55

162 4 0
                                        

°

°

°

°

Zawana Zaman

Chapter ini banyak mengisahkan flashback and kejadian yang sebelum ni semua readers belum tahu.

⚠️: PTSD, BDSM and DID mention.

Kalau tak mampu baca scene yang berat, sila komen. Wana akan buat short explanation saja utk memudahkan.

_______________________________





       Deringan telefon pintarnya terhenti diganti dengan suara gemersik seorang wanita bersama ucapan salam.


"Assalamualaikum Ainur. Kenapa call ?"



Ainur pandang ke arah dapur di mana Fahmi sedang berselera menjamu makanan yang dimasaknya. Dengan nada perlahan dia menjawab,




"Waalaikumsalam, kak Aisya. I nak tanya something ni."


"Okey, apa dia ?"




"I nak tanya pasal patient lama you boleh ?"



"Boleh. Tapi kalau privasi sangat I can't sebab dah ceroboh privasi patient I. You nak tanya pasal siapa ?"




"Jerrica Ann. Jem. Budak perempuan yang I jumpa dulu."




"Lil Jem, you mean ?"




"Haah. Boleh kita jumpa ? You busy tak esok ?"




"Busy. I ada appointment the patient esok. Kalau lusa, I free. Patient I cancel dia punya appointment. You okey tak kalau kita jumpa lusa je ?"




"I okey je. You set tempat and masa. Nanti text I, I akan sampai. I pergi dulu tau. Assalamualaikum."





"Waalaikumsalam.."






Dia meletakkan telefon pintarnya di atas kaunter meja. Agaknya dia dapat tak jumpa maklumat yang dia cari selama ini ? Ataupun dia hanya digantikan dengan harapan palsu.






Ainur tersenyum nipis ketika mendengar derapan kaki yang baru masuk ke ruangan dapur itu. Fahmi mengembalikan senyuman sambil kedua belah tangannya membawa pinggan kotor yang sudah habis makanannya.





Semenjak dia duduk serumah semula dengan Ainur, Fahmi akui berat badannya semakin bertambah kerana sering habiskan semua makanan yang dimasak oleh Ainur. Kalau hendak dijujurkan luahan hatinya, Ainur bukanlah seorang yang professional dalam memasak. Tapi disebabkan Ainur itu buah hatinya jadi apa yang Ainur masak semua enak-enak belaka.




Fahmi meletakkan pinggan yang kotor itu ke dalam singki. Sebelum dia menggapai span dan sabun untuk menyuci pinggan tersebut. Ainur mendekati suaminya. Lantas tubuh kekar Fahmi itu dipeluknya erat dari belakang.




Fahmi hanya membiarkan. Semakin lama semakin lebar senyuman dibibirnya tatkala Ainur menyandarkan kepala di bahunya.




Ainur memejamkan mata. Dia sedang hanyut di lubuk fikiran.





Obses For My Wife Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang