°
°
°
°
°
¤ Zawana Zaman ¤
°
°
°
°
°
◇ Unrevealed scene pt.1◇
Deburan ombak di pantai Bachok menjadi tayangan cantik buat Fahmi. Hari esok merupakan hari yang bakal mencabar semangat kelelakiannya dalam menjaga hal ehwal keluarga kecilnya.
Fahmi menarik nafas dalam. Sedikit sebanyak resah mula bertandang di hatinya apabila memikirkan strategi Harris. Dia tidak pasti sama ada Harris menginginkan perpisahan daripada pihak mereka ataupun sekadar kacau kacau daun saja.
Semalam Harris menatap dirinya dengan penuh kebencian. Seolah-olah perkara yang berlaku ini bukan lah dari pokok akal cetek miliknya. Segala masalah semua diletakkan di bahu Fahmi membuatkan dia semakin runsing.
Kejadian sebelum hari pernikahan dia dan Ainur kembali bermain seperti movie dibenak fikiran. Semua janji dan syarat yang dia dan Harris sahaja yang tahu diingat baik baik.
"Tolong jagakan dia untuk aku.." Ucap rakan baiknya yang juga merupakan sepupu, Harris. Dahi Fahmi berkerut seribu. Aneh saja permintaan dari rakan baiknya ini.
"Aku dapat rasa aku masih tak mampu nak jaga dia. Ainur tak seiring dengan rentak kehidupan aku yang serba serbi hanya berpesta.." Tambahnya lagi. Fahmi hanya mendengar. Bukan apa, nak luah mati emak, nak telan mati bapak.
Dia juga menyukai Ainur dalam diam. Itulah pokok masalahnya sekarang.
"Selepas kau bernikah dengan dia, kau tolong jangan sentuh dia, boleh ?.." Jeda.
"Walaupun dia isteri kau yang sah, kelak.." Fahmi mengeluh. Bukan bukan sahaja idea dari rakannya itu. Bodoh ke apa, nak kahwin dengan syarat ?
"Aku tak boleh, Harris. Kau pun tahu apa hukumnya kan. Kalau kau tak bersedia kau bagitahu sajalah dengan Ainur. Mesti dia akan faham punya.." Jelas Fahmi. Tersepit dengan ribuan janji dan pertolongan.
"Aku tak nak sakitkan hati dia–"
"Lepastu ? Kalau kau muncul masa kitaorang berkahwin nanti, kau ingat hati dia tak sakit ke kalau dia diabaikan oleh kau, kelak ?!" Marah Fahmi. Suaranya mula naik seoktaf.
"Aku tak tahu... Aku buntu.. Ayahnda dia tak suka kan kedatangan aku. Takkan kau nak bernikah tanpa restu wali ? Bukan ke syarat perkahwinan perlukan wali ke ? Kalau ayahnda dia tak nak terima aku, kau rasa berlaku ke perkahwinan antara kami ?" Luah Harris. Kesal dan sedih kerana halangan dari restu keluarga Ainur.
Fahmi mula geram apabila hal restu dibabitkan. Kalau betul pun tak nak restu, takkanlah nak biarkan saja anak kita merana kerana cinta ?
Nafas ditarik dan dihembus.
"Baiklah. Aku terima, dengan syarat aku mungkin tak mampu tunaikan pertolongan kau yang kedua itu. Ingat Harris, life aku dengan life kau, semuanya sama. Gadis keliling pinggang ? Memang type kita berdua dari dulu lagi. Mabuk di tengah malam dengan tempat yang penuh dengan manusia bernafsu kuda ? Sudah menjadi hobi buat kita berdua. Kita berdua sama, seumpama cermin. Cumanya, aku pandai berahsia dan kau tidak. Aku pun lelaki, ingat itu.." Dengan itu Fahmi beredar keluar dari kawasan yang tersembunyi itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Obses For My Wife
RomanceThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)
