°
•
○
●
○
●
○
●Chapter ni chapter suprise sebab dapat ambik sastera AHAHAK. Also, Selamat hari raya Aidiladha ❤
Siapa ada anger issue tu jangan skip. Ada part best menanti anda semua AHHZHHZHZ k bye.
Enjoy!
Sejak mereka meluahkan segala benda yang berada di dalam hati mereka, Fahmi membuatkan keputusan untuk pindah masuk bersama Ainur. Nak lebih memujuk lah kiranya.
Ainur yang sedang memasak di dapur itu dipandang. Sejuk mata memandang isterinya sekarang. Lebih lemah lembut dari dahulu. Waktu pertama kali mereka bersama, Ainur memang kasar dengannya. Al-maklum lah belum masih move one dari cinta lama.
Tapi selepas dia belajar tentang tanggungjawab seorang isteri terhadap suami, sejak itulah dia berubah sedikit demi sedikit.
Fahmi's POV
(UHUK I admit. Wana tak pernah buat POV version sejak dua menjak ni 🤪)
Perasaan rindu menyelebungi hati aku. Ya Tuhan, cantik betul bidadari yang Kau pinjamkan buat aku sekarang. Seandainya perpisahan kami ini benar, maka rugilah aku. Sudahlah cantik. Lemah lembut pula itu.
Rasa kesal juga terselit dalam diri ini. Macam mana lah aku boleh bertindak terburu-buru untuk berpisah dengannya ? Sedangkan dia lah yang memenuhi segenap diri aku yang kosong ini.
Terkadang aku terfikir juga. Melepaskan bidadari ini umpama aku menadah air hujan dengan tapak tangan. Memang diawal waktu terasa bahagia namun jika dipandang bawah ke permukaan bumi, air hujan tersebut tetap membasahi bumi. Bukan itu sahaja, malah aku sekali yang basah ditimpa hujan.
Begitulah dengan ujian-Nya. Pada mulanya sedikit. Dari cinta yang tidak berbalas ke perkahwinan yang bahagia yang hanya sementara sehingga lah hilang cahaya mata kami lalu berpisah dan sekarang.. ?
Masih bertarung hanya untuk mencapai kebahagiaan. Ketika ini aku juga terfikir. Bahawa sebenarnya, apa yang difikirkan oleh semua umat manusia hanyalah bahagia.
Perasan tidak ? Yang manusia sebenarnya mengejar kebahagiaan di dalam dunia. Seolah-olah kebahagiaan itulah penamat kisah mereka. Sedangkan mereka lupa, bahawa rasa sedih juga wujud dan diciptakan oleh-Nya buat manusia.
Malaikat ? Malaikat tidak ada perasaan. Mereka juga tidak makan dan minum. Sebab itulah ramai orang cakap, manusia sebenarnya lebih baik dari malaikat. Malaikat tidak berhawa nafsu dan mereka hanya jalankan tugas yang diberikan oleh-Nya. Sedangkan manusia ? Manusia punya hawa nafsu. Banyak dosa, dan kebanyakkan nya jahil. Namun, Tuhan Maha Pengampun. Jadi walau apa pun yang terjadi, Dia pasti akan memaafkan hamba-Nya sehingga pintu taubat tertutup.
Semakin aku fikirkan tentang hubungan kami berdua. Semakin tenang jiwa aku terasa. Benarlah cakap orang, kalau kita semakin dekat dengan agama. Semakin itu diri kita turut dijaga oleh-Nya.
Dulu aku akui. Aku seorang yang jahil tentang agama. Yang aku tahu, hanya berfoya-foya. Tapi sekarang, setelah masuk ke alam perkahwinan. Semakin banyak perspektif dunia dan pemikiran orang yang aku dapat lihat.
Ada yang masih jahil seperti diri ku yang lama. Tapi ada juga yang masih melawan kehendak dirinya sendiri. Sebab itulah istilah iman turun naik itu wujud.

ANDA SEDANG MEMBACA
Obses For My Wife
RomanceThis book is an extension book on my old account. Read [OG] Obses For My Wife on my old acc : @Miss_Zawana first. Was : Her Love + Obsession Obses mengejar cinta si isteri;)