Tengku Fatimah yang mundar-mandir di tepi kolam ikan rumahnya itu, diperhatikan oleh Tengku Mizan yang sedang duduk di meja kopi. Tengku Mizan perasaan, riak wajah isterinya itu seolah geram pada seseorang, lalu ia bertanya.
"Awak ni kenapa, pusing-pusing depan saya, tak pening ke?" Kata Tengku Mizan yang sedang membaca akhbar pada perantinya.
"Saya geram tahu tak dengan Datin Mariam tu, ada ke dia nak jodohkan anak dia dengan dengan anak kita, Jannah." Kata Tengku Fatimah dan berhenti mundar-mandir. Kerusi ditarik untuk duduk berhadapan suaminya.
"Biar je lah, lagi senang Tak payah kita fikir pasal budak tu lagi" jawab Tengku Mizan matanya tetap memandang skrin telefonnya.
"Biar jelah Awak cakap, tak ada perasaan langsung ke apa awak ni" soal tengku fatimah serius
"Yalah, dah Datin Mariam yang nak sangat kan jannah tu jadi menantu dia. Yang awak tak suka ni kenapa?" Tanya Tengku Mizan kali ini matanya memandang Tengku Fatimah dan skrin telefon nya dimatikan.
" Bu..Bukan saya tak suka, tapi keputusan tu datin mariam yang buat, bukan Azhar. Tu yang saya risau, datin Mariam tu yang lebih sudu dari kuah." Kata Tengku Fatimah.
"Macam mana awak tahu tu bukan keputusan Azhar?" tanya Tengku Mizan lagi, pelik bagaimana isterinya boleh tahu itu bukan keputusan Azhar
"Saya tahu pun dari Datin Alyah. Azhar sendiri yang mengaku dia dah ada bakal suri hati" kata Tengku Fatimah, menceritakan kembali yang Datin Alyah sudah berjumpa dengan bakal isteri Azhar Cantik orangnya dan berkerjaya.
Tengku Jannah yang berada di sebalik dinding itu, Terkejut bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut uminya.
"Aik!! Kenapa datin mariam kata azhar setuju nak bertunang dengan aku" gumamnya sendiri. Dia masih berdiri di tepi dinding dan mendengar perbualan umi dan abinya.
"Jadi..awak tak terimalah pinangan tu nanti" tanya Tengku Mizan
"Memang saya tak terima, Takkan saya nak hancurkan Impian Azhar. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri, pasal Jannah tu, tak payah difikirkan lagi, biar dia matang dulu untuk buat keputusan. Ni tak, bila orang ajak kahwin, sibuk nak kahwin, nanti bila cerai berai, mak bapak yang tanggung malu" kata Tengku Fatimah lalu bangun untuk menyiapkan makan malam.
tengku Jannah yang berada di sebalik dinding itu mendaki tangga dengan penuh rasa geram.
Pintu rumah dibuka, tanpa Salam Azhar masuk menuju ke dapur, dia melihat mamanya yang sedang memasak di dapur. Pelik dibuatnya
"Ehh.. azhar bila sampai, patut la mama rasa semangat nak masak, rupanya kamu nak balik. Betul la orang cakap naluri ibu ni kuat" kata Datin Mariam yang sedang mencedok mi goreng ke dalam mangkuk kaca.
" Meh..makan sekali. Mama masak special" Jemput datin Mariam dan menghulurkan pinggan yang berisi mee goreng itu kepada anaknya.
Bibik suranti yang sedang menekan air tapis itu dipanggil Azhar
"Bik mari makan sekali, panggil pak jamal" arah Azhar sambil menghirup air Nescafe panas nya
"Baik tuan" jawabnya lalu memanggil Pak Jamal yang berada di belakang rumah.
Datin mariam yang sedang menghirup airnya menoleh ke arah anaknya
"Azhar petang ni ikut mama, kita cari cincin ye" ujar datin Mariam mendata suaranya
"Ma, Don't spoil my mood. Az baru nak makan ni" kata azhar lemah, lalu menyuap mee goreng itu ke mulutnya. Terdiam Datin Mariam dibuatnya
Datang bibik Suranti dan Pak Jamal di meja "enak baunya ya datin, pasti sedap banggat" kata bibik Suranti
"Hahaha... kamu ni ada-ada je lah bik, makan la, saya masak lebih" jawab Datin Mariam lalu memandang ke arah Azhar
" bik, sekejap lagi saya nak keluar dengan Azhar. Tolong jaga rumah ya" kata Datin Mariam tidak menyangka azhar menghempas Sudu dan garfu di atas pinggannya
"Hilang selera aku nak makan" kata azhar suara kecil.
Datin Mariam yang memandang kelakuan anaknya itu dengan penuh geram. " Takpe bibik, pak jamal makan je. Jangan di layan azhar tu" kata Datin Mariam tu sambil menyuap mee goreng ke dalam mulutnya tanpa rasa bersalah.
bibik Suranti dan pak Jamal menjamah masakan Datin Mariam dengan penuh berselera.
"Sedap juga Walaupun sekali sekala aja Datin masak". Kata bik suranti
di hati.Azhar melihat keindahan alam yang tenang di balkoni rumahnya sesekali dia memetik gitar dan menyanyi. Tiba-tiba Dia teringat tentang perbalahannya Pagi tadi bersama mamanya
********** flashback***********
"Az dah siap. jom" panggil Datin Mariam pada Azhar yang sedang duduk di sofa ruang tamu nya.
"Kenapa susah untuk mama faham. Az kata, az tak nak tunang dengan perempuan lain selain Fazira" kata Azhar dengan nada tinggi
"Az sayang dia, dia pon sayangkan az. Tolong la mama faham benda tu." Kata Azhar lagi kali ni nadanya layu seakan memujuk.
"Apa!!!!, dia sayang kamu? Kalau dia sayang, kenapa dia keluar dengan lelaki lain. Belum khawin lagi dah curang" marah datin mariam
" Perangai dia sama je dengan perempuan tu gatal. sinis datin Mariam lagi dia menyamakan Fazira dengan hilyana.
" apa mama cakap ni, curang?" Kata azhar nada pelik
"Yes!! Perempuan yang kamu agung-agungkan tu, curang belakang kamu. Mata ni yang nampak dia dengan lelaki lain makan dekat restoran berdua-duaan" kata Datin Mariam sambil menunjukkan jari ke arah matanya
******** End flashback**********
" tak..tak... Aku tak percaya Fazira curang dengan aku" kata azhar seorang di jendela nadanya seolah tidak boleh terima kata-kata mamanya.
"Ingat Azhar, dia sayang kau, Kau pun Sayang Dia" kata azhar bagi menguatkan dirinya. Dia tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan dia dengan Fazira terjejas. Di mulakan langkah ke katil dan akhirnya dia terlena sendiri.
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA KITA ✅
RomanceTakdir cinta kita mengisahkan tentang percintaan azhar jazlan dan fazira megat rahim yang terputus di hari pertunangan, disebabkan fitnah yang di lemparkan oleh norman haris. jejaka yang menaruh cinta pada fazira dari awal perkenalan mereka. apabi...