bab 1

344 24 4
                                    

Di pagi yang indah Di kala langit masih biru Fazira bangun seawal 5 pagi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh sebelum berangkat ke RARA Holding sebuah Syarikat tudung yang diminati ramai gadis berhijab dek kerana kelembutan kain tersebut mengikut keselesaan pengguna

Selepas usai solat Fazira mengenakan pakaian formal kerana seawal 9 pagi RARA Holding terlibat dengan mesyuarat yang tidak dapat ditangguh lagi .Ditambah pula sedikit calitan gincu pada bibir nipis Fazira membuatkan Fazira lebih kelihatan menawan dan berseri

Fazira menuruni tangga dengan langkah yang ceria sambil melihat sarapan yang sudah disediakan oleh pembantu rumahnya iaitu kak nab
" wah sedapnya bau, kak nab masak apa ni." Tanya fazira yang sedang melangkah ke arah meja makan

Terlihat ada hirisan timun dan beberapa ketul biji telur rebus yang sudah di belah setengah lalu fazira terjerit keriangan sambil meletakkan beg kerjanya dia atas kerusi baldunya "omg!!! Nasi lemak My favourite."

Kak nab tersenyum "ye la, kak nab masak nasi lemak sebab tahu ira suka, hah tak payah beli dah kat luar sana, Kak nab masak special utk ira"

Fazira terharu "alolo nih yg sayang nih terima kasih kak nab" Fazira mencium pipi kak Nab dengan perasaan seperti dihargai oleh seorang mak

"Ha dah makan cepat jap lagi lambat masuk ofis" kak nab menghulurkan pinggan kepada fazira

"ekkk" kedengaran sedawa comel Fazira

"Alhamdulillah ni kenyang sampai malam " kedengaran gelak tawa Fazira dan Kak Nab

Fazira melihat Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi "Okeylah Fazira Gerak dulu Takut Jalan jem"

"Baik-baik memandu tu hati-hati ya" ucap kak nab sebaik pintu pagar elektrik ditutup menggunakan remote



SAMPAI di pintu masuk RARA Holding Fazira melajukan langkahnya kerana mesyuarat itu akan dilangsungkan lagi 20 minit sebagai bos Fazira harus menunjukkan tingkah laku yang terbaik supaya dapat diikuti oleh perkerjanya

" Good morning semua" ucap fazira

" Good Morning bos, cantik Bos hari ini" ucap Khalid

" awak Khalid Kalau tak puji saya memang tak sah eh hidup awak" kata fazira membuatkan khalid ketawa. Fazira amat mesra dengan semua stafnya bagi fazira pekerjanya adalah keluarganya juga, tanpa mereka RARA Holding tidak sampai ke tahap tinggi ini

Selepas selesai mesyuarat Khalid menjemput Fazira untuk ke majlis hari jadi stafnya iaitu erin erina yang diadakan di Hard Rock kafe esok malam

" Jom lah bos tak syoklah Bos tak datang" usik syafika dgn nada hendak merajuk

" pukul berapa" kata fazira sambil bangun dari kerusi utk keluar bilik mesyuarat

"hah.. ok Esok saya bagi location dalam pukul 9:30 malam " sebut khalid dgn perasaan teruja manakala fazira hanya menberita isyarat good

"cantik bos" ucap hana salah seorang staf di situ

"ok saya tunggu esok malam" ujar fazira







Wait for part 2💞

Hai terima kasih kerana baca cerita saya harap korang suka jangan lupa vote dan komen ❤ dan jangan lupa simpan cerita saya ni di library korang 🥰

TAKDIR CINTA KITA ✅Where stories live. Discover now