°Zawana Zaman°
•
•
•
•
•
It's a short chapters btw. I'm kinda not in my real mood and I'm too worried that you guys will waiting for me to update so here. A lil chapters for you guys before the cornflakes chapters mai.
Have a nice day!
•
•
•
•
•
°Bahagia ?°
"Apa yang awak dari saya lagi, Harris ?" Ainur yang sedang menyorok di sebalik kain langsir pintu balkoni berkata. Harris mengeluh buat kesekian kalinya. Dia bercekak pinggang apabila pagi-pagi buta lagi Ainur sudah bangun.
Silapnya juga kerana lupa untuk membius Ainur selepas mereka tiba tiba di kabin mewah miliknya. Ainur kini sedang dalam langkah berjaga-jaga. Lirikan matanya awas mencari tiap jalan keluar yang ada di setiap penjuru bilik itu.
Harris menghelakan nafas. "Ainur kalau kau nak keluar pun tolong biar aku jelaskan suatu perkara dekat kau. Aku janji, lepas jer aku bagitahu benda tu.. Kau nak lari, larilah. Kunci kereta sentiasa ada atas rak depan pintu utama..."
Ainur mengerutkan dahi hairan. Eh tak pernah-pernah pula Harris sebaik ini. Dulu masa aku dan dia bercinta pun bukan main liat nak bagi penjelasan. Alasan banyaklah!
"Okey tapi,.. Janji dengan saya yang awak takkan sentuh saya dan jauhi saya selepas ini, okey ?!" Ugutnya. Harris hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di atas sebuah sofa yang tersedia.
"Saya akan bagitahu sebab kenapa saya tinggalkan awak, biarkan awak kahwin dengan saudara saya dan juga sebab utama mengapa saya masih cintakan awak.." ucap Harris memulakan percakapan.
Ainur hanya mendengar dengan teliti sehingga air matanya bergelinangan. Kini, baru dia faham mengapa Harris menghidap penyakit DID. Selepas semua rahsia yang elok disimpan oleh Harris dibongkar, dirinya mula rasa bersalah.
Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan layanan kasar dia terhadap Harris sebelum ini. Ainur terus mendengar walaupun hatinya sakit dengan realiti dunia. Kadangkala terdetik di hatinya ingin meninggalkan saja tempat ini tanpa mendengar demgan lebih lanjut tapi,.. Bila mengenangkan erti 'rasa baru kenyang' dia mendiamkan diri.
Rasa sakit bila diitipu dan rasa kenyang bila lega tiada penipuan lagi yang dia akan dengar selepas ini. Harris sudah mengagak reaksi Ainur jadi dia hanya menunduk bersalah.
"Jadi,.. Kenapa awak tak pertahankan saya ? Kalau awak betul sayang saya, awak tak perlu pun buat semua tu..."
"Saya bukan tak sayang, tapi kalau awak ada dekat tempat saya.. Awak fikirkan apa je ? lari lepastu kita kahwin kat Siam ? macam tu ?" Balas Harris sarkastik. Ainur mengetap bibir.
"Tapi nak buat macam mana sekarang, lagipun saya sudah sah milik dia. Jadi awak...Tunggu apa lagi ? Undurlah diri. Saya penat faham tak ? Penat berdiri di atas dua papan. Satu papan rapuh, satu papan besi. Kalau awak tahu apa yang saya maksudkan, mesti awak faham apa yang saya ingin sampaikan. Berhenti kejar saya, Harris. Cinta kita tak pasti..." Nasihat Ainur.
Pada mulanya dia ingin meletakkan semua salah ini kepada Fahmi seperti apa yang Harris rencanakan. Tapi bila difikirkan semula, kenapa nak menyesal sedangkan kerana hal remeh itulah yang menjadi tunas cintanya ?
Harris terbungkam. Dia mengharapkan reaksi yang lain tapi... Wanita yang berdiri dihujung sana,..
Sangat berbeza dari Ainur yang dia kenal sebelumnya... Ainur yang matang dan berfikiran terbuka. Sangat lain dengan Ainur yang sebelumnya...
"Saya boleh undurkan diri.. Tapi lepas saya diyakinkan yang awak bahagia. Selepas saja awak betul-betul bahagia, saya akan pergi. Macam yang awak minta. Faham ?" Ainur lega. Sekurang-kurangnya ada juga perubahan. Jadi dia tidak perlu risau tentang kisah silamnya lagi.
Memikirkan hal itu membuatkan Ainur semakin terbuka dengan Harris. Sangat terbuka sehingga lupa untuk menutupnya...
°
°
°
°
°
Someone messed up with me thinking that my looking was a joke,..
My draft for this story was disappeared from my study table,..
And yeah! Also,.. My exam will start right after I come back to my school.
I'm fine. Thank you❤️
It's so matter for me.
°
°
°
°
°
°
Check Out!
[][][][][][][][]
PASSWORD: ••••••
[✓] [X]
ANDA SEDANG MEMBACA
Obses For My Wife
RomanceThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)
