[46]

122 5 2
                                        

°
°
°
°
°
°
°
°

°•¤°*•¤°♡*¤•*¤°•

Zawana Zaman

°*•°•●♡°¤°•¤*•
°
°
°
°
°

《For what, Love ? Tell me!》





Sepucuk surat sudah di cetak dan hanya tinggal untuk di tanda tangani sahaja lagi diletakkan di atas meja. Dengan perlahan tangannya naik mengusap pelipis kepalanya yang berdenyut-denyut kepeningan.




Fahmi memandang ke luar jendela sebelum pandangan beralih semula ke sekeling kertas tersebut. Hatinya berbelah bagi ingin melakukan perkara tersebut atau tidak.





Kini, dia sedang bertemaanggu berseorangan dipejabat milik Sarah. Ya, Sarah. Bekas cinta pertamanya. Fahmi berdecit apabila mengenangkan rancangan antara dia dan cinta pertamanya itu dahulu.








Mereka pernah berimpian untuk membina mahligai yang luar biasa selepas sah akad. Ingin membina teratak impian juga buat anak-anak yatim yang memerlukan. Namun, Fahmi adalah sepupu Harris. Dan Harris juga adalah rakan baik baginya.




Pengaruh minum minuman keras, merokok dan merosakkan anak orang sudah menjadi sebati dalam dirinya suatu ketika dahulu. Pokoknya, dari siapa ?





Fahmi memejamkan matanya. Teringat pula zaman di mula-mula masuk di universiti. Kelihatan zaman itu adalah zaman terakhir dia menjadi seorang yang sangat naif tentang dunia luar sehingga lah suatu hari Harris mengajaknya untuk melepak bersama sekumpulan budak-budak nakal yang terkenal di univeristi tersebut.




Banyak peraturan di universiti tersebut yang telah dipecahnya sehinggalah dia hampir dibuang dari tempat menuntut ilmu itu. Banyak sangat dosa yang dia sendiri tidak ingat berapa kali sudah dia meneguk minuman keras itu di bulan mulia.






Fahmi menggelengkan kepalanya. Ya tuhan, sejak dia sudah melafazkan akad yang berat itu, sejak itulah dia sudah kurang berfoya-foya. Bukan kurang! Malah langsung tidak sentuh atau singgah di tempat tidak senonoh itu.






Kehadiran Ainur dalam dirinya sangat membawa impak yang besar. Setiap hari dia bangun melihat wajah berseri gadis itu dengan mata yang sembab. Bukan dia tidak tahu bahawa Ainur sering bangun pada pukul 4 pagi semata-mata untuk menangis mengenangkan kenangan lama.






Memang perbuatan itu berkemungkinan derhaka kerana masih mengingati lelaki lain selain suami tapi ketika itu, bodohnya ketika itu. Fahmi yang menongkat kepala dengan tangannya sambil memandang malas Ainur yang sedang menahan tangisannya di balkoni bilik.





Sedikit pun tidak ada rasa kasihan terhadap gadis itu ketika melihatnya sakit gara-gara cinta. Selepas usai gadis itu menangis, Fahmi segera pura-pura tidur secara mengiring sambil melihat Ainur dengan mata yang dikecilkan. Gadis itu secara senyap-senyap masuk ke dalam bilik air dan membasuh mukanya.






Obses For My Wife Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang