"A..Awak nak jumpa dengan ibu saya" tanya Fazira teresak esak ingin minta kepastian
Tanpa diduga perkataan saya, awak digunakan oleh Fazira "Mungkin dia sudah boleh percayakan aku" kata hati azhar yang mengukir senyuman bersyukur
"Ya Saya nak minta maaf dengan ibu, awak okey Kan. kenapa lemah je ni" tanya Azhar bila melihat Fazira yang terduduk di atas pangkin kayu di tepi
pantai itu"Ibu saya dah meninggal, dia meninggal Selepas 3 minggu hari kejadian tuh, sakit jantung banyak berfikir tentang saya sampai kena heart attack" jawabnya sambil menangis teresak-esak
"Inna lillahi wa inna rajiun, saya minta maaf saya tak tahu pun" jawab azhar yang Kini duduk di sebelah fazira untuk meredakan tangisannya
***** flashback*****
Fazira Merenung di tingkap rumahnya tiba-tiba pintu biliknya dibuka pada masa yang sama dia memakai baju tunangnya berwarna putih yang dibeli oleh Azhar.
"Aku dah cakap kan kau degil, dah gatal sangat nak berkahwin, nak berlaki sangat kan. Umur kau tu baru nak masuk 20 Tapi dah merenyam gatal "kata ibu Fazira kasar nadanya
"Aku dari pertama kali kenal dia, aku tak percaya yang dia boleh jaga kau, Aku dah cakap tapi engkau degil.Asyik bela jantan tu sebab kau kata dia Banyak bantu kau. sekarang ni aku yang kene tanggung malu ni sorang- sorang sebab bakal menantu LARI!!!
Umi kalsom sudah hilang sabar,dia menceritakan kembali apa yang fazira lakukan hingga menghiris hati seorang ibu
"hari yang aku datang lambat jemput kau, kau balik dengan dia kan. tahu-tahu je kau kat rumah, aku punya melilau cari kau kat sekolah" lafaz umi kalsom dengan nada geram. Geram dengan anaknya yang suka melebih lebihkan azhar.
" kau tak boleh sabar ke sekejap aku ade hal tapi tak!!! engkau balik dengan dia juga buatnya dia buat benda tak elok kat kau waktu tu macam mana" bebel Umi kalsom di mana dia sudah bersabar lama dengan sikap Fazira yanh semakin hari semakin menjadi-jadi
Umi kalsom bukannya orang yang suka membebel tetapi disebabkan mulut tetamu itu membuatkan hatinya panas
"Ibu, azhar tak macam tulah. Dia baik ibu Janganlah buruk sangka dengan dia" lawan fazira dengan air matanya bertakung
"Baik..oooo baik sangat, Kalau dia baik Dia datang sini tapi mana dia Hah!! aku tanya Mana dia" marah umi kalsom lagi
Umi kalsom keluar dari bilik fazira apabila namanya di cari oleh tetamu
Pada waktu itu fazira hanya dapat menangis di dalam biliknya. Dia malu untuk keluar kerana dia tahu pasti tetamu makcik bawang akan menyindirnya
"Awak... awak kat mana. saya telefon pun awak tutup" Rengek Fazira di atas katilnya
Di luar rumah ramai tetamu yang sudah menunggu dan makan
"Minta maaflah ya som..Aku rasa aku dah tak boleh tunggu lagi ni sebab aku ada hal lain pulak" kata pak cik razak dia adalah orang yang sepatutnya berbalas pantun tetapi orang yang menjual pantun tah ke mana
"Yelah zak kau baliklah dulu, Makan dulu ya banyak lauk kat luar tu" jawab kalsom
Sebenarnya bukan sahaja majlis pertunangan tetapi kenduri doa selamat bagi arwah ayah Fazira juga dibuat pada hari yang sama disebabkan itu mak Fazira extra malu
Tekan lagu kat atas tu untuk lebih feel
*****3 minggu kemudian*****
"Ibu... ibu janganlah tinggalkan Ira, Ira dah tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ini ira cuma ada ibu je" lafaz Fazira sambil teresak-esak menangis di tepi jasad ibunya
"Sudahlah itu ira Allah lebih sayangkan ibu kamu Biarlah dia pergi dengan tenang" kata kat timah jiran sebelah rumahnya sambil menarik perlahan tangan fazira
Selepas sahaja dikebumikan Fazira menerima mesej dari orang yang sama mesejnya tempoh hari
018 372 ****
Kau tinggalkan Azhar ya, dia dah bahagia hahahaha....Disaat itu hati Fazira meronta marah disebabkan mesej itu satu, lagi satu cerita yang menyebabkan kematian ibunya
Kawannya Syafika yang datang ke rumah untuk memberitahu tentang kematian ibunya sebentar tadi
"aku dengar ibu kau meninggal sebab ada orang cerita kat kedai Pak Saidi yang kau ni bukan anak dara lagi dan Sebab tu bakal tunang kau lari,masa dia orang cerita tu, ibu kau tengah pilih sayur kat belakang, tiba-tiba dia orang terdengar bunyi ade orang jatuh. tengok-tengok ibu kau. kepala ibu kau koyak kena besi kedai Pak Saidi masa dia jatuh. lepastu dia orang check nadi ibu kau. Dia dah tak ada, aku harap kau banyakkan bersabar ya Besar betul dugaan kau" kata Syafiqa sambil mengusap-usap belakang Fazira yang menangis tak henti-henti
"Aku..Aku tak tahu apa salah aku Ika, Kenapa dia orang buat aku macam ni" esakkan fazira makin kuat
"Kau sabar eh, allah tu maha adil" kata Ika cuba memujuk Fazira
Seminggu selepas itu Fazira mengambil langkah untuk pindah ke tempat baharu dia memulakan perniagaan tudungnya sehinggalah mendapat nama besar iaitu RARA Holding
***** end flashback*****
VOTE VOTE❤
VOTE VOTE ❤
TQ KEPADA KORANG YG SUDI BACA KARYA SAYA ...JANGAN LUPA KOMEN YE 👍🥰
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA KITA ✅
RomanceTakdir cinta kita mengisahkan tentang percintaan azhar jazlan dan fazira megat rahim yang terputus di hari pertunangan, disebabkan fitnah yang di lemparkan oleh norman haris. jejaka yang menaruh cinta pada fazira dari awal perkenalan mereka. apabi...