Fazira terkejut kerana lelaki yang menjemputnya itu bukan Azhar malah lelaki itu memakai pakaian seakan bodyguard lalu lelaki itu membukakan pintu belakang kereta dan menghulurkan tangannya untuk Fazira masuk ke dalam perut kereta
Fazira hairan " maaf ya, ini arahan Azhar ke" tanya Fazira gugup Mana mungkin dia mahu menaiki kereta dengan orang yang tidak dikenali
"Ya, ini arahan bos, Encik Azhar" jawab Bodyguard tersebut hah lega sikit hati nya Tidaklah rasa was-was
Sampai sahaja di hadapan pintu restoran fazira diiringi dengan pelayan wanita Dah macam Cinderella rasa dirinya
Diiringi hingga tiba di satu sudut yang cantik hanya lilin dan ruang yang romantik
Azhar menarik kerusi itu lantas menyuruh Fazira untuk duduk dan makanan dia hantar dengan dua set aiskrim sebagai pembuka hidangan
"Kenapa awak buat semua ni" tanya Fazira gugup
"Saya buat semua ni atas dasar Cinta" jawab Azhar romantis dan matanya melirik ke anak mata fazira
"Fazira awak kenal saya dah lama dan kita terpisah seketika, tapi jodoh kita kuat. Allah temukan kembali awak pada saya dan saya percaya awak jodoh Istikharah saya" ujar Azhar dengan nada romantik sekaligus dada Fazira berborak kencang
"Hmmm..." itu sahaja yang keluar pada mulut Fazira seakan tercegang. Tapi dia tidak boleh melawan takdir kerana dia juga sujud Istikharah mungkin juga Azhar jodohnya
"Jadi, Fazira Megat Rahim Sudikah awak menjadi suri hati hidup saya" tanya Azhar sambil melutut ke arah Fazira seakan drama sang lelaki melamar sang wanita di khalayak ramai
Cincin yang dibeli azhar bertahtakan batu berlian diukur mengikut jari kelengkingnya kata orang tua-tua, kalau muat jodoh kuat ...
Fazira terharu air mata kegembiraan menitis dan ia melafaskan "saya terima"
Jawapan fazira Langsung membuat azhar menjerit "yes" jerit azhar disitu
Jeritan azhar mengejutkan pelanggan yang sedang makan di situ.Tapi apabila mereka ketahui yang lamaran lelaki itu diterima mereka bangun dan Berikan tepukan Gemuruh
Bukan apa sepanjang Azhar dan Fazira di dalam restoran itu mereka adalah pasangan paling sepadan dan mewahMana taknya Fazira diiringi dengan pelayan dan Bodyguard kot Dah macam Permaisuri. Terdetik juga hati gadis-gadis di restoran itu alangkah bahagianya mempunyai pasangan yang romantik seperti Azhar tapi fazira dah menaklukinya ....
Cincin yang di sarung Azhar di tenung di jarinya dan pintu dikuak (dibuka) lantas renungan Fazira terjaga
"Amboi,berkilat-kilat jari tu ade apa apa ke" tanya Kak Nab atau nama sebenarnya ialah Nabsah idayu
"Ibu,azhar dah lamar fazira" jawab fazira layu
"Alhamdulillah, baguslah Tahniah anak ibu" jawab Kak Nab Syukur doanya untuk melihat Fazira ke jinjang pelamin dimakbulkan
Lalu fazira terus memeluk kak nab dari belakang tak tahu mengapa hatinya berasa takut sangat
"Tapi ibu, Fazira tak bersedia la nak jumpa dengan mama dia buatnya, dia tak terima macam mana" kata fazira dengan nada tidak yakin
"Haih belum jumpa dah tak yakin macam mana ni" ujar Kak Nab sambil mengusap lembut bahu Fazira.
kak nab memberikan semangat kerana dia tahu bukan mudah untuk fazira melupakan apa yang pernah berlaku pada hidupnya dahulu walaupun Kebenarannya dia masih cintakan azhar sepenuh hati
Fazira Takut akan penerimaan mama Azhar kepadanya bukan apa, Memang dari dulu lagi mama azhar tidak suka azhar dengan wanita lain, dulu pun yang kisah hantar rombongan meminang itu Azhar meminta wakil mak kawannya dan Azhar menipu pada arwah ibunya bahawa mama dan papanya di luar negara mereka tidak boleh balik Atas urusan kerja yang mustahak
Fazira tahu akan cerita itu tetapi pada waktu itu pemikirannya adalah berkahwin dengan lelaki bernama Azhar sampailah arwah ibunya berkata pada dirinya "dah gatal nak berlaki"
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA KITA ✅
RomanceTakdir cinta kita mengisahkan tentang percintaan azhar jazlan dan fazira megat rahim yang terputus di hari pertunangan, disebabkan fitnah yang di lemparkan oleh norman haris. jejaka yang menaruh cinta pada fazira dari awal perkenalan mereka. apabi...