[40]

346 12 4
                                        

°Zawana Zaman°
°

°

°
Khai or Harris sekarang ni ?
AHZHXHXHZHZGZG
°

°

°
«Bᴇ ᴍɪɴᴇ ?»





    Harris mengekori setiap langkah Ainur menuju ke kedai serbaneka yang kira-kira empat blok dari tempat tinggalnya. Wanita itu sedang dalam kes kecemasan yang setiap bulan dia alami. Sama seperti wanita lain.

   Harris menghelakan nafas lega apabila Ainur selamat tiba di kedai serbaneka walaupun terpaksa melalui jalan yang agak bising dengan bunyi hon kereta dan dentuman enjin motorsikal berkuasa tinggi.

       Loceng dihadapan pintu kedai itu berbunyi menandakan yang pelanggan sedang masuk ke dalam kedai membuatkan juruwang sambilan menoleh memandang Ainur.

    

    Senyuman manis diukir kan sebelum ucapan selamat datang diucap. "Welcome !" Ainur membalas dengan senyuman tipis dan anggukan. Dia terus ke bahagian wanita untuk membeli benda yang diperlukan.

      Juruwang tersebut kembali meneruskan kerja mengira wang tanpa memperdulikan Ainur. Beberapa pelanggan yang sudah beratur dilayan semula.

    Kedai sederhana besar itu membuatkan Harris mengeluh. Aduhai, kalau aku masuk... Mana aku nak sembunyi ? Akhirnya, Harris membuat keputusan untuk menunggu di luar kedai itu sahaja.

     Angin malam yang sejuk dek 21°C membuatkan Harris terketar-ketar. Dia lupa untuk bawa pek pemanas badan sebelum keluar mengikuti Ainur.

"How much ?" Ainur meletakkan sebungkus pad ke atas kaunter dengan muka yang membahang teruk. Eh malu pula bila juruwang ini lelaki yang handsome. AHZXZHZGXHZGZ !

"£12.80, beautiful." Ujar juruwang itu sebelum mengenyit kan mata kanannya kepada Ainur. Ainur tanpa ragu terus menghulurkan kad kreditnya sebelum memandang ke arah lain.

Dahinya berkerut apabila terlihat bayang-bayang seseorang di sebalik tingkap kedai yang digunakan untuk mempromosi barang-barangan. Rasa hairannya diabaikan. Maybe orang nak tengok barang promosi tu kot...

"There you go! Farewell beautiful." ramah si juruwang bertutur. Plastik hitam tersebut dihulurkan kepada Ainur.

"Thanks. Farewell Mr. Lino" ucap Ainur sambil menyambut huluran nya. Lino tersenyum manis. Eh eh tak pernah-pernah wanita ramah dengannya sebegitu. Adapun endah tak endah saja.

Tanpa membuang masa, Ainur terus melangkah keluar. Bunyi lonceng pada pintu kedai mula berbunyi setelah daun pintu tersebut tertutup rapat. Plastik hitam yang mengandungi tuala wanita itu dipeluk erat bagi menghilang kesejukan.

Hari ini adalah hari pertama turunnya salju. Kelihatan kanak-kanak bermain riang di taman perumahan masing-masing. Ada juga yang menghabiskan masa dengan keluarga di dalam rumah. Ainur tersenyum nipis. Hmm.. Kalaulah dia tidak gugur suatu ketika dahulu...

Dia terus berjalan hingga masuk ke kawasan perumahannya. Kereta milik Fahmi masih belum kelihatan. Hanya garaj yang kosong dan masih terbuka menghiasi beranda rumah tersebut.

Sebelum sempat dia masuk ke dalam rumah, lengannya dicengkam oleh seseorang dan dia ditarik lembut ke arah sebuah kereta. Dia tersentak dan meronta-ronta ingin dilepaskan.

Obses For My Wife Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang