°
○
•
●
°°•●○*♡*°•○●
zwn.zmn
°•●○*♡*°•○●
○
●
•
°
•
.This chapter was inspired by:
Here's Your Perfect– Jamie Miller
Seminggu sudah berlalu sejak pada hari Ainur setuju atas perpisahan dia dan Fahmi. Semenjak itu, dia telah banyak berubah. Setiap hari dia solat istikharah memohon petunjuk dari-Nya.
Ainur duduk bersimpuh di atas sejadah. Tasbih bermanik putih jernih itu di genggam sebelum dia mengingati semula lamaran tanpa persediaan oleh Haqiemin.
Haqiemin.
Lelaki baik yang sentiasa menjaga hubungannya dengan wanita walaupun kawan baik di sekelilingnya tidak. Lelaki yang menjadi pujaan wanita di luar sana kerana seorang yang soft spoken dan open-minded.
Lelaki yang jarang marah dan sentiasa dengar bebelan ibunya sehingga habis. Lelaki yang susah sangat nak hadir perjumpaan kalau ada banyak wanita lebih-lebih wanita yang menggilainya.
Lelaki yang cukup sifat dari segi ibadah dan rohani. Yang cukup penyabar dan peramah. Namun, bukan itu yang menjadi masalah Ainur buat sekarang. Jujur dari lubuk hatinya, dia masih mengharapkan Fahmi.
Harris ? Sudah tidak wujud dalam kamus hidupnya. Lagipun, Harris sendiri sudah mengaku kalah selepas mereka terserempak di taman minggu lepas.
Banyak kebaikan dan keburukan yang sudah terungkai. Siapa sangka? Sarah mencintai dua lelaki dalam masa yang sama mengaut kepercayaan Ainur. Mencintai dua lelaki yang Ainur pernah keliru mencintai.
Harris dan Fahmi memang saingan yang kuat. Seorang kekasih yang dulu sentiasa saat susang senang Ainur. Dari dia tidak berkerja sehinggalah Harris dapatkan dia kerja menjadi seorang model dan support dia sehinggalah hari pernikahan mereka kepercayaan itu hancur.
Dan kini pulang kepada Fahmi. Si suami yang mempunyai banyak identiti. Siapa sangka ? Pasangan doktor mental sudah mengakui silap mereka. Ahhh, cakap pasal pasangan pintar tersebut, Ainur teringat pesan Aisya yang terakhir sebelum mereka suami isteri, berpindah ke bandar baru akibat malu. Malu dengan sikap mereka sendiri yang tidak professional.
Ainur tersenyum. Mulutnya masih terkumat kamit beristigfar sambil air matanya mengalir deras. Matanya dipejam sebelum ayat dari Aisya diingat kembali.
"Akak tahu akak dah buat banyak salah pada Ainur dan Fahmi. Cuma akak nak sampaikan apa yang akak patut sampaikan sejak dulu lagi,.." Jeda. Bahu Ainur dicengkam lembut sebelum Aisya tersenyum lega.
"Akak tahu akak takde hak nak cakap benda ni. Tapi akak jadi Ainur, akak dengar dulu penjelasan Fahmi. Sebelum akak lari dan tak pandang dia lagi dah. Bukan kah lebih baik perpisahan yang jelas seperti macam mana tujuan asal cerai sebenar-benarnya ?"
Ainur teresak-esak. Bukan apa, minggu depan dia dan Fahmi akan pergi naik ke mahkamah. Jadi hari ini, dia sudah berkemas barang memandangkan perbicaraan mereka berdua akan diadakan di Malaysia atas sebab tertentu. Jadi, dia sudah bersedia. Dia sudah bersedia untuk bergelar janda.
Walaupun dia sedar, stigma tentang janda di Malaysia adalah teruk. Dia redha. Dia tahu mungkin akan ada mak cik bawang yang akan gelar dia isteri yang tak pandai jaga makan minum suami, yang tak pandai layan suami, yang tak dapat beri zuriat untuk suami dan lain-lain. Dia tahu dia akan dicemuh kerana jadi seorang janda di Malaysia umpama jadi seorang pelacur.
Hina sangat ke wanita yang sudah diceraikan ? Hina sangat ke jadi wanita yang masih belum dikurniakan cahaya sewaktu di alam perkahwinan ? Sedangkan Tuhan telah tetapkan rezeki untuk semua hamba-Nya secara adil seperti nama-Nya yang Esa.
Ainur bangkit dari duduknya dan terus melipat sejadah serta telekungnya. Dia turun ke bawah dan terus masuk ke dapur. Rambutnya yang panjang itu diikat tinggi sebelum bahan bahan yang telah dia keluarkan tadi dipotong dan dimasak.
Ayam masak merah yang sudah siap dimasak itu dihidangkan diatas pinggan kaca. Hanya kerana dia seorang sahaja yang ada di rumah ini jadi dia masak hanya ala kadar. Sayur campur juga dihidangkan sebelum dia mengauk nasi dan duduk menjamu selera.
Banyak benda yang dia fikirkan sekarang cuba diusir. Tidak baik jika dia sedang berhadapan dengan rezeki namun tidak ungkapkan rasa syukur. Lalu, selera makannya dipupuk jua. Ainur menjamah makanannya dengan berselera.
Seusai habis, dia basuh pinggan yang sudah kotor serta lebih makanan tersebut diletakkan di dalam bekas bertutup sebelum letak di dalam peti sejuk. Boleh dia panaskan untuk makan malam nanti.
Dia membancuh air teh strawberi sebelum duduk di ruang tamu. Saluran movie dibuka sebelum dia mengunyah keropok chips yang dibelinya dikedai.
Pada hari ini, rutin harian Ainur hanya sama. Tiada apa yang berubah. Sama seperti hari ketika dia dan Fahmi berpisah dahulu. Nampaknya, self-care Ainur semakin lancar. Lebih baik dia bersiap sedia menjaga dirinya lebih baik sebelum akad nikah dia hancur kerana talak sudah dilafazkan.
•
°
○
●
°
○
•Check Out!
[][][][][][][][]
Sorry kalau Wana tak seaktif author lain and sorry kalau cerita ni tak best.
Truthfully, I'm anxious about my spm and future😭 takut lah nak dewasa and sendirian kelak
Ahhh taknak tak nak😭😭😭😭
YOU ARE READING
Obses For My Wife
RomanceThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)