Datin Mariam dan tengku Jannah bersiar-siar di satu pusat membeli belah, yang terletak di Damansara iaitu 0ne Utama. Mereka duduk sebentar di salah satu kedai aiskrim iaitu Baskin Robbin untuk menghilangkan haus di tekak.
"Auntie, dah dua bulan Jannah balik sini, auntie kata nak datang merisik, nak sarung cincin bagai. Ni habuk cincin pun Jannah tak nampak" rungut Jannah, kerana sudah dua bulan dia tunggu kedatangan Datin Mariam berkunjung ke rumahnya untuk tujuan merisik.
Datin Mariam buntu tidak tahu nak jawab apa dengan soalan yang di beri jannah
"Ala sabarla, Az tu la yang buzy memanjang. Rumah autie pon dah lama dia tak balik" jawab Datin mariam untuk melepaskan keluhan di dada
"Aku peduli apa, anak kau balik ke tak, Yang penting dia kahwin dengan aku." Gumam Tengku Jannah geram di hati. Sesekali dia menjeling ke arah Datin Mariam yang sedang leka meneguk minumannya itu.
Fazira yang sedang sibuk mesyuarat sehingga tidak sempat untuk menjawab panggilan dari Azhar
"Boss kita ada pembeli yang nak beli tudung dengan kuantiti yang banyak" kata khalil
"Bagus, Saya nak awak jual sehelai dengan harga Rm49.90 jika dia membeli lebih dari 400 helai" jawab fazira dengan lembut
"Baik boss" jawab Khalil akur dengan keputusan Bosnya sambil menanda satu keping surat untuk di beri kepada si pembeli.
"Jadi ada apa apa lagi, kalau takde kita boleh bersurai sekarang, terima kasih dan next week kita jumpa lagi" ujar fazira sambil menutup perantinya dan duduk di kerusi yang empuk di bilik meeting itu.
Fazira dengan pantas mengambil talifonnya
"7 missed call, ade la yang merajuk nanti, kene pujuk pulak" jawab Fazira lesu nak memujuk pakcik hot itu bukannya mudah, pelbagai drama yang akan dilakonkan nanti.
Aida berjalan menuju ke arah bilik CEO rara holding untuk mengajak puteri gunung ledang itu turun makan, daun pintu di tolak
"Hello kawanku" sapa aida lalu ke kerusi untuk duduk
"Apa mimpi kau datang sini" tanya fazira pelik, bukan senang untuk kawannya itu naik kalau tiada hajat
"Jom lunch, lapar la, hari ni aku belanja"ajak aida sambil mengusap perutnya untuk menunjukkan
"kau belanja!!!" Kata fazira seakan tidak percaya. "tolong tampar jap sebab aku rasa macam mimpi" perli fazira sambil menhadapkan mukanya untuk di tampar.
"takde la, daddy aku dia baru masukkan duit untuk bulan ni, tu yang nak belanja kau, kau nak ke tak nak" tanya aida penat dari tadi asyik bercakap sahaja.
"Of course la nak, bukan senang tau Aida asyikin nak belanja orang" perli Fazira lagi.
mereka memilih tempat makan di One Utama iaitu restoran Chicken Rice Shop
Azhar yang ralat duduk di kerusi biliknya itu, lalu mencapai talifonnya ingin melihat jika ada pesanan yang ditinggalkan oleh fazira
"Haih dh online tadi, tapi tak balas,nak tunggu kanda call ye dinda" Azhar menekan butang hijau dan telefonnya diletakkan di atas meja.
Panggilan di sambung
"Hmmm... kita rindu orang disana, tapi orang disana rindu kita tak" ujar Azhar lembut lemak berkrim.
"Mestilah rindu hero saya nì" gelak Fazira sambil Aida yang Tekun mendengar perbualan mereka di sebelah
"Kalau rindu kenapa tak jawab call?" Tanya azhar dengan nada ingin merajuk
"Ooo.. tadi ada meeting, Lepas tu Lupa pula nak call balik, ala janganlah marah" kata Fazira dengan manja, aida di sebelah menunjukkan muka ingin termuntah bila mendengar suara Azhar yang manja apabila bercakap dengan buah hatinya.
"Ok tak marah pon, sayang dengan siapa tu?" Tanya azhar untuk memastikan fazira berada dengan orang yang dikenali
"Ni ada dengan aida" kata fazira sambil gelak, lantas aida menjawab panggilan azhar
"Eee...sweet betul abang poyo kita ni, baru aku tahu yang kau ni manja jugak ehh" sakat aida sambil gelak
"Woiii kau ni kacau la" gelak azhar. Terkejut
"mesti dia dengar apa yang di katakan tadi, aduh malunya" gumam hatinya,
Malu mula menyinggap di hatinya"Ok la, bagi saya makan dulu nanti malam kita borak ye sayang" gelaknya terasa gedik pon ada haahhaha.....
Bagi azhar panggilan sayang tu amat bermakna bukan selalu cinta hatinya itu panggil dia sayang...
"Ok la, malam nanti jangan lupa call byee love you" kata azhar lalu mematikan panggilan
Sementara itu kak tuti iaitu cleaner di pejabat azhar, terdengar perbualan tadi menegur
"Amboiii boshhh kita ni, henponnya di kuatkan bunyi, nak bagi semua dengger ya" kata kak tuti yang berasal dari sumatera indonesia
"Hahahah, apa salahnya nak bagi orang cemburu, orang tu seperti kak tuti" kata azhar nada gurau
"Hahahh" kedengaran gelak tawa kak tuti
Aida yang sedang menjamah nasi ayam itu memulakan perbualan
"Kau serius ke dengan azhar tu" tanya aida
"Kenapa kau tanya macam tu, kau tengok aku tak serius ke?" Jawab fazira yang sedang menelan makanannya
"Takde la, aku saja tanya je" jawab aida. "Alamak aku dah salah cakap ke" getus hatinya.
TIBA TIBA
muncul norman di belakang....BERSAMBUNG.....
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA KITA ✅
RomanceTakdir cinta kita mengisahkan tentang percintaan azhar jazlan dan fazira megat rahim yang terputus di hari pertunangan, disebabkan fitnah yang di lemparkan oleh norman haris. jejaka yang menaruh cinta pada fazira dari awal perkenalan mereka. apabi...