[47]

119 9 5
                                        

°


°•●○*♡*°•○●

zwn.zmn

°•●○*♡*°•○●

°



°

     Kereta jenama luar negara itu menelusuri laluan yang sekata dan terus masuk ke dalam perkarangan perumahan yang elit. Eh, bukan ni perkarangan rumah Sarah ke ? Fahmi buat apa dekat sini ? Desis hati Ainur.






Entahlah, dia semakin tidak sedap hati sekali gus automatik dihujung bibirnya berselawat pelan-pelan menenangkan diri. Tempat duduknya di atur dan dia seperti tidak sabar ingin keluar dari kereta sekarang juga.






Tidak tahu nak jelaskan macam mana, dia hanya ingin perasaan tidak sedap hati ini hilang dengan cepat setelah dia menjatuhkan pandangannya kepada suaminya yang halal. Terdetik juga dihatinya sekarang, macam mana Haqiemin boleh tahu yang Fahmi ada dekat rumah Sarah ? Ke Fahmi ada beli rumah lain dekat sini sehingga dia tidak tahu ?








Astagfirullahalazim.... Jangan nusyuz, Ainur. Sangka baiklah dengan suami kau sendiri. Namun, belum sempat dia memujuk diri, kereta Haqiemin meluncur masuk betul-betul di hadapan rumah Sarah sekarang.










Dan apa yang membuatkan Ainur semakin berat hati untuk kembali memujuk dirinya adalah kasut hitam Balcenciaga khasnya untuk lelaki terletak elok di hadapan rumah itu. Bersebelahan dengan kasut tumit tinggi berwarna merah jambu.










Hatinya meronta-meronta ingin tahu jadi dengan cepatnya dia keluar dari kereta sehingga masuk ke dalam rumah tersebut. Mujur, dia tahu kata laluan rumah tersebut ketika dia pernah bermalam sebentar di sini.








Haqiemin yang baru sahaja mematikan kereta hanya bersandar pada kerusi mahal. Kepalanya disandar dan kelopak matanya ditutup. Dia tahu, dia tiada hak nak masuk campur. Lagipun, benda akan terbongkar juga suatu hari nanti. Dan inilah masanya.



















     Ainur dengan segera membuka pintu dan menanggalkan kasut tumit sederhana tingginya. Dia terus masuk ke dalam ruang tamu di mana matanya dijamu dengan barang barangan yang bersepah. Terdapat banyak kertas A4 putih bercetak sesuatu, di atas lantai. Hmm, nampak seperti borang atau sesuatu yang penting kerana terdapat tempat tanda tangan yang sudah di tanda tangani manakala sebelah lagi masih kosong, seolah-olah perjanjian ini hanya dipersetujui oleh sebelah pihak sahaja.







Ainur tanpa membuang masa terus mendaki tangga dan bilik utama dituju. Belum sempat kakinya ingin melangkah, mendekati..







Bunyi dengusan dan erangan dari seseorang kedengaran. Bukan, hanya seorang tapi dari dua orang. Diikuti juga dengan bunyi lantai yang dihentak kuat. Semakin dia melangkah mendekati, semakin kuat bunyi asing yang datang dari bilik tersebut.










Perlahan-lahan dia mendekati bilik tersebut dan tanpa ragu-ragu tombol pintu bilik dipusingkan. Daun lintu tersebut ditolak kasar sebelum matanya dijamu dengan pemandangan yang tidak enak dipandang dan amat mengejutkan.







Obses For My Wife Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang