°
°
°
°
°
°♡Zawana Zaman♡
"Kalau awak nak saya gembira kenapa awak tak biarkan saya hidup dengan suami saya ?" Soal Ainur. Senyap. Tiada jawapan pun dari Harris.
Cuaca yang mendung menambahkan lagi kesuraman di rumah tersebut. Gelap dan tidak hidup. Itulah suasana pada petang itu.
Harris baru saja buka mulut untuk berbincang soal apa yang berlaku dengan niat untuk "memperbaiki" tetapi nampaknya Ainur sudah tembak dia dengan pelbagai soalan cepumas.
"Okey listen, saya nak bincang sesuatu dengan awak saja. Lepas habis kita bincang, awak yang akan buat keputusan. Ingat Ainur, jangan zalim dengan diri sendiri.." Jelas Harris.
Ainur berdecit tidak puas hati. Secawan kopi disisip sebelum fokusnya kembali kepada jejaka dihadapannya itu.
"Ha apa, cepatlah terangkan." Arahnya. Harris menelan air liur mendengar suara tegas itu. Sepucuk surat diletakkan dihadapan Ainur.
Surat tersebut dibuka lalu dibaca. Terjongket sebelah kening Ainur dibuatnya. Wah, sudah diagak pasti ada udang disebalik batu ini..
"Awak nak jelaskan apa lagi, Harris ? Saya dah maklum yang suami saya itu berpenyakit mental. Saya tahu dan saya terima. Kenapa awak nak bincang soal rumah tangga saya pula ?" Ujar Ainur. Sangat tepat ke hati Harris.
Wah, apalah agaknya yang Fahmi ajar dekat ex aku ni, sejak bila pula dia jadi perempuan kasar ni ? Desis hati Harris.
"Bukan macam tu, saya cuma nak bagitahu awak yang keputusan makmal suami awak semakin teruk. Awak rasa kalau awak teruskan perkahwinan ni, dia akan pulih ke ?" Ujar Harris. Main tarik tali.
"Maksud ?"
"Maksud saya, Fahmi kan menghidap DID ( Dissociative Identity Disorders ), jadi takkanlah awak sebagai isteri tak nak dia sembuh ? Fahmi sekarang ni pun bukan dalam keadaan sempurna pun. Jadi awak kena lah ambil bahagian untuk pulihkan dia semula." Jelas Harris tersirat.
"Oh maksud awak, saya kena rawat dia lah macam tu ? Tapi saya bukan doktor psikiatri pun dan enapa saya pulak yang kena pulihkan suami saya ? Kan banyak doktor pakar di sini. "
"Cuba baca keputusan makmal tu." Arah Harris sambil menjuihkan bibir menunjuk sepucuk surat itu.
_______________________________________________
MEDICAL REPORT ON:
PATIENT: Syeikh Fahmi Asyraf bin Syeikh
Issani
AGE : 27 years old
SEX : Male
ID : 940723XXXXXXHISTORY OF MEDICATION.
( Including Presenting Complaints, History of Presenting Complaints, Past Medication, Famil History, Social History, Occupational History, Review of System, Past and Present Medical Records.)
Has been diagnosed have Maladaptive Daydreaming at first place before been diagnosed have Dissociative Identity Disorders (DID) at second place.
This patient currently undergo a healthy mind test three times due to ensure the past results are true in different mental hospitals before being confirmed to have four mental illnesses at once.
ATTENTION: This patients ought to be given full attention and isolated from the outsider before undergoing theraphy at the laboratory.
______________________________________________
"Saya tak nak berpisah dengan suami saya. Saya tak tahu niat sebenar awak macam mana, tapi saya takkan putus asa dengan suami saya, Harris. Cukuplah dengan rancangan awak nak pisahkan kami dahulu sudah buat dua-dua pihak kami terluka. Kalau awak betul sayangkan saya, lepaskan saya untuk bahagia. Bukan simpan saya dan terus melanggar hukum agama." Dalam. Penuh makna ujaran Ainur lontarkan.
Entah kenapa, naluri dia berkata akan ada sesuatu buruk yang akan berlaku. Tetapi doakan saja yang baik-baik..
Harris terkelu. Sedikit terkejut dengan kata-kata yang Ainur lontarkan tadi. Biarpun nada suaranya lembut, tetapi maksud ayat itu buat hatinya hancur.
Ha sudah, kalah lagi sekali.
Harris berdehem sebelum membuka mulut.
"Saya belum cakap lagi apa tujuan saya Ainur, jadi kenapa awak nak tuduh saya bukan-bukan sekarang ni ? Saya betul-betul nak baiki keadaan. Bukan saya nak suruh awak bercerai pun dengan suami awak sebab dia sudah gila-"
"SYEIKH HARRIS ZULKIFLI BIN SYEIKH ISMAIL. Sumpah demi Allah, manusia yang awak panggil gila itu la yang banyak jasa dengan wanita yang awak cinta sekarang ni! Kenapa awak susah sangat nak lembutkan hati yang ego tu ? Tak penat ke hancurkan hati sendiri, hah ?" Bentak Ainur. Ujaran Harris tadi benar-benar mencabar kesabarannya.
Mungkin dahulu dia masih simpan kerana takut tapi sekarang tidak lagi. Tidak untuk orang yang sesuka hati maki suaminya.
Harris tergamam. Buat pertama kali dia melihat baran Ainur. Sebelum ini memanglah dia pernah lihat, tetapi tidak seperti ini. Seolah-olah makian untuk Fahmi adalah haram bagi sesiapa pun terutama orang yang pernah menyakiti mereka berdua.
Dan ketika itulah Harris sedar. Pusat sensitif Ainur bukan lagi soal perkahwinan yang tidak ada masa depan, tetapi suami yang baru beberapa tahun disatukan tanpa sengaja.
Itulah realiti. Namun Harris masih memilih untuk bermimpi. Mungkin kali ini Ainur benar-benar yakin dengan pilihannya.
Ha ha ha, sedihnya kau Harris. Terus mencintai orang yang salah. Kerana diri sendiri, diri sendiri juga tersakiti. Andai bisa dia putarkan waktu, biarlah dia yang berkorban dahulu.
Lambat betul cinta sebenar berputik sehingga dia mengalah dengan tarik tali hatinya sendiri, tapi tidak disangka cinta yang halal lebih senang mekar dari cinta yang tidak bertujuan. Sudah dirancang tapi berlaku kah majlis penghalalan itu ? Tidak pasti, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
°
°
°
°
°
°CHECK OUT!
[][][][][][]
PASSWORD: •••••••••

ANDA SEDANG MEMBACA
Obses For My Wife
RomanceThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)