[37]

1K 23 9
                                    

°Zawana Zaman°
°

°

°
Romance scene Alert🚫
°

°

°

°Let Me Love You°

     Khai melirik ke arah Ainur yang sudah tertidur sambil mengunyah bertih jagung yang tersisa di dalam mulutnya.

   Comel. Desis Khai di dalam hati. Dia mengalihkan tubuhnya menghadap Ainur.

   Anak matanya ligat memerhati bagaimana bibir nipis itu bergerak perlahan kerana mengunyah walau sudah tidur, hidung mancung asli yang dihiasi beberapa tahi lalat kecil dan yang terakhir, bibir nipis yang membuatkan keinginannya meningkat.

       Khai mula menghapuskan jarak antara mereka. Bantal peluk yang berada di dalam pelukan Ainur dialih.

     Khai terus maju mendekati. Kedua-dua lengannya diletakkan di sisi tubuh Ainur bagi menampung dirinya yang kini berada di atas Ainur.

    Khai masih belum puas merenung bibir nipis itu. Dia semakin mendekati sehinggalah bibirnya betul-betul dihadapan bibir Ainur. Hembusan nafas hangat yang tadinya tenang kini semakin berat.

    

        Perlahan tangan kanannya naik setaraf dengan wajah Ainur. Jari telunjuknya membelai bibir nipis itu. Pelbagai fantasi liar mula bermain di dalam mindanya.

"Patut ke aku buat benda ini bila dia tidur ?" monolog Khai. Tiba-tiba fikirannya menerawang mengingati bagaimana hangatnya ketika Ainur menciumnya petang tadi di taman hospital.

      Rasa pening yang mula menyerang diabaikan. Segala fokusnya kini dialihkan pada kehendaknya.

  

       Kedua-dua belah pipinya mula membahang. Bibirnya mula mengoyakkan senyuman lebar. Tanpa menunggu, Khai segera menyatukan bibirnya dan Ainur.

      Keadaan  menjadi semakin hangat apabila Ainur mula sedar dan membalas ciumannya. Khai terkejut kerana Ainur terjaga namun segera memejamkan mata dan menghayati ciuman itu. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan bagi mendalamkan lagi ciuman mereka.

        Dengan lembut, dia membaringkan Ainur ke atas sofa dan membetulkan posisi mereka berdua. Tubuh tegap itu mula menindih tubuh Ainur dengan perlahan.


"Khai" panggil Ainur diantara ciuman mereka. Lengan Ainur mula melingkari leher Khai untuk mendalamkan lagi ciuman mereka. Setelah berlawan menentukan siapa dominan, Khai memutuskan ciuman mereka untuk bernafas.


        Termengah-mengah mereka berdua mencari nafas. Mata sayu Khai yang menikam wajah Ainur kelihatan penuh dengan cinta. Belahan bibir merah jambu semula jadi itu terbuka untuk bercakap.

"Let's make love, dear" bisik Khai lembut  sebelum mengangkat tubuh Ainur dengan gaya pengantin dan bawa Ainur masuk ke dalam biliknya.

        Setelah itu, bermulalah kisah Khai mengenali Ainur secara zahir dan batin sama seperti ketika Ainur dan Fahmi diawal perkahwinan mereka dahulu.

Obses For My Wife Where stories live. Discover now