Suprise !
5 chapter to go before Ending!
°
•
○
●
°
•
○
°
●
°
•
○
●
°•●○*♡*°•○●
zwn.zmn
°•●○*♡*°•○●
TW⚠️: Murderer, DID, Biporlar and Manipulative.
Bayu salju dipagi hari ini mengejutkan Ainur dari tidur akibat kesejukan. Dia bangun sebentar untuk menghidupkan room heater sebelum kembali ke atas katilnya. Jam baru menunjukkan pukul 2 pagi. Ada lebih kurang 1 jam lebih lagi sebelum subuh.
Ainur pejam melelapkan mata. Dia harus banyak berehat. Lebih-lebih lagi selepas ini dia akan berhadapan dengan perpisahan. Mengingatkan itu, hatinya mula dihurung duka. Teringat pula, kali pertama dia memberikan kepercayaan kepada Fahmi untuk mencintainya.
Cukup.
Berhentilah disitu saja. Ainur tidak ingin mengingati semula. Peritnya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Mula-mula dirinya mempercayai setelah dihancurkan adalah detik di mana dia menyerahkan dirinya buat segala-galanya.
Terimbau pula arwah ayahnda dan bonda, Aira.... Ainur memejamkan mata rapat. Tubuhnya menggetar akibat tangisan. Terhinjut-hinjut bahunya mengenangkan keluarganya yang sudah tiada.
Waktu itu, betapa bodohnya Ainur melaporkan kepada pihak polis sehingga dia dan Fahmi berpisah disebalik dinding sejuk penjara. Namun, selepas beberapa hari Fahmi dipindahkan ke wad sakit mental.
Mengapa ? Kerana waktu itulah Dariem keluar menunjukkan belang. Namun, ketika itu juga, tiada siapa dapat mengesan DID yang dialami oleh Fahmi. Walau bagaimana pun, sudah terbongkar sakit mentalnya kerana wujudnya Ami kerana rindu.
Rindu pada belaian dan manja dari Ainur. Rindu ciuman Ainur yang sentiasa menghinggap di dahi sambil membacakan doa buatnya.
Dada Ainur semakin sesak. Bantal yang berada disampingnya dipeluk erat. Teringat juga dia sewaktu Harris melaporkan hubungan mereka berdua di media. Ketika itu, ramai yang menjadikan dia sebagai buah mulut. Ada juga yang melabelkan dia sebagai wanita tidak bermaruah.
Mana tidaknya, dia sudah bersuami namun masih keliru mengejar cinta Harris padahal hal itu tidak pernah langsung terjadi ! Adapun dia hanya keliru mencintai yang pernah menyakitinya ataupun yang baru ingin menghulurkan cinta.
Bukan itu sahaja, setelah keluar berita skandal antara CEO terkenal dari dua buah syarikat pembinaan dan penghotelan yang mewah, Harris kian menambah bara di api. Membongkar kisah hitam Ainur yang dia sudah lupakan.
Bayangkan, disebalik wanita rupawan yang pintar serta manis dipandang, terselit perasaan haram dia terhadap kawan wanita baik lamanya. Namun apakan daya, Ainur sedar dia tidak boleh melampaui batas lalu terus meminta Harris meyakini dia bahawa cinta sesama jenis itu jelas haram dan salah.
Ketika itu, bermacam-macam makian dari netizen terhadap dirinya. Ainur sedih kerana setiap aib dan rahsia yang dia percaya kepada Harris telah terbongkar satu per satu. Dirinya bukan lah yang sempurna. Tapi dia masih mencuba.
ANDA SEDANG MEMBACA
Obses For My Wife
RomantizmThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)
