapa perempuan tu" jawab tengku jannah panjang

Fazira terdiam

"And Salah kau yang kedua, sebab kau rampas bakal tunang aku, dia tak layan aku sebab KAU, kau faham tak?" Tanya tengku jannah mahu meyakinkan fazira bahawa azhar ialah bakal tunangnya...memang la bakal tunang tapi tak jadi

Fazira terkedu 'maknanya befday yang aku pergi tu bukan befday sepupu dia, tapi befday bakal tunang dia' monolog fazira sendiri

"Dah dah.. jom ira, kau jangan layan perempuan gila ni, tiba tiba bakal tunang bagai, pirahhhhh...mimpi boleh la" ujar aida sambil memaut tangan fazira untuk megajak beredar dari minat senget a.k.a tengku jannah ini

Aida mula menaikkan tongkak basikal manakala fazira masih lagi kaku disitu

"Dan lagi satu, cantik basikal. Mesti daddy sugar you yang belikan kan. Confirm mahal" kata tengku jannah sambil menendang basikal itu jatuh dan dia terus berjalan ke hadapan dengan susuk tubuh yang belagak  meninggalkan aisy yang keseorangan.

Aisy yang ditinggalnya merunggut sendiri 'haih...dia main tinggal je aku kat sini. Tengok macam mana sekarang. Aku yang kene jawab sendiri

Takut takut aisy terpaksa minta maaf juga

" Arrr arrr... I minta maaf ye bagi pihak kawan I, I tak sangka yang dia sanggup hina you. I harap you jangan ambik hati ye" kata aisy menegakkan kembali basikal yang di tendang kawannya sebelum memulakan langkah ke hadapan.

********end*******

BILIK mesyuarat yang di akhiri dengan berita gembira itu sudah pon selesai. Selepas itu mulalah perjumpaan pakcik bawang yang di diketuai oleh azhar dan azizul.

Mereka saling menhirup air kopi panas yang di buat oleh tea lady di pejabat itu

"Ehh.. lama aku tak nampak norman dia pergi mana, senyap gitu je" tanya azhar pelik, sudah lama dia tidak berborak bersama kawan karibnya sejak sekolah itu.

"Bukan norman pergi sabah ke. Dia kerja kat sana. Tak kan kau tak tahu kau dengan dia kan 'bagai isi dengan kuku'.

"Ye ke? Kenapa aku tak tahu pon."

" yee...tapi sekejap je nanti dia balik la, boss dia suruh dia ambik alih projek yang kat sabah terbengkalai sebab kontraktor lari" jawab azizul dengan yakin

'Kenapa aku tak tahu langsung pasal norman sedangkan aku ni kawan dia dah lama' getus hatinya

Banyak tanda tanya yang bertandang di hatinya.


AIDA menolak daun pintu dan melangkah masuk menuju ke kaunter pertanyaan

"Saya nak jumpa boss awak sekarang, dia ada" kata aida tegas, bebicara dengan wanita hadapannya yang memakai tag nama AMIRA

"Encik azhar? CEO syarikat ni" Jawab amira pendek seperti teragak-agak pon ada

"Iyalah. Siapa lagi?" Balas aida

"Boleh...naik ke tingkat satu, tapi sebelum tu cik dah buat apa-apa temujanji. Sebab kalau takda saya tak boleh bagi masuk" tutur amira bercakap  seakan takut pon ade, bila melihat muka wanita di hadapannya seakan marah 

"Saya nak jumpa dia sekarang jugak!" Kata aida mula keras

"Saya minta maaf cik, memang tak boleh, sebab encik azhar selalunya tak akan jumpa dengan sesiapa tanpa temujanji."

"Saya tak peduli. Oh by the way, thanks"

Aida cepat-cepat berjalan ke arah lif butang ke tingkat satu segera ditekan

Mata Aida terpana saat melangkah di tingkat satu itu. kagumnya dia melihat pejabat yang kelihatan begitu elegan sekali. Aida bergerak pantas tanpa mempedulikan banyak mata yang sedang memerhatinya tiba saja di hadapan pintu yang bertanda nama Azhar Datuk Jazlan itu. Aida cepat-cepat mahu memulas tombolnya.

BERSAMBUNG🤩

kata drama mesti ada part was wasnya 🤣🤣🤣

Vote for next BAB🥰

TAKDIR CINTA KITA ✅Where stories live. Discover now