°
•
○
●
°
•
○
●°•●○*♡*°•○●
zwn.zmn
°•●○*♡*°•○●
°
•
○
●
°
•
○I just want to say that i might added bonus chapter in order to spread awareness about Dissociative Identity Disorders [DID]
And I do believed we need more author or anyone to spread about this rare case as an awareness and let the ones who were having DID calmed and oughtn't hate themselves as they shouldn't to.
People need to be alert and learnt that not everyone storyline in life is the same. And it's not their fault when they undergoes such a traumatic incident in their life.
Also, please don't do self-diagnose. Make sure you got diagnose from counsellor or psychologist or psychiatrist, Okay ?
Spread loves, not hate <3
Tq ❤
___________________________________
TW ⚠️ Post–Traumatic Stress Disorders (PTSD) & Anxiety Attack
Rumah yang di duduki Fahmi itu suram. Tambahan, dia langsung tidak berniat untuk membuka suis api di rumah tersebut membuatkan rumah tersebut gelap gelita.
Selepas seminggu dia menghilang disebalik identiti yang lain, dia muncul semula selepas dia menjumpai gambar perkahwinannya dengan Ainur. Jujur, dia sangat rindukan wanita itu.
Kalau ini semua tidak terjadi, boleh saja dia memeluk tubuh isterinya. Namun, setelah difikirkan semula semua ini bermula dari kelemahan dirinya sendiri.
Suatu ketika dahulu, dia sering berfoya-foya. Jika ingin digambarkan dirinya Subhanallah jahil sangat. Malu pula bila diingatkan khilafnya sendiri.
Ketika di zaman universiti, kawan baiknya bukan saja dari keluarga yang kaya malah ada juga dari keluarga sederhana. Namun bukan bermaksud mereka tidak nakal. Nama pun manusia, sudah pasti banyak dosa yang pernah dilakukan. Sama ada nampak atau tidak nampak di mata manusia lain sahaja.
Teringat juga dia, sewaktu awal perkahwinan antara dia dan Ainur. Mula-mula memang dia tidak hendak pun nak memujuk Ainur untuk melupakan Harris. Tapi bila dilihat betapa besarnya cinta yang Ainur rasakan buat Harris, dia cemburu.
Ya, Fahmi cemburu. Dan disebabkan itulah dia ingin memenangi hati Ainur. Dia inginkan cinta yang naif dari seseorang di dalam hidupnya.
Mana kan tidak, setiap orang yang muncul dalam hidupnya hanya inginkan kemewahan dunia sahaja. Bukan perasaan dia yang mereka ingin takluki.
Secara tidak langsung, ini lah sebab mengapa Ami dan Khai wujud. Ami adalah watak yang menggambarkan inner child Fahmi sewaktu dia masih kecil. Ketika itu, dia sangat inginkan perhatian dari kedua orang tuanya. Tetapi, mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sampai lupa untuk curahkan kasih sayang seperti yang telah di amanahkan oleh-Nya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Obses For My Wife
RomanceThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)