°
•
○
●
○
●°•●○*♡*°•○●
zwn.zmn
°•●○*♡*°•○●
•
°
•
○
●
•
°Before I proceed cte ni, I nak luah smt.
Boleh tak kita jangan maki hamun any author dekat wattpad ni ? I know I'm not a great author either but that doesn't mean you can proceed to judge everything that I do, that i wrote. Everyone is struggling, you know ?
Remember, okay ?
Opinions DO matter but MOCKING is not.
Spread loves not hate.
Tq❤
°
•
○
●
☆TW⚠️ Manipulative
Dariem POV
Aku meneliti semua sejarah perubatan milik Fahmi. Boleh tahan kebal jugak badan lelaki ni. Jarang sakit, rekod perubatan pun nipis. Rasa macam selak buku latihan kau yang bertimbun-timbun ada homework tapi kau selalu tangguh pulak.
Aku beralih ke rekod perubatan mental dia pula memandangkan tidak ada yang menarik dengan rekod sebelumnya. Uish, rekod ni kalau boleh buat kamus dah lama aku buat. Sejarah perubatan dia bermula dari tahun 2012. Bermaksud masa itu dia hanya belasan tahun.
Aku meneliti lagi semua diagnosis yang dilakukan oleh doktor peribadinya, Dr. Tan. Aku rasa aku kenal orang tua ni. Dia lah salah seorang yang sibuk jaga tepi kain aku selain dari bapak mertua aku yang dah lama mati sebab aku yang penggal kepala dia.
Aku tersenyum puas. Nampaknya, doktor pasangan yang terlebih gula itu tak masukkan ke semua rekod aku di dalam rekod Fahmi ni. Mungkin mereka tak pakar dalam BPD ni.
Tapi takpe, kalau macam ni mudah lah aku nak gunakan identiti lain untuk bawa Ainur lari.
Sebut nama Ainur ni, buat aku teringat akan Fahmi. Si pengecut tu tak berani dah munculkan diri selepas Ainur kecewa dengan dia. Patah hati agaknya.
Apa-apa pun aku tak kisah. Kalau tak muncul pun aku lagi lah suka. Boleh lah aku hasut identiti lain untuk hapuskan dia dalam minda kita semua. Dan boleh juga aku miliki Ainur tanpa tengok air mata dia mengalir lagi.
Aku saja nak buat Fahmi takut. Apalah manusia, nama saja anak jantan tapi takut hilang bini. Puih!
Rekod perubatan mental ini akan aku pegang sebagai bukti. Apa salahnya, kalau aku main-main dengan tuan badan punya kisah cinta kan ? Mana tahu, lepas ni jadi kisah cinta aku pula.
End pov
Ainur yang sedang mengemas rumah itu terganggu dengan bunyi kereta yang baru saja diletakkan dihadapan rumahnya. Segera dia melangkah ke pintu hadapan sebelum pandangannya dijamu dengan wajah Harris dan Haqiemin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Obses For My Wife
RomanceThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)