"Autie, betul ke Azhar ada pilihan lain" soal tengku Jannah yang memandang tajam ke arah Datin Mariam."BUK" (bunyi tersedak)
Tersembur sup cendawan Pizza Hut yang dihirupnya tersedak pon ada, terus Datin Mariam mencapai tisu di atas meja untuk mengelap kesan Comot di mulutnya
"Soalan apa Jannah tanya ni, nasib autie tak mati tersedak" kata datin mariam nadanya seakan mahu batuk
La.. aku tanya je, yang kau over apasal jawab tengku jannah di hati sambil membuat memek muka menyampah
"Ala autie jawab je la, betul ke Azhar ada perempuan lain, dan betul ke azhar tak nak pun bertunang dengan Jannah" tanya tengku Jannah nada Serius, kaku Datin Mariam ketika itu. Mulutnya seakan terkunci untuk menjawab
"Ok, jannah dengar ni. Kalau ada pon autie tetap akan pilih jannah, sebab Auntie tahu perempuan perempuan yang kat luar sana tu dia cuma nak kan harta Azhar je. Jadi jannah jangan la risau. Auntie tahu, apa Aunty nak buat"
Jawab datin mariam dengan penuh yakin.Tengku jannah yang mendengar jawapan itu berkata di hati. Banyak betul alasan kau kan, sekejap itu sekejap ini.
" Thank you tau sebab temankan kanda makan" ujar azhar sambil berjalan menuju keluar dari bangunan pusat beli belah itu. Sampai di kereta, dia menhulurkan bungkusan yang sudah di balut dengan pembalut bercorak hati ke arah fazira
"Ni, hadiah untuk wanita di bawah lindugan kaabah saya. Saya beli khas tau untuk awak." Kata azhar tersenyum manja
"Hmm... so sweet" sambut fazira teruja, terus tangannya mahu membuka bungkusan tersebut ingin tahu apa isi hadiah di dalam
"Aip..kalau nak unboxing kat rumah, baru romantik" bisik azhar lembut di telinga fazira
"Oh..Ok, saya bukak kat rumah" getus fazira sambil tersenyum senyum malu pula di buatnya.
Fazira menuruni tangga dengan langkah tergesa gesa, dia melihat kak nab yang baru sahaja membasuh pinggan dan melangkah keluar dari kawasan dapur.
"Oopocot!.. haish kamu ni buat terkejut je. Nasib ibu ni takde sakit jantung" kata kak Nab sambil tangannya mengusap dadanya
"Apa ibu ni, orang turun tangga je" ujar fazira sambil mencebik
" Memanglah kamu turun tangga, Tapi kalau dah rupa ini silap-silap Ibu boleh pengsan tahu tak!" Jawab kak Nab seakan memerli kerana Fazira turun dengan tompokan putih penuh di muka
"Ala ibu ni, orang pakai bedak sejuk je pun bukannya tepung" kata Fazira sambil membelek mukanya yang dipenuhi bedak sejuk
"Hmm.. Suka hati kamulah. Ibu nak naik, nak tidur, tu barang atas sofa tu Kamu punya ke? Kalau bukan ibu nak simpan dalam stor " ujar Kak nab
"Eh apa nak di simpan dalam stor pulak. Sebab barang ni la ira turun bawah" kata fazira tersenggih sengih menuju ke sofa tersebut.
"Hah.. nasib ibu tak simpan dalam stor. Dah la ibu naik dulu Assalamualaikum" kata kak nab terus kakinya memanjat tangga
" Waalaikumsalam, sweet dream" kata fazira
Perlahan tangan Fazira mencapai bungkusan yang diberi oleh Azhar petang tadi
" hmm.. agak agak apa eh yang buah hati kita bagi" omelnya sambil membuka reben bungkusan
penutup kotak hadiah dibuka, Terkesima Fazira sewaktu melihat telekung yang dibeli Azhar sewaktu di Jakarta outstation, lalu diambil dan dipeluk
"Aduh.. kenapa la pakcik ni sweet sangat" kata Fazira sambil memeluk telekung itu ke dalam dakapannya dia terlihat satu nota bertulis di dalam kotak tersebut lantas diambil dan di baca
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA KITA ✅
RomanceTakdir cinta kita mengisahkan tentang percintaan azhar jazlan dan fazira megat rahim yang terputus di hari pertunangan, disebabkan fitnah yang di lemparkan oleh norman haris. jejaka yang menaruh cinta pada fazira dari awal perkenalan mereka. apabi...