bab 13

90 14 1
                                    

Fazira yang sudah bersiap sedia dengan memakai pakaian simple but nice ala first date lah katakan

Azhar memandu keretanya mercedes-benz g-class dan dia tidak menyangka kediaman fazira di Sunway Montana. Kerana Sunway Montana adalah salah satu rumah yang berlatarkan mewah di atas bukit yang diduduki oleh orang berada sahaja, namun azhar berasa bangga dengan kejayaan Fazira boleh dikatakan seperti jutawan Mana taknya Ferrari 2 bijik di hadapan rumah belum campur motornya lagi

Azhar membukakan pintu keretanya lalu memaut tangan Fazira seperti Seorang Cinderella. Dan babak romantik itu dilihat oleh kak Nab dari tingkat 1 " Alhamdulillah minta berjodoh" doa kak Nab sambil Menadah tangannya.







Mereka tiba di salah satu restoran mewah "huyoo first date dah makan kat restoran mewah belum second date dan berdate date lagi" getus hatinya sedikit senyum bahagia terukir Di Bibir

Azhar sudah menempah dua santapan yang eksklusif untuk mereka berdua,
Ramai mata yang memandang pasangan dua sejoli itu mana taknya
Fazira memakai pakaian yang simple
Kalau nak di bandingkan dengan pelanggan wanita lain di restoran itu memang kalah tanpa bertanding.

"Awak tak cakap pon kita makan kat sini,tengok semua pandang saya apalah first date dah malu" kata fazira sambil menunjukkan pisau untuk memotong lamb chop ke arah azhar

"ala biasa la Orang Cantik Memang selalu jadi tatapan mata" jawab azhar mahu menyuap nasi ke mulut fazira

"Cepatlah letih saya pegang sudu ni, buka mulut" ujar azhar menghulurkan sudu kepada Fazira

Fazira terkedu seketika nak main suap suap pulak ingat sweet ke pakcik, tapi memang sweet pon omelnya hatinya

"Malu la orang tengok,suap diri sendiri jelah"kata fazira

" awak tak makan, saya cium awak" balas azhar dengan matanya memandang bibir fazira

"Main ugut ugut pulak" kata fazira sambil nganga ke arah sudu yang di suap azhar






"Terima kasih bawa saya keluar makan" ucap Fazira

"Sama-sama, Saya harap ni bukan yang terakhir ye" ujar Azhar yang senyum

Fazira membalas senyumannya "lepas ni bawak saya makan lagi restorang mahal-mahal tau" jawabnya dan tangannya melambai kearah Azhar

"Boleh baby" alamak tersalah sebut pulak tawa azhar lalu keluar dari kawasan rumah fazira. Sepanjang jalan hanya senyuman menemani pemanduan azhar.


Masuk sahaja di rumah terus diusik oleh Kak nab

"Hai Senangnya dalam hati bila keluar pergi dating" yanyi Kak nab sambil menari. Tersimpul malu Fazira dibuatnya

"Apa ni kak nab, malu la" rengek fazira manja

"Apa yang nak dimalukanya baguslah tu cepat-cepat kahwin, boleh Bagi kak nab cucu" usik kak nab memandang Fazira kaku

Kak Nab sebut saja pasal cucu teringat Fazira akan arwah ibunya iaitu Umi kalsum, Kak nab perasan akan perubahan muka Fazira sedih

"Ermm... kak Nab tersalah cakap ya Fazira, Kak nab minta maaf lah" ujar kak nab dan perasaan serba salah terdetik di hatinya

"Eh takde la tiba-tiba Teringat kat ibu" jawab fazira

"Kak nab boleh tak Fazira panggil kak nab dengan panggilan ibu" tanya fazira,boleh juga dia melepas kan rasa rindu pada arwah ibunya

"Ya Allah mestilah boleh" teruja kak nab dibuatnya bukan apa memang dah lama dia mahu fazira memanggilnya ibu

Fazira teruja dengan penerimaan Kak Nab sebagai ibu "Terima kasih ibu" kata fazira terharu dah mereka berpelukan






Azhar yang merenung ke luar jendela,terkenangkan peristiwa tadi "eee..bagai pinang di belah kapak" kata azhar sendiri di balkoni rumahnya sambil tersenyum

"makin lama,makin cun" omelnya sendiri teringat akan muka fazira ketika makan petang tadi "ayu je"

Disebabkan itu Azhar teringat akan detik detik percintaan mereka ketika mereka masih muda 8 tahun yang lepas

Memori itu masih segar di ingatannya, tidak pernah terdetik untuk dia melupakanya tentang cinta pertamanya itu.




Sudah masuk 3 bulan dia berkenalan dengan Azhar malah mereka Sering berjumpa sampai dia sendiri tak tahu hubungannya dengan Azhar adakah bercinta atau kawan tapi mesra

TUK..TUK..TUK..mesej dari azhar membuat kan fazira senyum hingga ke telinga

*AZHAR*
Hari ini saya nak bawa awak ke tempat special, Saya nak awak pakai baju cantik-cantik okey SAYANG❤

mesej dari azhar membuatkan fazira terkedu "SAYANG❤"

"Pelik!! Tak ada angin tak ada ribut dia panggil aku Sayang" kata fazira sendiri
Getus hatinya Apakah Azhar mahu melamarnya malam ini

OMG GUYS AZHAR NAK LAMAR FAZIRA KE!! 🤭 KALAU NAK TAU KENE LA BACA SAMPAI HABIS

JANGAN LUPA VOTE 👇

I LOVE YOU GUYS🥰



TAKDIR CINTA KITA ✅Where stories live. Discover now